Tadi dapat berbual dengan seorang sahabat doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan salah satu hospital swasta di KL. Katanya terdapat banyak kes jangkitan Influenza yang menyebabkan katil-katil di hospital tempat beliau bertugas penuh. Begitu juga dengan kebanyakan hospital lain. Flu atau ‘influenza’, merupakan penyakit saluran pernafasan yang mudah berjangkit dan berpunca daripada virus influenza A atau B. Setiap tahun, terdapat beribu-ribu kes jangkitan virus influenza di Malaysia. Gejala bagi jangkitan Influenza adalah : 1. Demam2. Batuk3. Hidung berhingus atau tersumbat4. Sakit tekak5. Sakit otot 6. Sakit kepala 7. Keletihan Kanak-kanak yang mempunyai sistem daya tahan tubuh yang baik akan kembali …
Read More »Bayi/Kanak-kanak
MENCAIRKAN SUSU ELAKKAN SEMBELIT
Saya tidak setuju jika ada cadangan untuk mencairkan susu formula yang diberikan kepada anak-anak semata-mata untuk mengelakkan sembelit. Setiap susu formula yang disediakan di pasaran mempunyai sukatan tersendiri mengikut umur bayi. Jika ia dicairkan , ia akan mengganggu kandungan protein, kalsium, vitamin yang patut diberikan pada anak itu. Ia tidak membantu mengurangkan masalah sembelit. Masalah sembelit kebanyakannya berpunca dari pemakanan dan pelbagai punca yang lain. Jangan cairkan susu formula. Jika bayi telah melebihi setahun, berikan air mineral dan jus sebagai tambahan kepada susu yang diberikan untuk membekalkan air yang cukup untuk tubuh anak bagi mengelakkan sembelit. #HealthDrZubaidi www.drzubaidi.com Ikuti …
Read More »ISU KANAK-KANAK TERBANTUT TUMBESARAN
Bantut di kalangan kanak-kanak berlaku apabila ketinggian dan berat yang dialami tidak mengikut umur mereka. Ini berpunca dari pengambilan makanan tidak seimbang dalam diet seharian bagi satu tempoh lama terutama di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 merekodkan bilangan kanak-kanak bantut meningkat kepada 21.8 peratus berbanding 20.7 peratus atau 503,723 orang pada 2016. Ini bermakna satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia adalah bantut. Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah bantut ialah faktor baka, di mana kanak-kanak yang bantut sering dilahirkan apabila ibu mempunyai ketinggian kurang daripada 150 sm dan bapa yang …
Read More »CARA PENJAGAAN PESAKIT KANAK-KANAK YANG DIJANGKITI HFMD
Jangkitan HFMD dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Namun penyakit ini selalunya baik dengan sendiri antara 7-10 hari, kecuali kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan. Doktor tidak memberikan antibiotik kerana ini jangkitan virus. Biasanya doktor memberikan ubat paracetamol untuk meredakan demam, ubat antihistamin untuk mengurangkan rasa gatal dan ubat sapu sama ada dalam bentuk cream atau lotion. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita risau melihat keadaan anak kita walaupun penyakit ini tidak berbahaya. Oleh kerana ia mudah merebak, penjagaan yang rapi perlu diberikan oleh ibubapa supaya anak-anak terhindar dan cepat sembuh setelah dijangkiti oleh HFMD. Paling penting kebersihan diri anak-anak itu dan …
Read More »PENDARAHAN HIDUNG DI KALANGAN KANAK-KANAK
Kebanyakan pendarahan hidung berlaku di kalangan kanak-kanak akan berhenti dengan sendirinya. Ini selalunya berlaku disebabkan oleh trauma (seperti jatuh dan cedera hidung), korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kering. Walau bagaimanapun pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti mungkin boleh berlaku dan memerlukan rawatan perubatan. Ini biasanya di sebabkan oleh gangguan pembekuan darah, tumor, ubat-ubatan (contohnya warfarin atau ubat antikoagulan yang lain( ubat yang menghalang pembekuan darah) dan trauma yang teruk. Apabila kanak-kanak mengalami pendarahan hidung, minta mereka duduk tegak dan membongkok sedikit kehadapan untuk mengelak darah daripada mengalir ke tekak . Picit hidung mereka untuk 10-20 minit dan …
Read More »BAHAYAKAH SAWAN DEMAM?
