GI VS GL

 

GI VS GL

Ramai keliru antara GI dan GL, padahal ini sangat penting untuk kawal gula & berat badan.

Ringkas je:

👉 GI (Glycemic Index)
= Seberapa cepat makanan naikkan gula dalam darah

✔️ GI tinggi → gula naik cepat

❌ Tak ambil kira kuantiti makan yang kita makan

👉 GL (Glycemic Load)
= Jumlah karbohidrat (gula) pada 100 GM makanan yang makan kita makan


Jadi kesan sebenar makanan pada gula darah kita bergantung pada

✔️ GI + GL

 


CONTOH MUDAH:

👉 TEMBIKAI
GI tinggi
Tapi GL rendah

👉 Nasi putih
GI sederhana/tinggi
Tapi GL tinggi


Senang faham:
👉 GI = laju naik gula
👉 GL = berapa banyak kesan gula naik dalam badan

 

KESIMPULAN PENTING:

✔️ Jangan tengok GI sahaja

✔️ Kawal portion (GL lebih penting)

Terutama yang ada:

1. Diabetes

2. Berat badan berlebihan

3. Insulin resistance


Sebagai doktor, saya selalu pesan:
👉 “Bukan apa kita makan sahaja…
tetapi berapa banyak kita makan.”


Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Coach Wellness A’fiyat

Leave a Reply

error: Content is protected !!