Kebanyakan wanita hamil mengalami “alahan mengandung” atau dikenali sebagai “morning sickness”. Tidak semua wanita hamil mengalaminya. Ia berlaku sekitar enam minggu kehamilan. Kebanyakannya akan berakhir pada usia kehamilan 12 hingga 16 minggu. Ia boleh berlaku pada waktu pagi, siang atau malam. Ia berpunca dari perubahan hormon yang berlaku di awal kehamilan. Wanita hamil anak kembar biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, walaupun ada di antara mereka yang tidak mengalaminya. Antara faktor yang mencetus morning sickness adalah: 1. Wangian atau bauan seperti minyak wangi, kopi atau asap rokok 2. Bau masakan atau menggoreng 3. Berasa sangat letih 4. Perasaan gelisah atau …
Read More »Kehamilan
BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?
BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL? “Assalamualaikum, doktor. Boleh kah ibu hamil pakai inhaler vick?. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM. Tidak semua produk vicks sesuai digunakan semasa hamiil. Namun begitu, banyak juga produk vicks yang selamat digunakan. Terdapat beberapa produk vicks yang ada di pasaran digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat. Saya mencadangkan puan membaca kandungan produk yang tertulis pada label pada produk tersebut. Cuma elakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada …
Read More »AIR KETUBAN BANYAK
“Assalamualaikum Dr. Saya sedang hamil 30 minggu. Baru-baru ini doktor memberitahu yang air ketuban saya banyak. Saya sangat terkejut. Apakah kesan sampingan kepada bayi dan ibu sekiranya air ketuban banyak dan adakah cara lain untuk mengurangkan air ketuban ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Puan jangan terlalu risau dan banyakkan berdoa. Kandungan air ketuban dalam rahem sukar diketahui dengan tepat walaupun dengan melakukan pemeriksaan ultrasound. Pengiraan kasar ini mungkin tidak tepat. Puan kena faham bahawa jumlah air ketuban maksimum pada usia kehamilan kira-kira 32 minggu. Oleh itu, air ketuban puan nampak banyak, padahal ia adalah normal. Ada …
Read More »PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL
PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL “Assalamualaikum doktor, semalam pagi saya ada buat pemeriksaan perut di klinik kerajaan. Dan bacaan air ketuban saya adalah 7. Adakah itu normal? Sebab klinik masih belum berikan apa-apa keputusan untuk saya refer hospital atau tidak. Kandungan saya 36 minggu 5 hari. Mohon nasihat sebab saya risaukan kandungan saya.” Air Tuban juga dikenali sebagai amniotic fluid. Semasa hamil, isipadu air tuban semakin bertambah. Doktor akan memeriksa isipadu air tuban ini menggunakan teknik Amniotic Fluid Index. Amniotic Fluid Index (AFI) diukur dengan membahagikan rahem kepada empat bahagian. Bahagian kanan dan kiri dipisahkan oleh linea nigra iaitu tanda …
Read More »LUKA CAESAREAN BERMASALAH
Pada masa ini kelahiran bayi secara pembedahan Caesarean Section telah menjadi suatu fenomena. Bayi yang dikeluarkan lebih cepat dan ini mengelakkan komplikasi semasa kehamilan. Namun yang menjadi masalah apabila luka pembedahan lambat sembuh. Selain itu luka pembedahan mungkin bermasalah jika: 1. Kesakitan teruk pada bahagian abdomen 2. Kemerahan pada kawasan pembedahan 3. Parut kelihatan bengkak/berair/bernanah 4. Mengalami demam 5. Sakit ketika kencing 6. Keluar discaj bau busuk melalui vagina 7. Pendarahan teruk (pad penuh dalam masa 1 jam) Oleh itu penjagaan selepas pembedahan (semasa pantang) adalah penting bagi memastikan luka sembuh dengan cepat. Selalunya ia berlaku pada: 1. Wanita yang …
Read More »PENGLIHATAN TERJEJAS KETIKA HAMIL
Apabila seorang wanita hamil, antara yang mungkin mereka alami adalah penglihatan mata yang terjejas atau berkabur di sepanjang kehamilan. Ini yang membimbangkan mereka. Namun masalah ini selalunya bersifat sementara. Penglihatan akan kembali seperti biasa, sama ada selepas melahirkan anak. Atau ada yg lambat sikit, sehingga tamat tempuh berpantang (60 hari selepas melahirkan anak). Ini kerana semasa hamil, terdapat perubahan hormon. Mereka mungkin mengalami kekeringan mata dan bagi mereka yang menggunakan pendakap kanta (contact lens) akan menjadi lebih tidak selesa. Mereka boleh dapatkan menitis mata normal saline di farmasi. Saya nasihatkan agar tidak menggunakan pendakap kanta semasa hamil jika mengalami kekeringan …
Read More »MENCEGAH KEGUGURAN DENGAN MENGIKAT MULUT RAHIM
