BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN

BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN

 

 

Dalam masyarakat kita,terdapat ramai yang memelukan bantuan kewangan. Selain daripada membayar zakat yang wajib bagi kita, Nabi SAW juga menggalakkan kita banyak bersedekah.  Ikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan dari penyakit juga dengan cara perbanyakkan sedekah.

 

Nabi SAW bersabda:

Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami’).

 

Ketika mengulas hadis ini, Syaikh Abdullah Al-Jibrin rahimahullah berkata, “Maknanya bahwa sedekah adalah cara pengubatan yang bermanfaat dan berguna untuk menyembuhkan orang yang sakit serta meringankan rasa sakit (yang dialami), hal ini dikuatkan dengan hadits Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa salllam, “Sedekah boleh menhapuskan dosa sebagaimana air mematikan api”. Mungkin sebahagian penyakit yang dialaminya adalah hukuman atas dosa yang telah dilakukan oleh pesakit. Maka ketika keluarganya mensedekahkan untuknya, hilanglah dosanya, maka hilanglah sebab penyakitnya, atau dengan sedekah ditulis baginya kebaikan-kebaikan, maka hatinya akan bersemangat dan menjadi ringan ketika mengalami kesakitan. Wallahu a’lam”.  [Fatawa Asy-Syar’iyyah fi masa’ilit Thibbiyah]

 

Seorang ulamak Abdur Ra’uf Al-Munawi rahimahullah berkata,
Orang yang sakit diperintahkan selalu bersedekah… hal ini sudah terbukti membuahkan hasil, mereka mendapatinya sebagai ubat (penyembuh) ruhaniyah yang berkesan dimana tidak didapatkan pada ubat biasa.” [ Faidhul Qadhir 3/515]

 

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Sedekah memiliki kesan yang ajaib dalam mencegah berbagai bala’, walaupun sedekah dari seorang fajir (ahli maksiat) atau dzalim bahkan dari orang kafir. Karena Allah SAW menghalang pelbagai bala dengan sedekah’. Hal ini telah diketahui oleh manusia baik yang awam ataupun tidak. Penduduk bumi mengakui hal ini kerana mereka telah membuktikannya.” [Al-Waabilus Shayyib hal. 49].

 

Para salafush shalih juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai.

 

Dikisahkan bahwa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang lelaki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, namun tidak memberikan kesan. Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah perigi kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap dengan ada nya mata air dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit lututmu. Lelaki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh”. (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).

 

Teruskan rawatan yang kita jalani, banyakkan sedekah dan ingatlah Allah SWT yang menyembuhkan. Mohonlah padaNYA.

 

Semoga, sedikit tulisan ini memberikan manfaat kepada kaum muslimin, khususnya bagi mereka yang sedang ditimpa penyakit.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!