1. Tangan berasa kebas adalah masalah di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Ia boleh bermula dari jari tangan ke lengan dan bahu. 2. Punca utama tangan kebas bagi mereka yang banyak menggunakan tangan ketika melakukan kerja yang berterusan adalah masalah ‘carpal tunnel syndrome’. Ini disebabkan saraf pada tangan mengalami sedikit tekanan. Masalah ini berlaku untuk sementara. Ia akan bertambah baik nanti jika diberikan rawatan yang betul. 3. Seseorang mungkin kekurangan vitamin B12 dalam badan dan menyebabkan masalah ini. 4. Kekurangan vitamin E juga menyebabkan masalah yang sama. 5. Kencing manis menyebabkan kebas pada bahagian kaki dan …
Read More »Umum
AIR KENCING BERWARNA MERAH
Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh kehadiran sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan oleh: ✅ Hemoglobin (yang membawa oksigen dalam sel darah merah) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah ✅ Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot ✅ ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah) ✅ Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan) ✅ Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine. Jika mengalami air kencing berwarna merah, buatlah pemeriksaan air kencing. Semoga …
Read More »EPILEPSI (SAWAN)
EPILEPSI (SAWAN) Epilepsi adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa. Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan. Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi. Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental. Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri. PUNCA Epilepsi berpunca dari pelbagai faktor. Sebarang gangguan pada aktiviti normal neuron samada penyakit mahupun kecederaan otak boleh menyebabkan sawan. Sebahagian besar sawan tidak diketahui …
Read More »BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING
1. Asid borik digunakan dalam industri makanan sebagai pengawet bagi tujuan bahan makanan itu menjadi tahan lama. Selain itu ia memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan tersebut. 2. Ia biasa digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning, dan juga bebola ikan atau bebola makanan laut. 3. Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia asid borik ditemui sampel makanan seperti mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, dengan kepekatan kandungan yang berbeza. Mi kuning mempunyai kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain. 4. Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk …
Read More »BERLARI-LARI ANAK SETIAP HARI MAMPU JAUHI RISIKO PENYAKIT KRONIK
1. Setiap individu digalakkan untuk melakukan pergerakan fizikal atau bersenam untuk kekal sihat. 2. Sekurang-kurangnya melakukan senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas. (brisk walking). 3. Dalam satu kajian mendapati bahawa mereka yang melakukan brisk walking antara 5 hingga 10 minit setiap dapat menghindari dari pelbagai penyakit. 4. Dengan brisk walking saja dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular. 5. Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson. 6. Dalam panduan kesihatan American Health Association, setiap orang digalakkan melakukan aktiviti fixikal selama …
Read More »KENCING BERDARAH MUNGKIN TANDA KANSER
1. Kencing berdarah atau ‘haematuria’ adalah tanda yang serius. 2. Adakala ia nampak jelas dan ada kala ia hanya dikesan melalui pemeriksaan di bawah mikroskop. 3. Jika darah kelihatan jelas dalam air kencing, ia mungkin tanda awal kanser pada sistem pembuangan air kecil, terutama bila sudah berumur 60 tahun ke atas. 4. Selain itu, kehadiran darah dalam air kencing selalunya diakibatkan oleh jangkitan kuman (disebut sbg kencing kotor) di kalangan wanita atau batu karang dan kanser (pundi kencing dan ginjal) di kalangan lelaki. 5. Lelaki berusia 60an, mengadu air kencingnya berwarna merah, sukar kencing akibat tersumbat dan air kencing bercampur …
Read More »PERLUKAH PANTANG DALAM MERAWAT?
Penyakit yang disebabkan pemakanan, ubatnya adalah pemakanan itu sendiri. Contoh diabetes, jika kita percaya puncanya gula maka gula perlulah dihentikan dari pemakanan. Bukan dikurangkan saja. Ini kerana setiap kali gula diambil akan menyebabkan lebih mudarat. Tahap gula sentiasa tinggi dalam darah. Jika kita tidak mengambilnya, tahap gula lebih rendah. Ketika bulan puasa, sebelum berbuka cuba periksa tahap gula dalam darah. Setelah tidak mengambil sebarang makanan (termasuk makanan berkarbohidrat) selama 14 jam, tahap gula menjadi normal walaupun tidak mengambil sebarang ubat. Bila ambil sekeping biskut atau satu cawan teh O (bergula sedikit) bacaan gula terus mencanak. Sebab itu tidak benar …
Read More »DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN?
DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN? 1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat. 2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi. 3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas. 4. Namun gelombang dari oven microwave …
Read More »DOKTOR, APA ITU ECZEMA?
DOKTOR, APA ITU ECZEMA? 1. ECZEMA juga dikenali sebagai atopic dermatitis, kerana ia melibatkan sistem daya tahan yang terlalu memberikan tindakbalas terhadap punca alahan. 2. Tindakbalas ini menyebabkan keradangan yang terlalu kuat di lapisan bawah kulit. Jadi ruam yang kelihatan sebenarnya adalah sebahagian kecil keradangan yang lebih teruk. 3. Rasa gatal yang berlaku sebenarnya sedang menjadi sebahagian dari sistem daya tahan memberikan isyarat pada kulit. 4. Rasa gatal akan menyebabkan kita menggaru dan ini melukakan kulit. Bakteria dan virus akan lebih mudah masuk ke dalam kulit. 5. Ini menyebabkan kita rasa lebih gatal dan menggaru. 6. Antara tanda eczema yang …
Read More »BOLEHKAH MEWARNA RAMBUT KETIKA HAMIL?
Secara amnya, selamat bagi wanita hamil untuk mewarnakan rambut. Tetapi elok dilakukan selepas 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana selepas 12 minggu, kehamilan lebih stabil dan tidak mudah mengalami keguguran. Dibimbangi jika dilakukan boleh berlaku keguguran atau kerosakan genetik. Dalam pewarna rambut, ada bahan kimia toksik terutamanya dalam dos yang tinggi. Walaupun bagaimanapun kebanyakan salon menggunakan bahan pewarna yang berdos rendah. Jadi berhati-hatilsh jika kehamilan belum mencapai 12 minggu. Jangan guna pewarna secara berlebihan. #HealthDrZubaidi
Read More »DOKTOR, APA ITU ACRYLAMIDE?
1. Baru-baru ini heboh mengenai beberapa biskut di Malaysia yang mengandungi acrylamide yang bersifat pro-kanser yang boleh menyebabkan kanser. 2. Biskut ini pula telah lama di pasaran dan dimakan sebagai kudapan sejak dulu lagi. 3. Tapi apakah sebenarnya acrylamide? Secara amnya acrylamide adalah sebatian yang terbentuk semasa pemanasan makanan yang berasaskan karbohidrat dan protein pada suhu melebihi 100 darjah Celsius, iaitu, semasa menggoreng, memanaskan dan membakar. 4. Pembentukan sebatian ini bergantung kepada tiga faktor. ✅ Faktor makanan: berlaku pada makanan yang kaya karbohidrat, dan makanan berprotein. Kedua-dua makanan ini apabila terdedah pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia dipanggil de Maillard, yang …
Read More »SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS
SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS Sejak bermula kita lahir sehingga kita berusia 30an, otot-otot kita akan membesar dan bertambah kuat. Namun tidak lama selepas itu, jisim otot kita akan berkurangan dan kita mula bertambah lemah. APA ITU SARCOPENIA Sarcopenia adalah keadaan di mana kehilangan jisim otot (skeletal muscle) dan fungsinya secara progressive. Ia selalunya berlaku pada wargamas, namun ia mungkin bermula pada usia yang lebih muda. Ia akan menyebabkan masalah ketidakupayaan, kualiti hidup yang rendah dan kematian. Kehilangan otot ini mungkin Bersama dengan peningkatan penyimpanan lemak dalam tubuh. Ini menyebabkan tubuh tidak mengalami penurunan berat badan tetapi …
Read More »DOKTOR, APA MAKANAN YANG MENYEBABKAN GAS DALAM PERUT?
