Assalamualaikum.. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi info dan pengalaman. Info ini boleh dijadikan panduan untuk berdiskusi dengan doktor yang merawat. Terserahlah pada doktor yang merawat untuk mencadangkan rawatan terbaik untuk anda sebagai pesakitnya. Saya tidak memberikan diagnosis atau mencadangkan nama ubat dalam masalah yang ditanyakan. Segala perkongsian info tidak boleh menggantikan pemeriksaan dan rawatan yang diberikan oleh doktor di klinik. Saya amat menggalakkan pertanyaan dan saya akan menulisnya semula sebagai info kepada pembaca yang lain. Namun suka saya ingatkan bahawa saya tidak berkewajiban untuk menjawab ... Read More »
Artikel Terkini
PENDARAHAN RAHIM YANG TIDAK NORMAL
PENDARAHAN RAHIM YANG TIDAK NORMAL Perdarahan rahim yang tidak normal atau dikenali sebagai Dysfunctional Uterine Bleeding (DUB) adalah keadaan dimana pendarahan berlaku dengan banyak atau berpanjangan ketika seorang wanita bukan dalam masa haid. Kitaran haid yang normal dirangsangkan oleh keseimbangan hormon yang berlaku setiap bulan. Sementara pendarahan rahim yang tidak normal berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormon. Ini menyebabkan darah yang keluar terlalu banyak dan kemudian sedikit-sedikit untuk jangkamasa yang panjang. Ia berlaku sekurang-kurang sekali dalam hidup seorang wanita, terutama di akhir baligh dan ketika memasuki menopause. Antara tandanya adalah : Pendarahan haid yang sangat banyak dalam bentuk ketulan darah (darah ... Read More »
PERLUKAH KITA BERDIET? YA MESTI.
PERLUKAH KITA BERDIET? YA MESTI. Berdiet tidak bermakna kita berusaha untuk menjadi kurus. Sepatutnya ia menjadi amalan sepanjang masa kerana definisi diet itu sendiri adalah amalan atau budaya pemakanan. Pemakanan yang betul akan memberikan tenaga dan kesihatan pada tubuh. Pemakanan yang salah akan merosakkan kesihatan. Ada beberapa soalan berkaitan diet atau pemakanan. 1. Adakah makan malam menyebabkan gemuk? Ketika tidur, tubuh kita berada dalam keadaan rehat. Kita akan menggunakan hanya sedikit tenaga pernafasan, kitaran darah dan degupan jantung serta aktiviti otak. Kadar penggunaan tenaga ini dinamakan Basal Metabolic rate (BMR). Sekiranya seseorang itu makan dengan kuantiti yang banyak, terutamanya ... Read More »
MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN Protein adalah makronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Dalam kajian yang dilakukan, ia membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama dan ini membantu mengurangkan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan jurnal Frontiers in Endocrinology, diet yang tinggi protein menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama, memberikan lebih banyak tenaga, meningkatkan pembinaan otot dan mengekalkan berat badan yang lebih lama. Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, menunjukkan jumlah kalori yang sama tetapi dari sumber yang berbeza dapat memberikan tindakbalas menghasilkan tenaga yang berbeza. Maksudnya kita kurangkan pengambilan kalori ... Read More »
-
Adenovirus 14 (Virus Selsema Pembunuh)
Malaysia dikejutkan dengan beberapa kes jangkitan virus yang menyebabkan kematian berlaku di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL). Paling baru (saya menulis pada 21 mac 2011) seorang pelatih inspektor, Mohd Redzuan Ishak, 26, meninggal dunia 4.00 pagi 17 Mac 2011 selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dijangkiti ‘Adenovirus’. Ia menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah dua orang sejak jangkitan pertama dikesan di ... Read More » -
Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa
-
Keguguran akibat makan ikan pari
-
Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum
-
Jangkitan ketuat pada kemaluan (Genital Wart)
-
Wanita juga boleh diserang penyakit jantung
-
mahu anak bijak
-
KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT
-
TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS)
-
VIRUS BOLEH MEREBAK MELALUI SEBARAN UDARA?
-
TIP MENGAWAL PEMAKANAN SEPANJANG SYAWAL
-
Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa
-
Krim Ezerra untuk Merawat Eczema
-
Bagaimana Mengenali Istihadah
-
Kesan Jangka Panjang Cafergot
-
Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala
-
BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING
-
TEKANAN DARAH NAIK BILA BERTEMU DOKTOR (WHITE COAT HYPERTENSION)
-
Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung
-
SESEKALI ELOK MAKAN NANAS