Umum

KEROSAKAN SARAF DAN VITAMIN B12

Apa itu kerosakan saraf? Kerosakan saraf, atau neuropati, merujuk kepada keadaan di mana saraf dalam badan mengalami kerosakan atau kecederaan yang menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh berlaku kepada saraf di otak, saraf tunjang, atau saraf periferi yang terletak di seluruh badan.     Apa punca kerosakan saraf? 1. Diabetes: Paras gula darah yang tinggi boleh merosakkan saraf dari masa ke masa. 2. Kecederaan Fizikal: Seperti kemalangan atau trauma. 3. Penyakit Autoimun: Seperti lupus atau rheumatoid arthritis. 4. Jangkitan virus: Seperti herpes zoster (kayap). 5. Pendedahan kepada Toksin: Terdapat beberapa toksin yang boleh menyebabkan kerosakan saraf, termasuk: 1. …

Read More »

APA PUNCA TAHAP GULA RENDAH DALAM DARAH?

Tahap gula darah rendah, atau hipoglisemia, boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Berikut adalah beberapa punca utama: 1. Penggunaan ubat diabetes: Terlalu banyak insulin atau ubat diabetes lain boleh menyebabkan gula darah turun terlalu rendah. 2. Makan tidak mencukup karbohidrat: Tidak makan cukup karbohidrat selepas mengambil ubat diabetes boleh menyebabkan hipoglisemia. 3. Aktiviti fizikal berlebihan: Bersenam lebih daripada biasa tanpa menyesuaikan pengambilan makanan atau ubat boleh menurunkan gula darah. 4. Pengambilan alkohol: Minum alkohol tanpa makan boleh menyebabkan gula darah rendah, terutama pada orang dengan diabetes. 5. Masalah kesihatan lain: Penyakit hati, kegagalan buah pinggang, atau ketumbuhan seperti insulinoma juga boleh …

Read More »

APAKAH MAKANAN SUNAH YANG SESUAI UNTUK PESAKIT MIGRAINE?

Terdapat beberapa makanan sunnah yang sesuai migraine. Makanan ini bukanlah rawatan utama untuk melegakan migraine tetapi pengamalannya membantu mengurangkan keterukan rasa sakit kepala dan kekerapan serangan migraine.   Ini kerana makanan-makanan ini mengandungi mineral yang penting seperti potassium dan magnesium.   Antaranya : 1. Kurma :Kurma kaya dengan magnesium, yang dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain.   2. Madu :Madu mengandungi antioksidan dan sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan migrain.   3. Habbatus Sauda :Habbatus sauda juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan gejala migrain.   4. Buah Tin :Buah tin mengandungi …

Read More »

PERLUKAH KITA MENGAMBIL VITAMIN K2?

Vitamin K2 memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh, terutama dalam kesihatan tulang dan jantung. Antara manfaat utama vitamin K2: 1.Kesihatan Tulang: Vitamin K2 membantu dalam pengaturan kalsium, memastikan kalsium diserap oleh tulang dan tidak terkumpul di arteri. Ini dapat mengurangkan risiko osteoporosis dan patah tulang. 2.Kesihatan Jantung: Vitamin K2 membantu menjaga kekenyalan dan kekuatan pembuluh darah, yang dapat mengurangkan risiko hipertensi, atherosclerosis, dan serangan jantung. 3.Pembekuan Darah: Seperti vitamin K1, vitamin K2 juga penting untuk proses pembekuan darah yang normal. Walaupun vitamin K2 dapat diperoleh dari makanan seperti daging, keju, dan telur. Kecuali jika anda mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan …

Read More »

