BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MENGAMBIL KURMA?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Saya pesakit diabetes mellitus jenis 2. Ambil ubat metformin 500mg dua kali sehari. Bacaan gula saya ketika puasa 5-6 mmol/l.

Di bulan puasa Ramadan ini saya teringin untuk berbuka dengan kurma. Bolehkan saya ambil kurma?

Terima kasih Dr Zubaidi.”

 

WAALAIKUMUSSALAM.

 

Menurut sumber yang saya temui, pesakit diabetes mellitus boleh mengambil kurma dalam jumlah yang sederhana.

 

Kurma mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah, yang bermakna ia lebih lambat meningkatkan gula darah.

 

Walau bagaimanapun, kerana kurma adalah manis dan mengandungi fruktosa, pesakit diabetes harus mengawal pengambilan mereka untuk mengelakkan lonjakan gula dalam darah.

 

Saya mencadangkan puan ambil 3 biji kurma ketika berbuka bersama segelas air kosong.

 

Berikut adalah beberapa panduan untuk pengambilan kurma oleh pesakit diabetes :

  • Pilih kurma yang segar atau kering dengan biji.
  • Hadkan pengambilan kepada 3 biji kurma.
  • Pastikan jumlah kurma yang dimakan sesuai dengan keperluan karbohidrat harian anda.
  • Jika mengambil sumber karbohidrat lain seperti nasi, mi, roti, dan biskut kurangkan portion pengambilan karbohidrat ini.
  • Banyak sayur-sayuran dan tingkatkan portion protein seperti telur, ayam dan ikan. Ambil tempe dan tauhu untuk sumber protein dari tumbuhan.
  • Minum segelas air kosong.

 

Kurma juga kaya dengan serat, vitamin, dan mineral yang dapat memberi manfaat kesihatan tambahan.

 

Namun, bagi pesakit diabetes mellitus, penting untuk memantau tahap gula dalam darah terutamanya ketika berpuasa atau dua jam selepas makan.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad
HP 019-7022391

 

 

Ingin mencari pemanis yang natural dan original tanpa menaikkan gula dalam darah (zero kalori), boleh ambil OLEVASTEVIA.

Boleh dapatkan di link :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/oleva-stevia-12ml

 

 

Puasa lebih bertenaga dengan KETO KOKO OLEVAGREEN. Boleh klik link di bawah :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/-new-keto-koko-350g-with-80-koko

 

 

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!