MENCEGAH KEGUGURAN DENGAN MENGIKAT MULUT RAHIM Bagi wanita yang kerap keguguran semasa hamil, doktor akan melakukan prosedur cervical cerclage. Untuk memudah faham, adalah mengikat atau menjahit mulut rahim (pembukaan peranakan di pangkal rahim). Prosedur ini biasanya dilakukan pada akhir trimester pertama, atau bila-bila masa sepanjang kehamilan bila dirasakan perlu. Ia dilakukan pada wanita hamil yg mempunyai pangkal rahim (serviks) yang lemah dan berisiko keguguran atau melahirkan prematang. Bagi mereka yg pernah menjalani prosedur ini tentu bersyukur kerana mendapat kehamilan yg selamat sehingga melahirkan anak. #HealthDrZubaidi KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik …
Read More »ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?
Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus. Harap ia hanya alahan pada habuk dan cuaca sejuk. #HealthDrZubaidi
Read More »TULANG COCCYX PATAH MASA BERSALIN PUNCA SAKIT BELAKANG?
Soalan 1. Normal atau tidak sakit belakang ketika hamil? Rasa sakit belakang ketika hamil adalah suatu yang normal, terutama di akhir kehamilan. Ini kerana penambahan berat badan secara keseluruhan yang ditanggung oleh seorang wanita tersebut, secara purata antara 15-20kg. Posisi bayi yang berada di hadapan abdomen seberat 1.5-2.0 kg memberikan tekanan pada tulang belakang di bahagian lumbar. Ini punca seorang wanita mengalami rasa sakit belakang, terutama pada wanita yang mempunyai masalah tulang belakang seperti scoliosis, Prolapsed Intervertebral Disc atau kecederaan lampau pada tulang belakang. Namun saya suka menggalakkan wanita yang hamil agar melakukan pemeriksaan doctor, juka rasa sakit belakang terlalu …
Read More »KEHAMILAN EKTOPIK
Kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim. 1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian. Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks. Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik semakin meningkat. Oleh itu, perkara ini perlu difahami dengan lebih lanjut. SIAPAKAH YANG BERISIKO? Punca kehamilan ektopik tidak diketahui, namun terdapat faktor risiko yang telah dikenalpasti seperti berikut : …
Read More »IMPLANON TIDAK DIKELUARKAN
IMPLANON TIDAK DIKELUARKAN Implanon adalah produk pencegahan kehamilan yang berbentuk seperti batang mancis di masukkan ke bawah kulit di lengan yang tidak dominan. Jika ia telah melepasi tarikh luput selalunya akan mengeluarkan bekalan hormon yang tidak mencukupi sebagai pencegahan kehamilan. Selalunya tempoh yang dicadangkan 3 tahun. Bergantung pada jenama produk. Seeloknya ia dikeluarkan kerana ia tidak lagi berfungsi secara berkesan. Jika tidak dikeluarkan, tidak memberikan kemudaratan besar kecuali rasa tidak selesa. Jangkitan kuman pada kawasan yang ‘ditanam’ produk itu hanya berlaku pada ketika mula ia dimasukkan di bawah kulit lengan sahaja. #HealthDrZubaidi
Read More »MEMILIH MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG KETIKA HAMIL
Kehamilan adalah detik terindah yang sangat bermakna. Bermula saat menjalankan ujian kehamilan sendiri sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan saja cukup sifat, tetapi sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Malah, pasangan yang merancang memiliki cahaya mata pertama disaran mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan. Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil …
Read More »SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK
Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan caesarean. Kedua-duanya sama sakit. Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak. Suatu yang tidak boleh dibayangkan. Sedang isteri kita mengalami rasa sakit antara 3-12 jam. Saya belum pernah dengar seorang ibu yang sedang menjalani proses melahirkan anak, bermaki hamun menahan kesakitan. Mereka bersabar, mengucapkan zikir dan bercakap yang baik-baik. Jadi kita patut berterima kasih kepada isteri kita …
Read More »KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN
KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin tanya apakah kesan sampingn pengambilan sayur terung untuk ibu yang hamil. Saya ada terbaca dalam internet bahawa pengambilan terus yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran. Betulkah doctor? Mohon penjelasan, terima kasih. Walaikumusalam. Terung adalah makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat bermanfaat untuk wanita yang hamil. Pertama, terung adalah sumber folates yang sangat penting diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan folate menyebabkan kecacatan neural tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah. Kedua, terung adalah seumber vitamin C, niacin, B complex, vitamin A, dan vitamin E. …
Read More »TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR
Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan. Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran. Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur. Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Pemeriksaan hormone, pemeriksaan struktur anatomi …
Read More »Sakit Kepala Semasa Hamil
MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahem. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doctor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi. Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening …
Read More »TIDAK HAMIL TAPI UPT POSITIF?
Saya tersenyum bila seorang bakal ibu yang baru saja hamil, tetapi belum bersedia untuk hamil, menelefon saya. “Doktor saya belum bersedia untuk hamil. Saya masih muda. Masih lagi belajar di universiti. Suami saya tinggal berjauhan. Saya anak yatim. Kami belum bersedia…” Ya puan. Apa masalahnya? “Saya sedih doktor. Ujian UPT saya pagi tadi POSITIF. Saya tidak sangka yang saya hamil” Perbualan kami panjang. Sepatutnya kerunsingan ini dikongsikan bersama suami. Fikir apa yang harus dilakukan. Sama-sama berjumpa doktor. Minta nasihat. Kerisauan ini bukan patutnya dihadapi sendirian oleh isteri. Di akhir perbualan, beliau mahu …
Read More »TIP UNTUK ANAK SIHAT DAN BIJAK SEJAK DALAM RAHEM
Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahem. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil. Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap. Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.” Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan. Jadi pendidikan juga …
Read More »GARISAN DI PERUT SEMASA HAMIL
Pagi ini saya mendapat email. Seorang wanita yang hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kelihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara. Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa-apa masalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau. Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin lebih cerah dan disebut sebagai linea alba. Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun. …
Read More »JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL
JANGKITAN GBS SEMASA HAMIL Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan mengenai GBS untuk ibu hamil. Sebelum ini saya pernah hamil anak pertama, selepas bersalin anak saya telah meninggal beberapa hari dan doktor telah mengesahkan kematiannya disebabkan jangkitan kuman GBS. Cuma saya keliru sedikit degan jawaban yang diberikan oleh doctor. Semasa hamil 8 bulan, doctor telah menjalankan pemeriksaan saringan GBS secara kaedah swab selepas saya beritahu saya mengalami keputihan yang banyak. Keputusannya tiada kuman yang berbahaya. Apabila saya telah melahirkan anak, beberapa hari kemudian anak saya meninggal dunia. Doktor beritahu yang anak saya meninggal dunia akibat jangkitan GBS. Bila pemeriksaan …
Read More »ambil vitamin semasa hamil menyebabkan saya sakit kepala
AMBIL VITAMIN SEMASA HAMIL MENYEBABKAN SAYA SAKIT KEPALA Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 13 minggu. Kenapa saya mengalami sakit kepala bila makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Doktor di klinik dan pusat kesihatan selalunya akan berikan suplemen dalam bentuk pil pada wanita hamil. Selalunya suplemen yang akan diberikan ialah pil multivitamin, pil kalsium dan ada kalanya (terutama di klinik pakar sakit puan dan persalinan swasta) kapsul omega 3. Pil-pil suplemen ini diberikan dalam pelbagai jenama. Pil-pil ini selamat untuk diambil dan …
Read More »Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil
MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih. WALAIKUMUSALAM 1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus. 2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan. 3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil. 4. Namun ia …
Read More »Paraben dalam Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri
PARABEN DALAM PRODUK PENJAGAAN DIRI Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik. Ia lebih murah dan menjadikan produk itu tahan lebih lama. Paraben yang natural boleh diperolehi dari makanan terutama dari buah-buahan berry. Antara jenis-jenis parabens adalah: methylparaben ethylparaben propylparaben butylparaben isobutylparaben isopropylparaben Mengapa pengawet dimasukkan ke dalam produk-produk ini? Pengawet digunakan untuk menghalang kulat dan bakteria membiak dalam produk yang disediakan. Ia akan mengekalkan kestabilan formulasi produk tersebut. Tanpa pengawet, produk-produk ini harus diletakkan di dalam peti sejuk. Mengapa ada sesetengah produk mengandungi lebih dari satu …
Read More »Selamatkah BHA dalam produk kecantikan digunakan semasa hamil?