1. Secara umumnya, makanan yang berangin adalah makanan yang mengandungi gula tertentu (fruktosa, laktosa, raffinose dan sorbitol) dan / atau serat larut. 2. Bahan-bahan ini tidak dicerna dalam perut tetapi hanya dicernakan dalam usus oleh bakteria. Ini yang menghasilkan angin dalam usus. 4. Namun tidak semua orang mengalami gas. Dan oleh kerana makanan-makanan ini juga bernutrisi, jika kita ada masalah angin apabila memakannya, saya nasihatkan agar ambil dalam kuantiti yang sederhana. Jika tidak, kita mungkin mengalami masalah nutrisi. 4. Sayuran berikut adalah mungkin memberi gas dalam usus kerana mengandungi gula raffinose dan / atau fruktosa. 👉 Artichokes 👉 Asparagus 👉 …
Read More »BILA MASALAH PENGHADAMAN MEMERLUKAN PEMERIKSAAN LANJUT?
BILA MASALAH PENGHADAMAN MEMERLUKAN PEMERIKSAAN LANJUT? Lakukan pemeriksaan doktor jika anda mengalami simptom dan gejala seperti di bawah: Muntah yang semakin kerap Mengalami kesulitan menelan Berat badan menurun dengan cepat tanpa sebab Cirit-birit pada malam hari Najis berdarah Datang bersama rasa sukar bernafas dan jantung berdebar-debar Datang bersama kulit yang pucat Ada benjolan pada abdomen atau abdomen membengkak (kembung) Rasa sakit perut yang tidak lega setelah kentut atau buang air besar #HealthDrZubaidi Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan …
Read More »BAHAYA GULA PUTIH
BAHAYA GULA PUTIH Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa dan glukosa. Gula putih adalah bahan yang diperolehi dari pemprosesan tebu. Pengambilan gula lebih berbahaya kerana cepat meresap masuk ke dalam tubuh. Jika diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan terutama pada pesakit diabetes. Gula mampu memberikan perasaan seronok dan mengurangkan stress. Oleh kerana kesedapan di lidah, ramai orang ketagihan. Ini dinamakan sugar craving yang menyebabkan kita menambahkan lebih banyak gula dalam minuman kita. Pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan pankreas akan …
Read More »SAKIT GINJAL DI USIA MUDA
Semalam ada kes pesakit umur 24 tahun ada masalah ginjal. Dia tidak sedar yg dia ada masalah batu dalam ginjal sekian lama. Tiada rasa sakit. Cuma kebanyakan masa, air kencingnya keruh. Bila ditanya rupanya hari-hari minum air gas dalam tin. Mengikut kajian, mereka yang gemar minum air bergas cola lebih mudah untuk mendapat masalah karang di buah pinggang. Ini kerana minuman sebegitu mengandungi asid fosforik yang boleh merangsangkan pembentukan batu. Pembentukan batu karang dalam ginjal tanpa disedari akan melengahkan pesakit unyuk mendapat rawatan segera. Ini akan menyebabkan masalah fungsi ginjal yg tidak normal …
Read More »PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK
PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK ✅ PROBIOTICS merujuk kepada bakteria baik yang terdapat dalam makanan dan menjadi sebahagian dari dalam sistem pencernaan kita. ✅ Ia mewujudkan satu ekosistem dalam usus besar yang seimbang bagi mengawal populasi bakteria berbahaya supaya tidak menjadi terlalu banyak dan memberikan kemudaratan pada tubuh. ✅ PREBIOTICS adalah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan dalam usus dan menjadi makanan kepada kuman baik. ✅ PROBIOTICS adalah makanan yang sudah menjalani proses penapaian (fermentation). Dalam proses ini lebih banyak kuman baik dibiakkan. ✅ PREBIOTICS adalah makanan yang belum diproses. Pencernaan dalam sistem penghadaman yang menjadikan ia makanan kepada bakteria baik. ✅Contoh makanan Probiotik …
Read More »DOKTOR, SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH KUARANTIN, ADAKAH SAYA BOLEH MENJANGKITI ORANG LAIN?
