Tag Archives: hamil

PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL MENGELAKKAN KELAHIRAN PRAMATANG

Pengambilan Omega-3 seawal 12 minggu kehamilan memberikan kebaikan pada ibu dan anak Kelahiran pramatang adalah kelahiran bayi sebelum minggu ke-37 kehamilan. Sementara tempoh kehamilan normal adalah antara 38 hingga 42 minggu. Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko kematian atau masalah kesihatan. Kelahiran pramatang adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka. Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir. KETAHUI PERBEZAAN ANTARA OMEGA-3 DAN MINYAK IKAN. BACA https://drzubaidi.com/blog/perbezaan-antara-omega-3-dan-minyak-ikan/ Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi …

Read More »

KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL

Ia bahaya dan pemeriksaan air kencing saringan di kalangan wanita hamil adalah suatu yang penting. Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang air hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuang air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor” Apa itu kencing kotor pada wanita hamil? Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman. Sistem saluran …

Read More »

HARI SUBUR WANITA

Ketahui Tanda-Tanda Wanita Sedang Subur Bagi mereka yang agak lewat berkahwin, sudah tentu ingin mendapat anak dengan segera. Jadi mengetahui hari subur wanita adalah penting bagi kehamilan kerana setiap wanita mempunyai hari subur wanita yang tersendiri. Bagi wanita yang masih muda, dengan mengetahui hari subur wanita sangat membantu mereka untuk merancang kehamilan. Dengan memilih hari tidak subur untuk melakukan jimak bersama suami, dapat mengelakkan kehamilan. Kitaran haid dan hari subur wanita Jadi untuk mengetahui hari subur wanita, perlu ketahui apa yang dinamakan kitaran haid. Kitaran haid bermula dari hari pertama seorang wanita mengalami darah haid (ini dinamakan hari pertama haid) …

Read More »

LAPAN KHASIAT BADAM UNTUK SIHAT

Ramai yang mengenali biji kacang almond berbanding dengan biji kacang badam. Ini kerana kita tidak banyak penulisan yang memperkatakan kebaikan biji kacang badam berbanding dengan penulisan barat yang menceritakan kebaikan biji kacang almond. Kacang badam adalah salah satu kacang yang mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia telah diamalkan dari zaman silam lagi. Menurut kajian nutrisi, segenggam biji badam sangat bagus diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi nutrisi seperti protein, lemak sihat tidak tepu, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, biotin, riboflavin, niacin, zat besi, vitamin E tocopherol dan banyak lagi. Ia dikatkan sebagai kudapan yang …

Read More »

SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK

    Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan caesarean. Kedua-duanya sama sakit.     Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak. Suatu yang tidak boleh dibayangkan. Sedang isteri kita mengalami rasa sakit antara 3-12 jam.     Saya belum pernah dengar seorang ibu yang sedang menjalani proses melahirkan anak, bermaki hamun menahan kesakitan. Mereka bersabar, mengucapkan zikir dan bercakap yang baik-baik.     Jadi kita patut berterima kasih kepada isteri kita …

Read More »

BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR?

“Salam doktor, boleh saya tahu bagaimana mengurangkan rasa berdebar-debar?.Terima kasih” Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound  dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitive pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan. Duduk atau di bilik yang tenang dan …

Read More »

SELAMATKAH MENDAKI BUKIT BAGI WANITA HAMIL?

    “Assalamu’alaikum Dr. Saya ingin sedikit. Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat. Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima. Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi tidak dapat melakukannya kerana hamil. Apakah persediaan untuk isteri saya agar dapat bersedia sebelum mendaki. Apa nasihat doktor buat Isteri saya.? Terima kasih”   WAALAIKUMUSALAM. Mendaki bukit boleh menjadikan tubuh kita menjadi semakin sIhat. Ia juga dapat menurunkan tahap tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari. Namun begitu, tidak semua wanita yang hamil, boleh mendaki bukit. WAnita yang sihat dan …

Read More »

BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?

