FUNGSI VITAMIN C UNTUK MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN TERUTAMA LUKA PEMBEDAHAN

FUNGSI VITAMIN C UNTUK MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN TERUTAMA LUKA PEMBEDAHAN

Vitamin C memiliki peranan penting dalam penyembuhan luka.

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbat adalah vitamin yang larut dalam air.

Ia berperanan dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah protein yang menjadi komponen utama pada kulit, tulang rawan, tendon, ligamen, dan pembuluh darah.

Ketika terjadi luka, tubuh meningkatkan penghasilan kolagen sebagai sebahagian dari respon untuk penyembuhan.

Vitamin C juga berperanan sebagai antioksidan, yang membantu melawan keradangan pada bahagian sekitar luka. Ini menjadikan luka tidak bengkak, berair dan terlalu sakit.

Vitamin C juga meningkatkan sistem daya tahan di sekitar luka, dan membantu mengurangkan jangkitan kuman yang menyebabkan luka bernanah.

Dalam banyak kajian, pesakit yang mengalami kekurangan Vitamin C akan mengalami proses penyembuhan luka yang lebih lambat, yang memungkinkan luka bernanah akibat jangkitan kuman.

Oleh itu vitamin C sangat penting dalam penyembuhan luka terutama luka terbakar, luka akibat pembedahan atau luka selepas pembedahan Caesarean Section.

Semoga bermanfaat.

[IKLAN]

Boleh dapatkan vitamin C NUTRIFORTE tanpa gula dan tanpa asid di link : https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/non-acidic-vitamin-c-1000mg-with-bioflavonoids-60-s-

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!