DOKTOR, SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH KUARANTIN, ADAKAH SAYA BOLEH MENJANGKITI ORANG LAIN? Cara terbaik buatlah pemeriksaan PCR di akhir tempuh kuarantin. Pesakit COVID-19 yang telah disahkan sembuh (negatif ujian PCR) sudah tidak menjangkiti orang lain. Ini kerana virus sudah tiada dalam badan anda. Tetapi risiko dijangkiti semula tetap ada walaupun antibodi semulajadi telah diperolehi melalui jangkitan COVID-19. Bekas pesakit COVID-19 yang negatif ini, bukan saja tidak akan menjangki tetaou mempunyai antibodi khusus terhadap COVID-19. Menurut panduan KKM, bekas pesakit COVID-19 dinasihatkan untuk mengambil vaksin selepas 3 bulan kerana dipercayai antibodi semulajadi yang terbentuk itu akan berkurangan mengikut masa. Semoga bermanfaat. …
Read More »DOKTOR, APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI KANSER LIMFOMA?
DOKTOR, APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI KANSER LIMFOMA? Kanser Limfoma ialah sejenis kanser yang berkaitan dengan sel darah putih. Ia menyebabkan bilangan sel darah putih meningkat dengan banyak. Terdapat pelbagai jenis kanser limfoma, tetapi yang biasa berlaku adalah:Jenis Hodgkin (Hodgkin Lymphoma)Bukan jenis Hodgkin (Non-hodgkin lymphoma) Para saintis masih lagi belum pasti punca sebenar penyakit ini. Namun, mereka mendapati terdapat beberapa faktor telah dikenalpasti. individu berusia 60 tahun ke atas (bagi Limfoma Jenis Bukan Hodgkin) individu berusia 15 hingga 40 tahun (bagi Jenis Hodgkin) individu yang menghidap penyakit yang melemahkan sistem daya tahan contohnya pesakit HIV, atau seorang penerima rawatan …
Read More »DOKTOR, APA PUNCA SINUSITIS?
✅ Sinusitis adalah jangkitan kuman dalam rongga sinus dalam tulang tengkorak. Ia menyebabkan keradangan pada rongga tersebut. ✅ Keadaan akan bertambah teruk, jika pembukaan pada rongga sinus tersumbat dan kuantiti mukus bertambah banyak dalam rongga sinus ini. ✅ Dalam kes jangkitan sinusitis yang kronik, pembukaan rongga sinus boleh tertutup (tersumbat) apabila terdapat pembentukan polyp atau pembengkakan lapisan mukosa ethmoidal. ✅ Bagi mereka yang mengalami alahan yang melibatkan hidung (allergic rhinitis) atau melibatkan sinus (allergic dinusitis), pembentukan lendiran mukus dalam rongga hidung dan sinus bertambah banyak. ✅ Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pengumpulan lendiran mukus dalam rongga sinus dan akhirnya menyebabkan jangkitan …
Read More »MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION)
MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION) Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol”(bunion) itu. Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk. Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit. Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku. Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan: Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk …
Read More »PERBEZAAN ANTARA RT-PCR DAN RTK-AG
Kita selalu mendengar terdapat dua cara untuk melakukan ujian COVID 19 iaitu RT-PCR dan RTK-Ag. RT-PCR (Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction) dapat mengesan virus yang ada dalam badan pesakit dengan lebih tepat. Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Masa yang di ambil untuk mendapatkan keputusan melalui ujian ini adalah satu atau dua hari. Sampel biasanya diambil dengan menggunakan kaedah nasopharyngeal swab. Rapid test kit antigen (RTK-Ag) digunakan untuk mengesan antigen di dalam badan. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Sampel diambil juga menggunakan kaedah naspharyngeal swab. …
Read More »APA ITU GASTRITIS?