“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid? Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil. Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempeunyai zuriat. Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan …

Read More »

Melakukan Hubungan Seks ketika Haid Boleh Hamil

MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih. SELAMAT SEJAHTERA Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita. Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran haid. Tandakan atau lorekkan pada kaledar pada …

Read More »

ambil vitamin semasa hamil menyebabkan saya sakit kepala

AMBIL VITAMIN SEMASA HAMIL MENYEBABKAN SAYA SAKIT KEPALA         Assalamua’laikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 13 minggu. Kenapa saya mengalami sakit kepala bila makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   Doktor di klinik dan pusat kesihatan selalunya akan berikan suplemen dalam bentuk pil pada wanita hamil. Selalunya suplemen yang akan diberikan ialah pil multivitamin, pil kalsium dan ada kalanya (terutama di klinik pakar sakit puan dan persalinan swasta) kapsul omega 3. Pil-pil suplemen ini diberikan dalam pelbagai jenama.     Pil-pil ini selamat untuk diambil dan …

Read More »

upt tidak jelas

UPT TIDAK JELAS   Salam Dr. Zubaidi. Maaf mengganggu. Boleh ke saya nak kepastian. (Rujuk gambar). Kalau line mcm ni.. adakah maksud saya hamil? Sbb dia agak samar tak jelas dan tak terang. Terima kasih.   WALAIKUMSALAM .   Antara punca keputusan UPT tidak terang ialah:   1. Alat UPT yang digunakan tidak sensitif pada kepekatan hCGH yang rendah.   2. Terlalu awal melakukan ujian UPT. Saya cadangkan 6 minggu dari tarikh haid sebelumnya atau 2 minggu dari tarikh sepatutnya haid.   3. Tidak hamil.   Jadi saya cadangkan:   1. Gunakan alat UPT yang lebih sensitif dan lebih baik …

Read More »

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya.     PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja.   MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil.   Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi.   Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih.   Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka …

Read More »

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT

    Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera. Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis. Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. …

Read More »

Hamil Selepas Terlanjur dan Guna Postinor

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR   Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan …

Read More »

KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI

Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik). Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu. Ada dua mekanisme yang berlaku. Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes. Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma. Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat menghasilkan kualiti sperma yang baik? Sudah tentulah …

Read More »

pergerakan sperma mempengaruhi persenyawaan

PERGERAKAN SPERMA MEMPENGARUHI PERSENYAWAAN YANG MENGHASILKAN JANIN     Sperma adalah benih lelaki yang bergerak (berenang) menuju benih perempuan (ovum). Oleh itu cara sperma berenang akan mempengaruhi sama ada persenyawaan akan berlaku atau tidak. Jadi bukan saja bilangan sperma yang sedikit menjadi masalah, tetapi juga pergerakan sperma juga amat penting. Sperma boleh berenang ke hadapan, atau berenang secara lambat, atau berenang berpusing-pusing (tidak dalam garis lurus) atau tidak bergerak langsung. Hanya sperma yang bergerak ke hadapan dengan kadar yang laju saja akan dapat bertemu dengan ovum. Oleh itu pergerakan sperma dapat dikelaskan kepada beberapa kategori. Kelas A: sperma yang berenang …

Read More »

bacaan sel darah putih tinggi

BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI         Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya.     WALAIKUMUSALAM.     1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital.     2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah …

Read More »

Ditinggal Suami Tetapi Hamil

DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL   SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih.     SALAM.   Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan.   Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil.   Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh.   Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil.   Buatlah pemeriksaan doktor.   Semoga bermanfaat.

Read More »

Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL       Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus.   2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan.   3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil.   4. Namun ia …

Read More »

UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya.   Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin.   Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang …

Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …

Read More »

rasa sakit pada jahitan episiotomy

RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY       “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya  ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih”   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan.   Jangan risau jahitan akan terlerai. …

Read More »

Air Kelapa Muda Bagus untuk Wanita Hamil

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas. Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk. Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa. Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah …

Read More »

Bolehkah Wanita Hamil Makan Jeruk Masam untuk Mengurangkan Loya?