KEBAIKAN CUKA TEEN

KEBAIKAN CUKA TEEN   Cuka buah teen, juga dikenali sebagai cuka buah delima, mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menarik. Berikut adalah beberapa kebaikannya: 1. Mengawal Paras Gula Darah: Cuka buah teen berpotensi mengawal paras gula dalam darah. Ia mempunyai aktiviti antidiabetik yang membantu menurunkan gula darah dan meningkatkan sensitiviti insulin. 2. Menurunkan Berat Badan: Beberapa kajian menunjukkan cuka buah teen membantu dalam penurunan berat badan. 3. Menurunkan Tahap Kolesterol: Cuka buah teen juga berpotensi mengurangkan tahap kolesterol. 4. Meningkatkan Fungsi Pencernaan: Cuka buah teen dapat membantu melancarkan pencernaan. 5. Baik untuk Jantung: Kandungan mineral seperti kalium dalam cuka buah teen …

Read More »

KENAPA SAYA TIDAK MENGGALAKKAN BERSENAM DI WAKTU MALAM

KENAPA SAYA TIDAK MENGGALAKKAN BERSENAM DI WAKTU MALAM   Saya pernah ditanya oleh wartawan Sinar Harian mengenai bersenam malam. . Masa itu (18 Februari 2020) kita dikejutkan oleh pemergian pelakon Ashraf Sinclair berusia 40 tahun yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung (dilaporkan oleh kompas.com) . Saya beritahu wartawan Sinar Harian tersebut bahawa bersenam waktu malam adalah amalan yang berbahaya, boleh mengundang kematian mengejut. . Namun ramai juga doktor (Melayu Islam) yang menolak pandangan saya. Namun saya malas berdebat sebab saya bukan “kaki debat”.. Hujah saya adalah kerana waktu …

Read More »

SEMBELIT DI KALANGAN ORANG DEWASA TERUTAMANYA WARGA MAS

Sembelit adalah keadaan apabila seseorang itu sukar membuang air keras, melebihi tiga hari, dan terpaksa meneran dan najis selalunya keras.   Sembelit berlaku sesekali, bergantung kepada apa yang kita makan dan berapa banyak kita makan.   Antara punca sembelit adalah : 1. Kurang Pengambilan Serat (sayur dan buah) dalam makanan yang diambil. Jika masih mengalami sembelit, boleh tambahkan lagi sayur dan buah dengan lebih banyak. 2. Kurang Minum Air. Saya mencadangkan minum sekurang-kurangnya 2L sehari, kecuali doktor tidak membenarkan disebabkan penyakit-penyakit tertentu. Namun kebanyakan air ini keluar sebagai air kencing dan peluh. 3. Kurang Pergerakan Fizikal. Cuba banyak banyakkan berjalan sekurang-kurangnya …

Read More »

APA ITU HERNIA HIATAL?

  APA ITU HERNIA HIATAL?   Ia berlaku apabila sebahagian perut masuk ke dalam bahagian dada melalui bukaan pada lapisan diagram.   Apakah gejala Hiatal Hernias? Ia biasanya berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun. Tanpa rawatan yang sempurna, ia boleh menyebabkan GERD kronik. Hernia paraesophageal (stage 2-4) jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan simptom yang lebih membimbangkan.   Gejala biasa hernia paraesophageal : 1. Sakit dada Pesakit yang mempunyai hernia paraesophageal juga yang harus melakukan pemeriksaan jantung untuk memastikan kesakitan yang dialami tidak berkaitan dengan jantung mereka. Pesakit mengalami kesakitan pada bahagian dada (ulu hati) selepas setiap hidangan, samada sakit …

Read More »

APAKAH ITU HbA1c?

Kita selalu mendengar tentang ujian darah HbA1c untuk pesakit diabetes apabila mereka melakukan follow up di hospital. 1. HbA1c atau ‘glycated haemoglobin’ adalah ujian yang selalu dilakukan kepada diabetes, bersama pemeriksaan darah yang lain. 2. Ianya terbentuk apabila haemoglobin dalam sel darah merah bergabung dengan gula dalam darah lalu membentuk ‘glycated’. 3. Ia menujukkan purata bagi tahap gula dalam darah sepanjang 3 bulan. Ia juga digunakan untuk mendiagnosa pesakit diabetes. 4. Paras HbA1c yang tinggi bermakna paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi sepanjang 3 bulan yang lepas. Ini akan menyebabkan komplikasi kronik kepada pesakit. 6. Bacaan HbA1c: ✅Normal: < …

Read More »

BETUL KE SAYA BEBAS KANSER?