APA ITU GASTRITIS? 1. Gastritis adalah keradangan pada dinding perut. Ia menyebabkan dinding perut mudah terhakis atau terluka oleh asid perut ketika kita makan. 2. Antara punca gastritis adalah: ✅ Jangkitan bakteria Helicobacter pylori ✅ Ubat tahan sakit anti-inflamatori non-steroidal (NSAID) ✅ Alkohol ✅ Steroid ✅ Stress ✅ Pembedahan ✅ Rokok 3. Wargamas lebih mudah mendapat gastritis. Oleh mereka berhati-hati ketika mengambil ubatan sintetik seperti ubat tahan sakit dan steroid. 4. Pesakit mungkin mengalami : ✅ Pedih ulu hati ✅ Muntah dan loya ✅ Kekembungan perut 5. Jika tidak dirawat dengan baik, ia akan menyebabkan : ✅ Luka pada perut …
Read More »ADAKAH MAKANAN YANG MENGANDUNGI GLUTEN BERBAHAYA PADA KESIHATAN?
ADAKAH MAKANAN YANG MENGANDUNGI GLUTEN BERBAHAYA PADA KESIHATAN? Masalah gangguan pencernaan boleh berlaku pada sebahagian orang setelah mengambil makanan yang mengandung gluten. Ia boleh dianggap berbahaya bagi kesihatan. Gluten adalah salah satu jenis protein yang terdapat di dalam gandum dan barli. Jadi protein ini terdapat pada makanan yang diperbuat dari bijiran ini. Ini termasuk roti, kuih dan sereal. Tidak semua orang yang berbahaya mengambil makanan seperti ini. Hanya sebahagian kecil saja yang mempunyai masalah berkaitan dengan protein gluten. Penyakit yang disebabkan oleh gluten adalah : 1. Penyakit celiac. Pesakit akan mengalami keradangan permukaan usus dan mengganggu penyerapan nutrisi makanan. Pesakit …
Read More »PURPURA HENOCH-SCHONLEIN
Henoch-Schonlein purpura (juga dikenali sebagai IgA vasculitis) adalah masalah yang menyebabkan saluran darah yang kecil pada kulit, sendi, usus dan ginjal mengalami keradaangan dan seterusnya mengalami pendarahan. Ini menyebabkan pesakit mengalami bintik-bintik merah (adakalanya ungu) terutama pada bahagian bawah kaki dan punggung. Apa yang lebih berbahaya apabila Henoch-Schonlein purpura juga boleh menyebabkan masalah pendarahan pada usus, dan sendi (menyebabkan rasa sakit pada sendi). Kadang-kala boleh menyebabkan pendarahan pada ginjal dan menyebabkan kerosakan fungsi ginjal. Henoch-Schonlein purpura boleh menyerangkan sesiapa saja, tetapi selalunya kanak-kanak berusia antara 2-6 tahun. Namun semakin besar, masalah ini akan hilang perlahan-lahan, namun ada juga yang masih …
Read More »PEMBENGKAKAN PROSTATE BUKAN KANSER
PEMBENGKAKAN PROSTATE BUKAN KANSER Bengkakan kelenjar prostate bukan kanser dikenali dengan beberapa nama, antaranya ‘benign (noncancerous) enlargement of the prostate’, atau ‘benign prostatic hyperplasia (BPH)’. Ia adalah masalah yang kerap dialami oleh lelaki yang sudah berusia melebihi 60 tahun. Kelenjar prostat memainkan peranan penting dalam sistem reproduksi lelaki. Ia bersaiz seperti kacang tanah terletak di bahagian bawah pundi kencing. Ia mengalami dua kali pembesaran, iaitu ketika mula akhil baligh dan ketika berusia 30 tahun. Saiz bertambah dari 20 gram ketika dewasa kepada 40 gram ketika berusia sekitar 70 tahun. Fungsi utama kelenjar prostat adalah mengeluarkan cairan yang melindungi dan memberikan …
Read More »APAKAH CIRIT-BIRIT BERBAHAYA?