SELAMATKAH BHA DALAM PRODUK KECANTIKAN DIGUNAKAN SEMASA HAMIL? Assalamualaikum doktor, Saya ingin tanya. Produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi BHA adakah ia selamat digunakan oleh ibu hamil? Saya baru menggunakan produk tersebut selama 5 hari tanpa menyedari produk itu mengandungi BHA. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM. Terima kasih bertanya. Beta hydroxy acid (BHA) adalah salah satu komponen dalam hydroxy acid. Satu lagi komponen hydroxy acid adalah and alpha hydroxy acid (AHA). Kedua-dua bahan ini banyak terdapat dalam produk kecantikan dan ubat kulit untuk menghilangkan masalah jerawat dan masalah ruam. Ia banyak dalam produk kecantikan seperti pembersih (cleanser), toner, dan exfoliant …
Read More »Air Kelapa Muda Bagus untuk Wanita Hamil
AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas. Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk. Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa. Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah …
Read More »MASALAH KELENJAR THYROID KETIKA HAMIL
“Salam, Dr Zubaidi. Saya mengalami masalah kelenjar thyroid. Adakah ia menjejaskan kehamilan saya? Terima kasih, doktor” Walaikumusalam. Masalah kelenjar thyroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan kemudaratan pada bayi dalam rahem. Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana beberapa sebab. Pertama rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil. Kedua masalah kelenjar thyroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi …
Read More »BILA MASA SESUAI MAKAN PIL TAMBAH DARAH
Assalamualaikum doktor. Ingin pencerahan dan nasihat. Saya sedang mengandung 5 bulan dan Hb saya ialah 10.4, bacaan yang agak rendah. Bulan rejab akan tiba rabu ini. Dan saya ingin berpuasa. Saya musykil kerana, pil itu perlu dimakan semasa perut kosong utk mendapat penyerapan yg baik. Sebelum ini, saya makan pil iron sebelum tidur. Terima kasih. WAALAIKUMMUSSALAM Pil zat besi (iron) sering diberikan kepada pesakit atau wanita hamil yang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. Selalunya ia dikesan apabila seseorang individu menjalani pemeriksaan darah dan didapati bacaan tahap Hb (hemoglabin) rendah. Masa yang terbaik bagi pesakit untuk …
Read More »Bolehkah Wanita Hamil Makan Jeruk Masam untuk Mengurangkan Loya?