Biasanya, jika seseorang kekal dalam remisi (remission) lengkap selama lima tahun atau lebih, doktor mungkin akan mengatakan bahawa mereka telah sembuh atau bebas kanser. Jika kurang dari itu, pesakit hanya dikatakan baru lepas rawatan yang lengkap tetapi bukan telah sembuh atau bebas kanser. Remisi adalah istilah yang digunakan apabila tanda-tanda dan gejala kanser berkurangan atau hilang sepenuhnya. Dalam remisi lengkap, semua tanda dan gejala kanser hilang, dan sel kanser tidak dapat dikesan melalui sebarang ujian. Remisi boleh bertahan dari beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan rawatan mungkin atau mungkin tidak diteruskan semasa remisi, bergantung pada jenis kanser. Jadi remisi tidak …

Read More »

SUPLEMEN UNTUK SLIPPED DISC

Slipped disc, atau herniated disc, menyebabkan kerosakan saraf kerana ia boleh menekan saraf yang berdekatan.   Apabila cakera intervertebral, yang berfungsi sebagai bantalan antara vertebra, tergelincir atau pecah, isi gelatinous di dalamnya boleh terdorong keluar.   Ini boleh menyebabkan tekanan pada saraf tulang belakang, menyebabkan kesakitan, kebas, atau kelemahan di kawasan yang dijaga oleh saraf tersebut.   Jadi perlukan rawatan yang spesifik bagi masalah slipped disc di hospital.   Untuk suplemen, beberapa pilihan yang mungkin membantu termasuk: 1- Kolagen: Membantu penyembuhan dan pembaikan tisu. Boleh juga didapati dari sup kaki ayam kerana kaki ayam adalah sumber kolagen yang baik. 2-Vitamin …

Read More »

KURANG TIDUR MENYEBABKAN ANXIETY

  Assalamualaikum Dr Zubaidi. Baru-baru ini saya kehilangan (kematian) anak yang saya sayangi. Sudah berusia 5 tahun. Saya sangat sedih sehingga tidak boleh tidur. Akibatnya saya berasa anxiety, rasa tak selesa perut, sakit badan dan pening. Doktor GP di tempat saya suruh saya jumpa pakar psychiatry. Saya rasa belum masanya saya berjumpa pakar psy. Ada tak apa-apa suplemen untuk mengurangkan anxiety dan untuk saya tidur lebih mudah?Terima kasih Dr Zubaidi. WALAIKUMUSALAM Terima kasih kerana bertanya menggunakan platform yang saya sediakan.   Ya, kurang tidur boleh menyebabkan anxiety. Kekurangan tidur boleh meningkatkan tahap hormon stress seperti kortisol, yang boleh menyebabkan gejala-gejala …

Read More »

MELATONIN MEMBANTU MERAWAT ANXIETY

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Baru ini isteri saya didiagnosa mengalami anxiety. Tahap sederhana. Selalu cemas dan cepat sentap. Jadi hubungan saya dengan isteri agak tegang. Isteri saya belum mulakan ubat tidur dan penenang bimbang dia asyik mengantuk, tidur dan bertambah berat badan. Selain ubat tidur dan ubat penenang, apa suplemen yang boleh saya berikan? Terima kasih doktor”.     Waalaikumussalam.   Jika tuan masih ragu-ragu untuk memulakan ubat tidur atau ubat penenang, boleh saja ambil MELATONIN sebagai langkah awal.   Melatonin adalah hormon yang secara semulajadi dihasilkan oleh tubuh kita. Hormon ini membantu mengatur pola tidur dan membantu mengurangkan anxiety seseorang. …

Read More »

BETUL KE GULA MENYEBABKAN GOUT?