Cirit-birit atau diarrhoea berlaku apabila najis yang kita keluarkan menjadi cair. Oleh itu definasi cirit-birit adalah apabila kita mengeluarkan najis yang lembut atau berbentuk cecair melebihi tiga kali setiap hari. Ia berlaku apabila usus kita tidak dapat menyerap cecair yang kita makan atau minum dengan sebaiknya atau usus kita mengeluarkan lebih banyak air ke dalam rongga usus akibat keradangan atau jangkitan kuman. Najis yang dikeluarkan bukan saja kerap, tetapi dalam bentuk cecair tetapi juga mungkin terdapat sedikit darah. Dalam kebanyakan kes, cirit-birit ini bersifat sementara dan tidak perlukan rawatan yang spesifik. Pesakit perlu pastikan minum air secukupnya, jika tidak …
Read More »AMBIL UBAT SAJA
Terima kasih atas perkongsian, Dr Zubaidi. Baru faham kenapa Pusat Kesihatan ambil darah 6 bulan sekali. Smlm rutin check, tak jumpa doktor bertugas pun, jururawat kata darah ok, so ambik ubat je cam biasa. Walaikumusalam. Bagi pesakit diabetes, saya cadangkan beli satu mesin glucometer untuk pemantauan di rumah. Buat seminggu sekali. Pemeriksaan enam bulan sekali itu terlalu lama. Penyakit diabetis adalah penyakit yang progresif. Ia boleh menjadi lebih teruk tanpa disedari. Buat pemeriksaan gula sendiri seminggu sekali. Lepas berpuasa 8 jam (selalunya lepas bangun pagi) Dua jam selepas makan. Catat dalam buku kecil. Jika sudah alami diabetes melebihi 5 tahun, …
Read More »PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK
PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK Ketika jantung mengepam darah ke seluruh tubuh, otot-otot jantung menolak darah melawan tekanan yang diberikan oleh saluran darah agar saluran darah dapat mengembangkan dan darah dapat bergerak dgn mudah. Inilah tekanan sistolik. Ia ditulis sebagai bacaan atas. Ketika otot jantung rehat, darah masuk ke dalam jantung dengan cepat hasil pengecutan saluran darah arteri. Inilah bacaan diastolik. Ia ditulis sebagai bacaan bawah. Kedua-dua nombor ini menggambarkan tahap kesihatan jantung kita. Bacaan tekanan darah kita ditulis seperti ini: 120/80; dan ia disebut sebagai “120 per 80.” Selalunya bacaan tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi, dari bacaan tekanan …
Read More »APAKAH ITU HbA1c?
Kita selalu mendengar tentang ujian darah HbA1c untuk pesakit diabetes apabila mereka melakukan follow up di hospital. HbA1c atau ‘glycated haemoglobin’ adalah ujian yang selalu dilakukan kepada diabetes, bersama pemeriksaan darah yang lain. 2. Ianya terbentuk apabila haemoglobin dalam sel darah merah bergabung dengan gula dalam darah lalu membentuk ‘glycated’. 3. Ia menujukkan purata bagi tahap gula dalam darah sepanjang 3 bulan. Ia juga digunakan untuk mendiagnosa pesakit diabetes. 4. Paras HbA1c yang tinggi bermakna paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi sepanjang 3 bulan yang lepas. Ini akan menyebabkan komplikasi kronik kepada pesakit. 5. Bacaan HbA1c : ✅ Normal: …
Read More »BENGKAK KAKI DI KALANGAN WARGAMAS
1. Bengkak di bahagian kaki boleh terjadi di mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan pergelangan kaki. 2. Pembengkakan kaki (pedal edema) dihasilkan akibat pengumpulan cecair dalam tisu kaki. 3. Punca-punca seperti berikut : ✅ Kegagalan fungsi ginjal ✅ Kegagalan fungsi jantung (cardiomyopathy) ✅ Saluran darah kurang berfungsi (chronic venous insufficiency) ✅ Sistem limfa yang tersumbat (lymphedema) ✅ kesan sampingan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen dan diclofenac ✅ kesan sampingan ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes, hipertensi dan rawatan hormon. ✅ masalah berkaitan kegagalan fungsi hati ✅ Duduk atau berdiri terlalu lama ✅ Pembentukan arah beku biasanya di …
Read More »PERNAH DENGAR HEPATITIS?