BOLEHKAH WANITA HAMIL MAKAN JERUK MASAM UNTUK MENGURANGKAN LOYA? “ASSALAMU A’LAIKUM doctor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal …
Read More »PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN
Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017 Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus, selenium, dan zinc. Dalam 100g kurma mengandungi 282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g. Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan …
Read More »Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil
BOLEHKAH AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL. “Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol. …
Read More »KEMBAR SEIRAS ATAU TIDAK SEIRAS
“Salam doktor, saya mempunyai dua pasangan orang kembar. Satu pasangan kembar, muka mereka seiras. Sementara satu lagi pasangan, muka mereka tidak seiras. Bagaimanakah kembar yang tidak seiras ini boleh berlaku?” WA ALAIKUMMUS SALAM KEMBAR tidak bermakna berpasang. Ada yang kembar tiga, empat dan seterusnya. Namun kebanyakan kembar adalah berpasangan. Ini berlaku apabila satu ovum yang matang disenyawakan oleh dari satu sperma dan kemudian membahagi kepada dua janin (embrio). Ini akan menyebabkan muka mereka seiras. Ia berasal dari genetik yang sama. Mereka berkongsi satu uri. Satu lagi kembar berlaku apabila dua telur dipersenyawakan oleh dua …
Read More »KADAR DEGUPAN JANTUNG JANIN
Semasa memeriksa janin melalui pemeriksaan ultrasound, seorang suami yang menemani isterinya (yang hamil) menegur saya. “Doktor, kenapa degupan jantung bayi agak laju. Kalau kita selalunya 100 degupan perminit pun sudah dianggap laju. “ Saya senyum. “Betul tuan. Kalau orang dewasa ia dianggap laju, tetapi untuk janin yang masih berada dalam rahem, ia dianggap normal kerana struktur jantung yang belum matang” Dia mengangguk setuju dan faham. Kadar degupan jantung janin dan bayi dalam rahem laju dibandingkan dengan degupan jantung orang dewasa. Selalunya janin akan mula berdegup 3 minggu selepas berlakunya persenyawaan. Namun ia hanya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknik …
Read More »Janin Saya Tiada Anggota Tubuh
JANIN SAYA TIADA ANGGOTA TUBUH “Salam doktor, ini kali pertama saya jalani pemeriksaan ultrasound selepas tidak datang haid 2 minggu. Doktor kata saya telah hamil. Tetapi saya tidak nampak pun anggota bayi saya. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Bagi wanita yang masih berada di usia awal kehamilan,tanda kehamilan apabila doktor dapat mengesan kantung janin. Dalam kes puan, usia kehamilan 6 minggu (apabila dua minggu tidak datang haid dari tarikh sepatutnya) doktor akan mengesan 1. kantung janin di dalam rahem 2. degupan jantung janin yang kita …
Read More »Mengesahkan Kehamilan Selepas IVF
MENGESAHKAN KEHAMILAN SELEPAS IVF Bagi wanita yang menjalani rawatan IVF dan menerima suntikan kesuburan, cara terbaik ialah bukan dengan pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) atau menjalani pemeriksaan darah untuk hormon kehamilan B-hcG. Ini kerana suntikan kesuburan seperti Ovidrel dan Pregnyl juga mengandungi hormon B-hcG. Sudah tentu tahap hormon ini akan tinggi dalam darah dan ianya dikeluarkan melalui air kencing. Ini akan memberikan keputusan yang positif (walaupun wanita itu tidak hamil) jika menjalani pemeriksaan urine dan darah. Cara terbaik ialah pemeriksaan ultrasound melalui faraj bagi memastikan seorang wanita itu berjaya dalam rawatan IVF dan sedang hamil. Saya mencadangkan agar pemeriksaan dilakukan sebulan selepas …
Read More »bila masa sesuai buat ujian kehamilan
BILA MASA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN. “Salam, doktor. Bila masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan kehamilan? Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Terdapat tiga cara yang biasa saya gunakan untuk mengesahkan kehamilan. Pertama, menggunakan kaedah ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Ia boleh dilakukan pada minggu keenam dari tarikh hari pertama haid yang terahir, atau selepas dua minggu tidak datang haid pada tarikh yang sepatutnya. Kedua, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) pada abdomen. Ia boleh dilakukan pada minggu ke lima selepas dari tarikh hari pertama haid yang lepas. Kadang kala imej yang dilihat tidak jelas, bergantung …
Read More »Bolehkah menaiki pesawat ketika hamil
BOLEHKAH MENAIKI PESAWAT KETIKA HAMIL? Apabila seorang wanita hamil menaiki kapalterbang, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam rahem. Ini disebabkan oleh faktor ketinggian tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat yang mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa di atas, tiada kemudahan perubatan yang lengkap, kecuali apa yang ada dalam perut kapal sahaja. Faktor yang disebutkan tadi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan jantung boleh mengalami kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik atau sukar bernafas. Ramai yang bertanya, bilakah masa yang terbaik untuk menggunakan perkhidmataan udara …
Read More »