BETUL KE GULA MENYEBABKAN GOUT? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya berusia 48 tahun. Sudah lama tidak kena gout. Pada bulan Syawal lepas, saya memang elakkan daging merah, organ dalaman dan makanan laut. Cuma saya masih ambil gula untuk minuman. Saya diserang dua kali sepanjang bulan Syawal tempoh hari. Betulkah minuman manis boleh menyebabkan tahap asid urik tinggi dan mendapat serangan gout? Adakah minuman manis juga ada asid amino purine? Terima kasih Dr Zubaidi.”   WALAIKUMUSALAM.   Benar, gula sukrosa (gula putih) yang ditambah ke dalam minuman dapat menyebabkan peningkatan kadar asid urik dalam darah dan mencetuskan serangan gout …

Read More »

RAMAI YANG SAKIT AKIBAT SISTEM DAYA TAHAN LEMAH

“ASSALAMUALAIKUM DR ZUBAIDI Saya ingin bertanya, suami saya sering tidak sihat, rasa pening, cepat letih, sering tidur dan kerap batuk dan selsema. Dia tiada masalah diabetes. Pemeriksaan darah semua ok kecuali terdapat peningkatan tahap ESR. Adakah itu tanda sistem daya tahan dia lemah? Terima kasih Dr Zubaidi.”   WALAIKUMUSALAM.   Saya percaya beliau mengalami masalah sistem daya tahan yang rendah.   Boleh buat pemeriksaan yang lebih mendalam sebab pemeriksaan asas mungkin tidak mengesan punca masalah ini.   Antara tanda-tanda sistem daya tahan tubuh kita sedang lemah :   1. Sering Sakit dan Ambil Waktu Lama untuk Sembuh: Jika anda sering …

Read More »

APA ITU SAKIT SCIATICA DAN RAWATANNYA?

APA ITU SAKIT SCIATICA DAN RAWATANNYA? Sciatica adalah kesakitan yang berlaku pada bahagian anggota bawah tubuh dari pinggul hingga ke kaki.Kesakitan ini berpunca daripada radang kepada saraf yang bernama “saraf sciatic”.Saraf ini merupakan saraf terbesar yang bermula dari cabang saraf tulang belakang, L4 hingga S2, menuju ke otot punggung, peha, hingga ke hujung kaki. Punca utama sciatica adalah :  hernia atau bonjolan pada cakera intervertebral (dikenali sebagai ‘Slipped disc‘) yang menyebabkan saraf ini dihimpit. kekejangan otot sekitar lumbar atau pelvis, keradangan saraf akibat penyakit metabolik kronik seperti diabetes Gejala sciatica termasuk rasa sakit yang bersifat pijar atau panas, kebas atau semut-semut …

Read More »

TEKAK MASIH SAKIT WALAUPUN SUDAH AMBIL ANTIBIOTIK

  Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Kalau sudah mula makan antibiotik, boleh ke saya makan Immune Booster ? Saya kena batuk yang agak teruk dengan kahak hijau sudah beberapa hari. Saya sudah pergi ke klinik dan diberikan ubat batuk dan antibiotik sebab kahak hijau. Saya pun sudah mulakan, lepas tu teringat saya masih ada Immune Booster. Bila ingat nak makan terfikir yang saya sudah mulakan antibiotik. Boleh ke saya ambil Immune Booster bersama antibiotik, Dr? Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekarang memang musim demam, batuk dan selsema. Cadangan saya: 1. Minum air kosong secukupnya 2. Ambil dua biji IMMUNE …

Read More »

APA PERBEZAAN ANTARA UBAT DRUG SINTETIK DENGAN SUPLEMEN?

