Mengapa Anda Perlu Beriklan di Blog Ini ?
1. Statistik Sentiasa Meningkat
Blog ini mendapat trafik yang sangat tinggi setiap hari. Malah dengan kredibiliti Dr Zubaidi yang semakin dikenali ramai melalui Facebook, majalah-majalah dan akhbar, blog ini akan tetap dikunjungi pengunjung-pengunjung sedia ada dan juga pengunjung baru.
Berikut adalah statistik bulanan terkini setakat 1 Mac 2015 (sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)
Statistik bernombor untuk lawatan harian ke blog ini:
Ini menunjukkan blog ini adalah blog yang diminati dan dipercayai untuk mencari maklumat berkenaan perubatan moden. Kami mendapat testimoni dari pelawat bahawa blog ini sangat bermanfaat dan satu-satunya blog perubatan berbahasa Malaysia yang mudah difahami setakat ini.
Pada tahun ini (2015) sahaja, dalam sehari purata 19,000 pelawat telah melayari blog ini. Jadi peluang iklan anda dilihat* sebanyak itu juga tidak mustahil.
*Nota: Dilihat bermakna pelawat akan nampak banner iklan anda di blog kami semasa mereka sedang membaca artikel Dr Zubaidi. Manakala klik atau jualan adalah bergantung kepada kekuatan banner anda seperti gambar yang menarik, ayat jualan (selling points) dsb.
2. Senarai pengunjung setia
Buat masa ini, blog ini dilanggan oleh ribuan pembaca setia yang sentiasa menunggu untuk singgah di blog ini setiap kali Dr Zubaidi menulis artikel baru. Selain itu Dr Zubaidi juga sering membuat ‘linking’ ke blog ini di Facebook Page beliau yang mempunyai lebih 100,000 pengikut.(Sila ke FB page beliau untuk melihat jumlah pengikut terkini)
https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad
3. Kredibiliti dan konsistensi Dr Zubaidi sebagai penulis blog
Dalam sebulan sekurang-kurangnya Dr Zubaidi menulis 4 artikel. Ini bermakna blog ini sentiasa dikemaskini dan aktif. Ciri ini sangat penting bagi memastikan blog ini ‘mesra’ enjin carian di mana ia sering tampil teratas dalam senarai carian berkenaan perubatan dan kesihatan.
Kadar Sewa Ruang Iklan 125×125
CIRI-CIRI TAPAK IKLAN:
SAIZ | KEDUDUKAN | PENGIRAAN TEMPOH |
125 x 125 pixel#jika anda mahukan khidmat reka banner dari kami, casnya adalah RM50 sahaja | Kotak paling kanan blog
Kedudukan di dalam kotak tersebut ditentukan mengikut kekosongan tapak |
Banner akan dipasang dalam tempoh 3 hari selepas bayaran diterima.Pengiraan 1 bulan adalah dari X haribulan ke X haribulan bulan berikutnya.
Cth: 1/3/15 – 1/4/15 (satu bulan) |
ANDA BERMINAT?
Sila emailkan maklumat iklan kepada [email protected] untuk dinilai dahulu. Nyatakan:
- Nama produk yang ingin diiklankan
- Ayat iklan/slogan/motto yang akan dipaparkan
Ia akan dinilai berdasarkan:
- tidak berunsur keterlaluan, lucah atau melanggar undang-undang negara
- tiada pertindihan dengan iklan yang telah tersiar (sila lihat senarai iklan di sebelah kanan blog ini untuk rujukan)
Panduan pembayaran sewa tapak akan diberikan sebaik sahaja lulus penilaian dari pihak kami.
PERKHIDMATAN ADVERTORIAL
Sekiranya anda mahu Dr Zubaidi mengulas perkhidmatan atau produk anda di blog ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar maklumat berkenaan produk atau perkhidmatan anda
Contoh advertorial yang telah dihasilkan Dr Zubaidi:
https://drzubaidi.com/blog/?p=1239
Untuk maklumat lanjut sila email kepada Puan Nur Hanira melalui [email protected].
Terima kasih.
– ADMIN
saya berminat nak buat iklan..tapi brapa charge yang perlu saya bayar sekiranya nak minta pihak tuan buatkan banner untuk saya?
Puan, sila email kepada [email protected] untuk berurusan ya. Terima kasih.