APA ITU CLEAN EATING?

APA ITU CLEAN EATING?

 

1. Clean Eating adalah cara makan yang bertujuan bukan saja untuk menurunkan berat badan, tetapi juga untuk memastikan makanan yang diambil penuh dengan nutrisi. Dengan ini ia diharapkan dapat mencegah dan merawat penyakit metabolik.

2. Pola makan ini diperkenalkan oleh Tosca Roneo dalam bukunya berjudul The Eat-Clean Diet.

3. Prinsip clean eating adalah mengambil makanan dari bahan segar tanpa melalui proses masakan yang lama, yang akan menyebabkan makanan ini terdedah pada hal sehingga menyebabkan tahap nutrisinya semakin berkurangan.

4. Contohnya pengambilan buah-buahan, sayuran-sayuran, lemak sihat, biji-bijian, daging merah tanpa lemak dan daging putih (ayam dan, ikan) serta telur.

5. Sebaliknya, makanan berproses seperti frozen food, keropok dan kerepek, sosej, burger dan sebagainya hendaklah dielakkan kerana mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna. Makanan ini juga mempunyai tahap nutrisi yang sangat rendah, selain mengandungi banyak garam dan gula.

6. Clean Eating dapat meningkat kadar metabolisme berbanding orang yang mengambil makanan berproses. Ia juga mengekalkan tahap nutrisi di dalam makanan.

7. Dengan itu ia diamalkan untuk mengelakkan dan merawat penyakit metabolik (seperti diabetes, hipertensi dan tahap kolesterol yang tinggi) dan obesiti (terutama central obesiti).

8. Secara amnya, ia dapat dilakukan dengan memperbanyakkan makan buah dan sayur yang segar. Ia juga menggalakkan pemakanan daging yang dipanggang atau direbus, serta bijirin seperti jagung, kacang dan beras yang direbus.

9. Ia juga menggalakkan pengamalan karbohidrat kompleks dan tinggi serat sebagai sumber makanan utama. Misalnya mengambil roti gandum (wholemeal), beras parboiled rice atau beras perang, kentang, ubi dan lain-lain. Ia diimbangi dengan makanan tinggi protein seperti ayam, telur dan daging tanpa lemak agar perut terasa kenyang lebih lama. Pengambilan minyak zaitun sebagai minyak sihat juga digalakkan.

10. Jika ada peluang, pilihlah produk organik yang menggunakan baja dan racun kimia yang minima.

11. Clean eating juga menggalakkan minum air mineral secukupnya. Jumlah air yang dicadangkan adalah sebanyak 8 gelas atau 2 liter sehari, bergantung kepada keperluan masing-masing.

12. Ini bermakna, tiada lagi menu masakan yang selalu kita ambil seperti masak asam pedas, masak kari, masak lemak etc. Menu yang disediakan adalah menu yang berasaskan ulam, rebus, celur atau tumisan yang minima.

13. Keberkesanan pola pemakanan ini lebih ketara apabila dikombinasikan dengan Diet Intermittent Fasting. Kombinasi Diet Intermittent Fasting (when to eat) dan Clean Eating (what to eat) adalah antara kombinasi terbaik untuk merawat penyakit metabolik.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

 

Pengambilan minyak zaitun OLIVIE PLUS 30x bagus kerana mengandungi poliphenol yang meningkatkan kesihatan kita. Boleh dapatkan di link :

https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!