“Assalamualaikum. Saya ada penyakit kronik. Diabetes, hipertensi, kolestrol yang tinggi, gout. Umur awal 40an. Sekarang saya diberikan pelbagai jenis. Namun ada kalanya ia terkawal dan ada kalanya ia tidak terkawal. Saya berminat untuk mengambil suplemen. Apa pendapat doktor?”   Waalaikumussalam.   Saya tidak menggalakkan tuan menghentikan pengambilan ubat sintetik dan mengganti sama ada suplemen atau herba, walaupun terdapat kesan sampingan pengambilan ubat sintetik yang diambil dalam jangka masa yang panjang.   Banyak punca masalah penyakit kronik yang tidak terkawal. Antaranya tidur yang tidak mencukupi, stress, tidak melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian dan tidak cukup minum air.   Cuba periksa samada …

Read More »

BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL KURMA?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Saya pesakit diabetes mellitus jenis 2. Ambil ubat metformin 500mg dua kali sehari. Bacaan gula saya ketika puasa 5-6 mmol/l. Di bulan puasa Ramadan ini saya teringin untuk berbuka dengan kurma. Bolehkan saya ambil kurma? Terima kasih Dr Zubaidi.”   WAALAIKUMUSSALAM.   Menurut sumber yang saya temui, pesakit diabetes mellitus boleh mengambil kurma dalam jumlah yang sederhana.   Kurma mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah, yang bermakna ia lebih lambat meningkatkan gula darah.   Walau bagaimanapun, kerana kurma adalah manis dan mengandungi fruktosa, pesakit diabetes harus mengawal pengambilan mereka untuk mengelakkan lonjakan gula dalam …

Read More »

BAGUSKAH AMBIL KURMA BERSAMA MENTEGA (BUTTER)?

BAGUSKAH AMBIL KURMA BERSAMA MENTEGA (BUTTER)?   Pada saya pengambilan kurma bersama mentega boleh diambil sebagai makanan untuk berbuka puasa. Ia sangat bermanfaat. Tetapi ambillah dalam kuantiti sederhana, iaitu beberapa biji (antara 3-5 biji) jika tidak mengambil apa-apa makanan lain. Sebagai contoh dalam musafir, tiada berkesempatan menyediakan juadah berbuka atau bersahur. Mengambil kurma bersama mentega dikatakan dilakukan oleh Nabi kita Muhammad SAW ketika ketiadaan makanan lain. Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata: “Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah) …

Read More »

BAGAIMANA ASID URIK YANG TINGGI BOLEH MENYEBABKAN PEMBENTUKAN BATU DALAM GINJAL?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pesakit gout dan setiap tahun 2-3 kali diserang gout. Saya sedang mengambil Allopurinol tetapi tahap asid urik masih tinggi. Baru-baru ini saya mengalami rasa sakit ketika kencing dan dalam pemeriksaan air kencing, doktor kata ada sedikit darah. Doktor kata mungkin ada batu dalam pundi kencing dan ginjal saya. Mohon pencerahan Dr Zubaidi. Terima kasih.“   Waalaikumussalam.   Terima kasih kerana buat pertanyaan.   Bagi pesakit gout tahap asid urik yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu dalam ginjal dan pundi kencing.   Asid urik adalah bahan buangan yang ada dalam darah kita. Badan kita menghasilkan asid urik …

Read More »

KENAPA ADA RASA SERAM SEJUK?

Seram sejuk adalah perasaan rasa sejuk (walaupun orang sekeliling rasa biasa) yang disertai dengan menggigil.   Ia boleh berlaku bersama demam (peningkatan suhu badan) atau tanpa demam.   Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan kita rasa seram sejuk, antaranya : ✅Kurang rehat dan kurang tidur✅Kurang gula di dalam badan akibat tidak makan pada jangkamasa yang lama✅Jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan demam rendah✅Masalah kekurangan hormon tiroid✅Kanser darah putih✅Anemia   Jika berasa seram sejuk tanpa sebab yang jelas, individu perlu membuat pemeriksaan doktor dan jalani pemeriksaan darah untuk mengetahui punca sebenarnya.   Seram sejuk boleh menjadi tanda kepada penyakit yang serius …

Read More »

BAWANG PUTIH SEGAR VS SOFTGEL BAWANG PUTIH : MANA SATU YANG LEBIH BAIK?