BOLEHKAH WANITA HAMIL MAKAN JERUK MASAM UNTUK MENGURANGKAN LOYA? “ASSALAMU A’LAIKUM doctor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal …

Read More »

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

    APAKAH ITU TRANSFAT?   Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.   Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).   Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans …

Read More »

Pendarahan yang tidak normal

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL.     “ Assalamualaikum doktor. Saya berumur 36tahun dan mempunyai 5 org anak. Saya sudah ikat peranakan. Sejak dari awal tahun ini, haid saya semakin panjang. Biasa 8-9 hari saja tetapi sekarang 10-14 hari baru betul-betul kering.   Saya ada berjumpa doctor pakar, dan beliau memberikan saya ubat hormon sonulut selama 3bulan. Dengan ubat itu kitaran haid saya setiap buln seperti tetapi masih 9-10 hari baru benar-benar kering.  Sekarang saya sudah berhenti mengambil ubat hormon (atas arahan doktor) untuk tengok dalam satu dua bulan ni adakah haid saya kembali normal macam biasa.   Bulan ini, 3-4hari …

Read More »

sembelit tanda kanser usus?

SEMBELIT: ADAKAH IA TANDA KANSER USUS BESAR? RADIO BERNAMA- 16 NOV 2017   Ramai yang mengalami masalah sukar untuk buang air besar pada waktu pagi. Ada pula yang tidak rasa langsung untuk buang air besar beberapa hari. Adakah ini sembelit? Sembelit adalah masalah yang biasa kita alami. Ia juga antara punca kita berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah ini. Kadang kala kita tidak peduli pun kalau beberapa hari kita tidak buang air besar. Namun selalunya kita mula merasakan ia menjadi satu masalah apabila kita menjadi tidak selesa. Perut kita menjadi kembung, atau …

Read More »

Halia Herba Nusantara yang Bermanfaat

HALIA  HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT Siaran  Salam FM,  pada 11  Nov 2017 Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi apa sebenarnya halia ini? Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning. Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit  (turmeric  atau curcuma longa),  pelage …

Read More »

penyakit bawaan air banjir

PENYAKIT BAWAAN AIR BANJIR 9 Nov 2017 RADIO BERNAMA     Ramai orang, terutama kanak-kanak tidak menyedari bahawa air banjir adalah air yang yg kotor. Mereka menjadikan spt pesta mandian. Selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas, bagaimana air banjir ini berbahaya kpd kesihatan?   Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia. Apabila berlaku pencemaran air, terutama ketika banjir, ia memberikan kesan yang besar kepada kesihatan.   Ramai yang tidak menyedari, terutama kanak-kanak, apabila berlakunya banjir, air yang naik ke jalan-jalan raya dan air yang masuk ke rumah mereka adalah air yang kotor dan tercemar.   Air banjir mungkin akan menyebabkan …

Read More »

PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN

Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017 Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium, dan zinc. Dalam 100g kurma mengandungi  282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g. Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan …

Read More »

pengambilan pil ectasy sebagai fat burner

PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER   Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017         Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar? Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang …

Read More »

Kesan Permainan Pass Out

KESAN PERMAINAN PASS OUT MENGAPA PASS OUT INI DIJADIKAN PERMAINAN? Pada saya permainan ini, kalau boleh dikatakan sebagai permainan tidak mendatangkan faedah dan mencabar maut. Dengan menekan dada seseorang individu lain, ia bertujuan untuk menyebabkan pengsan atau tidak sedarkan diri untuk sementara waktu. Namun apa yang terjdi apabila ia bukan hanya menyebabkan pengsan, tetapi kesan trauma pada dada, atau menyebabkan kegagalan untuk sedar semula (pengsan yang lebih lama). Dari segi psychologynya, ia mungkin dilakukan oleh para remaja bersifat “suka-suka” dan bertujuan untuk menarik perhatian. Ia dilakukan bagi tujuan “menunjuk-nunjuk” melakukan sesuatu yang remaja lain tidak dapat melakukannya. Oleh kerana ia …

Read More »

asam gelugor mengurangkan berat badan

ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini. Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji. Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping. Buah ini …

Read More »

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain.     Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah:   1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.   2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik …

Read More »

Anak Dilanggar Motor

ANAK DILANGGAR MOTOR                                                                                                                        (GAMBAR HIASAN)   Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah …

Read More »

Merawat Luka Menggunakan Kream

KREAM MERAWAT LUKA   “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “     Wa alaikum mussalam.   Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka …

Read More »
error: Content is protected !!