1. Hepatitis A adalah sejenis jangkitan pada organ hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV). 2. Jangkitan ini berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ia jarang menyebabkan kerosakan organ hati secara kekal. 3. VAH berada dalam keluarga Picornaviridae dan genus Hepatorvirus. Tubuh manusia dan haiwan menjadi tempat pembiakan VAH. 4. Secara mikroskopik, HAV mempunyai ‘single-standed RNA’ . Setelah memasuki saluran, HAV akan menuju ke organ hati melalui sistem peredaran darah yang dinamakan “hepatic circulation”. 5. VAH akan membiak dan kemudian dirembeskan ke cecair hempedu dan akan keluar daripada tubuh melalui najis. 6. Selepas memasuki tubuh pesakit, HAV mengambil masa antara …
Read More »KEGUNAAN MESIN CPAP UNTUK PESAKIT SLEEP APNOEA
KEGUNAAN MESIN CPAP UNTUK PESAKIT SLEEP APNOEA Rawatan menggunakan mesin CPAP adalah salah satu cara membantu pesakit yang mengalami sleep apnea. Pesakit sleep apnea mengalami masalah gangguan tidur kerana pernafasan mereka terhenti sementara sebanyak beberapa kali ketika tidur. Orang yang mengalami masalah ini biasanya akan berdengkur, kemudian berhenti bernafas dan tiba-tiba akan tersentak seolah-olah seorang yang yang hampir lemas. Sebahagian pesakit sleep apnea tidak menyedari perlakuan ini. Hanya pasangan mereka yang tidur disebelah menjadi cemas. Tetapi bila bangun tidur, pesakit mengalami rasa sakit kepala, dan sepanjang hari berasa mengantuk, rasa penat dan tidak mampu fokus melakukan kerja. Jika pesakit berhenti bernafas dalam …
Read More »KERAP STRESS MELEMAHKAN SISTEM IMMUNE TUBUH
KERAP STRESS MELEMAHKAN SISTEM IMMUNE TUBUH Stress adalah sesuatu yang membebankan minda kita. Bebanan minda ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Mungkin ia merupakan suatu masalah bagi seorang, tetapi ia tidak menjadi masalah kepada orang yang lain. Tahap stress juga berbeza walaupun punca stress adalah sama. Stress ini boleh dibahagikan kepada dua kategori. 1. Eustress. Ia merupakan stress yang baik bagi memberikan tekanan pada seseorang agar menjadi lebih baik. Contohnya seorang pekerja mengalami stress untuk melakukan pekerjaan, sudah tentu ia menjadi sesuatu yang baik bagi beliau jika tidak, dia mungkin menangguhkan kerja. 2. Distress. Ia merupakan stress yang …
Read More »MENGATASI BAU BADAN
Masalah bau badan (bromhidrosis), adalah masalah yang kronik akibat pengeluaran peluh secara berlebihan oleh dua jenis kelenjar pada kulit kita, iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. Ini menyebabkan kulit menjadi lembap dan menggalakkan pembiakan bakteria. Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau. Ia berada di permukaan kulit seluruh tubuh kita. Kelenjar apokrin lebih banyak pada ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan ia tidak berbau. Bau yang tidak menyenangkan ini berlaku apabila terdapat aktiviti bakteria yang menghasilkan gas ammonia, asid butirik dan asid formik yang mengeluarkan aroma busuk dan tidak …
Read More »PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH
PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH Pesakit metabolik yang kronik dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih baik jika mereka mengambil lebih banyak bijiran penuh dalam pemakanan mereka. Saintis di Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging di Tufts University, Amerika Syarikat mendapat orang dewasa yang makan bijiran penuh sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat mengurangkan keboroian perut (ukur lilit pinggang), tahap gula dan kolestrol dan tekanan darah selepas 4 bulan. Dengan ini mereka dapat mencegah dari mendapat serangan sakit jantung dan serangan stroke. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition. Mengikut Panduan Pemakanan Amerika …
Read More »