BAWANG PUTIH SEGAR VS SOFTGEL BAWANG PUTIH : MANA SATU YANG LEBIH BAIK? Bawang putih segar dan softgel bawang putih masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. BAWANG PUTIH SEGAR 1. Rasa dan Aroma: Bawang putih segar mempunyai rasa pedas dan tajam. 2. Faedah Kesihatan: Ia mengandungi sebatian seperti allicin, yang bersifat antioksidan, anti-radang dan meningkatkan sistem daya tahan. 3. Penggunaan: Bawang putih segar boleh digunakan dalam masakan, baik mentah mahupun dimasak. 4. Kelemahan: Makan banyak bawang putih segar boleh menyebabkan nafas berbau dan, bagi sesetengah orang, pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut, terutamanya apabila dimakan mentah. SOFTGEL BAWANG PUTIH (SUPLEMEN) 1. Softgel …

Read More »

APA ITU BILIRUBIN?

  1. Bilirubin adalah pigmen pewarna asli yang menyebabkan sel darah merah (SDM) berwarna merah yang terhasil apabila SDM pecah dan terhurai apabila tamat tempoh hayatnya selepas 40 hari. 2. Bilirubin dalam darah akan masuk ke dalam organ hati untuk diproses (proses ini conjugation) dan dibuang melalui najis (80%) dan air kencing (20%). 3. Oleh itu tahap bilirubin dalam darah akan meningkat jika terdapat peningkatan bilangan SDM yang pecah dan terhurai. Bilirubin ini akan masuk ke dalam hati. Ini menyebabkan enzim-enzim hati yang lain akan meningkat. 4. Jadi semasa pemeriksaan darah untuk fungsi hati, terdapat beberapa parameter yang digunakan. i. …

Read More »

SUMBER MAKANAN YANG MENGANUNGI POTASSIUM YANG TINGGI

Potassium boleh didapati banyak pelbagai makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. ✔️Buah-buahan kering (kismis, aprikot) ✔️Kacang, lentil ✔️Kentang ✔️Labu ✔️ Bayam dan brokoli ✔️Sayuran bit ✔️Avokado ✔️Pisang ✔️Cantaloupe ✔️Jus oren ✔️Air kelapa ✔️Tomato ✔️Susu dan produk tenusu eg : yogurt ✔️susu tumbuhan (soya, badam) ✔️Gajus, badam ✔️Ayam ✔️Ikan Salmon   Semoga bermanfaat.   #HealthDrZubaidiHP 0197022391   KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

KEPENTINGAN MINERAL POTASSIUM DALAM DIET

Potassium adalah mineral penting yang diperlukan oleh semua tisu dalam badan. Ia kadangkala dirujuk sebagai elektrolit kerana ia membawa cas elektrik kecil yang mengaktifkan pelbagai fungsi sel dan saraf. Potassium juga dikenali sebagai kalium. Ia didapati secara semula jadi dalam banyak makanan. Peranan utama potassium dalam badan adalah untuk membantu mengekalkan paras normal cecair di dalam sel kita. Sodium, rakan segandingan nya, juga mengekalkan paras cecair normal di luar sel. Potassium juga membantu otot mengecut dan membantu menurunkan tekanan darah. Akademi Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat mencadangkan : ✔️Bagi wanita berumur 14-18 tahun, AI ialah 2,300 mg setiap hari. ✔️Bagi wanita …

Read More »

ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT?

ADAKAH MAKAN BAWANG PUTIH BERBAHAYA KEPADA PERUT? Bawang putih bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan untuk menambah keenakan makanan, malah ia digunakan sebagai ubat semulajadi untuk merawat penyakit seperti selsema dan batuk. Banyak kajian makmal menunjukkan bahawa bawang putih mengandungi banyak nutrien seperti asid amino, allicin, fructan, liallyl sulfide dan vitamin A, B, C, D. Secara khusus, bawang putih mempunyai kegunaan berikut: ✔️ Bawang putih mengandungi sebatian allicin yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi membantu menguatkan sistem imuniti badan, mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang. ✔️ Bawang putih digunakan merawat ulser perut, gastritis dan sakit perut dengan berkesan. Oleh itu, …

Read More »

TAHAP KOLESTEROL MASIH TINGGI WALAUPUN SUDAH LAMA AMBIL UBAT ANTI-KOLESTEROL

Peningkatan tahap kolesterol yang tinggi (terutamanya LDL) di kalangan individu yang kurus atau tidak obes selalunya disebabkan oleh masalah genetik.   Masalah ini dinamakan Familial Hypercholesterolemia. Ia disebabkan oleh perubahan genetik yang diwariskan atau diturunkan daripada salah seorang atau kedua ibu bapa.   Mereka mempunyai kemampuan mengumpul lebih banyak kolesterol berbanding dengan orang lain walaupun pada usia yang muda dan tidak obes.   Sebab itu mereka mudah mempunyai pengumpulan lemak pada sekeliling mata, dan bahagian lain berbanding dengan orang lain.   Faktor genetik (keturunan ) ini menyebabkan pengumpulan tahap kolesterol lebih mudah dan banyak terutama apabila usia meningkat melebih 45 …

Read More »

RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME

RAWATAN UNTUK MASALAH CARPAL TUNNEL SYNDROME 1. Carpal Tunnel Syndrome adalah salah satu masalah paling biasa yang dihadapi bagi mereka yang obese, sedang hamil atau mengalami kecederaan pada pergelangan tangan. 2. Tanda seseorang yang mengalami keadaan ini adalah berasa sakit atau kebas pada tangan dan rasa lemah menggerakkan tangan dan pergelangan tangan. 3. Terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaan ini, bergantung samada berpunca dari berat badan berlebihan, kehamilan atau kecederaan pada pergelangan tangan. 4. Pakai splint. Splint boleh memegang pergelangan tangan, dengan ini melegakan tekanan pada saraf median. Boleh menggunakannya ketika tidur. 5. Tuam dengan air hangat. Ia dapat melegakan …

Read More »

ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT?

ADAKAH PENGAMALAN SUCRALOSE ITU SELAMAT? 1. Pengambilan sejumlah gula tambahan yang berlebihan boleh memberi kesan berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan. Atas sebab ini, ramai orang beralih kepada pemanis tiruan seperti sucralose. 2. Sucralose ialah pemanis tiruan yang umumnya dianggap selamat apabila dinikmati secara sederhana. Ia 600 kali lebih manis daripada gula putih. Sungguhpun ia manis namun sucralose ialah pemanis tiruan yang bersifat sifar kalori. 3. Sucralose diperbuat daripada gula yang menjalani beberapa proses kimia yang akhirnya tiga kumpulan hidroksil dalam molekul gula digantikan dengan atom klorin. 4. Sucralose mempunyai sedikit atau tiada kesan pada peningkatan tahap gula dalam darah dan …

Read More »

BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT

BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT   Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya pesakit darah tinggi dan ada ambil ubat darah tinggi. Bila masa yang sesuai untuk memeriksa tekanan darah tinggi di waktu pagi, samada sebelum atau selepas makan ubat. Terima kasih. Waalaikumussalam. Seeloknya periksa tekanan darah sebelum ambil ubat dan 30 minit selepas ambil ubat bagi melihat keberkesanan ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi Boleh bertanya dengan memperkenalkan nama sebenar dan dari mana, dan wassap saya www.wassap.my/60197022391/TANYA KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Read More »

PERLUKAH SAYA MEMERIKSA TEKANAN DARAH SAYA WALAUPUN SAYA BUKAN PESAKIT HIPERTENSI?

1. Pemeriksaan tekanan darah menggunakan alatan sphygmomanometer digalakkan jika anda sudah berumur 35 tahun ke atas.   2. Terutama bagi mereka yang mempunyai ibu atau ayah atau adik beradik yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi di usia yang muda.   3. Wanita yang pernah hamil dan diagnosakan sebagai pesakit hipertensi bawaan kehamilan (tekanan darah menjadi tinggi ketika hamil) juga termasuk golongan berisiko.   4. Pesakit metabolik atau pesakit yang sudah mengalami penyakit diabetes, tahap kolestrol yang tinggi dan pesakit gout juga digalakkan melakukan pemeriksaan tekanan darah di rumah.   5. Atau mereka yang obese, merokok, tidak sempat bersenam, stress dan …

Read More »

KETAHUI MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG BERANGIN

1. Sesetengah individu kerap mengalami masalah perut kembung dan berangin. Terutama mereka yang mempunyai masalah gastritis yang ringan dan irritable bowel syndrome (IBS). 2. Terdapat beberapa makanan yang perlu diberikan perhatian. Antara gejala masalah ini adalah: a. ‘perut rasa beralun’ akibat pergerakan (peristalsis) usus yang kuat dan kerap. b. perut rasa kembung c. ada kalanya perut rasa memulas dan kejang d. perut berbunyi walaupun tidak lapar. e. mudah terasa mahu buang air besar tapi tiada apa yang keluar f. kerap sendawa 3. Terdapat beberapa makanan dan minuman yang memburukkan masalah ini.   ✅ 1. SUSU DAN PRODUK SUSU (TENUSU) Bagi …

Read More »

MINDA LEBIH CERDAS BILA KITA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

1. Dalam mengejar kehidupan moden yang sibuk, dan keazaman kita untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat, ramai saintis yang mencadangkan kita melakukan aktiviti fizikal sedara konsisten dan berkala untuk mengekalkan minda yang cerdas.   2. Selain itu aktiviti fizikal ini juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan mengekalkan berat badan yang seimbang.   3. Dalam kajian, aktiviti fizikal akan melepaskan sebatian Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF), yang sering dirujuk sebagai “baja untuk otak.”   4. BDNF menggalakkan pertumbuhan dan penyelenggaraan saraf otak (neuron) dan menyokong keupayaan otak untuk mempelajari dan mengingati (memori) perkara baru.   5. Aktiviti fizikal juga dikaitkan dengan peningkatan …

Read More »

TEKAK BERLENDIR? ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH POST-NASAL DRIP?

1. Anda mungkin mengalami masalah lendir yang pekat dan melekat di tekak, dan membuatkan anda batuk atau terpaksa berdehem. Ia mungkin telah berlangsung selama berbulan-bulan. 2. Masalah ini dinamakan Post-Nasal Drip. Ia boleh berlaku atas beberapa sebab, antaranya alahan, jangkitan virus (termasuk selesema biasa), jangkitan sinus, cuaca sejuk atau habuk di ruang udara. 3. Walau apa pun puncanya, ia menyebabkan rasa tidak selesa dan batuk. 4. Terdapat beberapa pilihan rawatan, termasuk petua yang boleh diamalkan rumah dan ubat-ubatan tanpa perlu preskripsi. Antaranya: i. Penyedutan wap normal saline.ii. Minum air secukupnya untuk memastikan lendir tidak pekat.iii. Tidur di atas bantal yang …

Read More »

KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA

KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA 1. Sumber Elektrolit Air kelapa mengandungi banyak elektrolit semulajadi, seperti natrium, magnesium, kalsium, dan kalium. Elektrolit adalah mineral penting untuk mengimbangi jumlah air dalam badan anda, memindahkan toksin ke dalam dan keluar dari sel, menyokong fungsi otot dan saraf, dan menstabilkan tekanan darah. Kadangkala bersenam secara agresif menyebabkan kehilangan banyak cecair dan ketidakseimbangan elektrolit. Itulah sebabnya minuman sukan, yang mempunyai elektrolit, sangat popular. Ketidakseimbangan elektrolit juga boleh berlaku apabila jumlah air dalam badan anda berubah secara drastik, seperti selepas muntah atau mengalami cirit-birit. Air kelapa lebih rendah kandungan gula berbanding kebanyakan minuman sukan dan mengandungi karbohidrat, …

Read More »
error: Content is protected !!