Sawan demam adalah sawan yang berlaku apabila seseorang mengalami demam. Ia lazim berlaku terutama pada kanak-kanak berumur satu tahun ke bawah, tetapi boleh berlaku pada kanak-kanak berusia 6 tahun. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC). Kanak-kanak yang diserang sawan, akan: ✅ Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindakbalas bila dipanggil. ✅ Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak. ✅ Mata mungkin terbeliak ke atas. ✅ Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan …
Read More »AJARKAN ANAK MAKANAN YANG SIHAT DAN SEDERHANA
Sistem pemakanan kita semakin tersasar. Cuba kita perhatikan. Kita ajarkan (tanpa kita sedari) anak-anak kita makanan yang mempunyai tinggi nilai karbohidrat ringkas, lemak trans (transfat) dan tiada sayur (dan buah). Ada yang membeli makanan di restoran segera setiap hari tanpa rasa bersalah. Sepatutnya kita berikan makanan yang bernutrisi pada anak-anak. Kita patut belajar sikit untuk kebaikan kesihatan anak-anak. Jika kita memberikan mereka makan sebegini setiap hari mungkin, anak kita akan mengalami masalah penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, tinggi kolesterol jahat dan tinggi asid urik (gout) selepas 10-15 tahun. Selepas 5-10 tahun mengalami masalah metabolik, mereka mungkin pula mengalami komplikasi serangan …
Read More »DOKTOR, APA TAHAP BACAAN KEKUNINGAN BAYI YANG BAHAYA PADA BAYI
1. Masalah kekuningan pada bayi yang baru lahir boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi. 2. Ia boleh berlaku selepas 2-3 hari dilahirkan dan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan. 3. Ia mudah dilihat dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dilihat pada bayi yang berkulit gelap. Kita perlu menekan jari secara perlahan pada kulit bayi. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis. 👉Wajah merupakan bahagian pertama yang kelihatan kuning.👉kemudian merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.👉Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran.👉Tahap bilirubin ini biasanya akan memuncak …
Read More »MUNTAH DI KALANGAN BAYI
Bayi muntah tidak memerlukan rawatan? Ramai di kalangan ibu bapa yang runsing apabila bayi mereka muntah selepas disusukan. Lantas mereka segera membawakan ke Jabatan Kecemasan dan mengharapkan agar bayi mereka diberikan rawatan sewajarnya. Namun mereka kecewa apabila diberitahu bahawa anak mereka tidak perlukan apa-apa rawatan dan dibenarkan pulang. Kerunsingan ibubapa amat mudah difahami. Apabila melihat keadaan bayi mereka yang muntah setiap kali disusukan, ibubapa menyangka tentu adalah masalah besar dengan sistem penghadaman bayi mereka. Sayangnya tiada penerangan yang diberikan, menyebabkan ibubapa akhirnya membawa bayi mereka ke klinik atau farmasi yang memberikan apa saja ubat untuk ’merawat kekecewaan hati mereka’. Saya …
Read More »MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR
MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR Bagi pasangan muda, tentu agak teragak-agak untuk memandikan anak yang baru dilahirkan. Mereka perlu mendapat tunjuk ajar dari ibu atau bidan yang berpengalaman. Namun memandikan bayi sebenarnya bukan setakat membersihkan tubuh si kecil. Apa yang penting ialah ibubapa dapat meluangkan masa berkualiti bersama dengan si bayi. Walaupun si bayi masih kecil, namun bahasa tubuh dan sentuhan yang diberikan ketika membersihkan bayi memberikan isyarat kasih sayang. Ketika dimandikan sentuhan yang diberikan memberikan rangsangan yang cukup berkesan bagi bagi dalam meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan keyakinan diri pada si bayi. Bayi yang berkeyakinandiri selalunya akan lebih ceria, …
Read More »BAYI BERAK DARAH
Assalamualaikum doktor. Boleh ke baby yang cirit birit diberikan minyak zaitun Olive House. Beraknya berdarah. Saya sudah bawakan berjumpa doktor. Dia cuma berikan air garam. Terima kasih. Walaikumusalam. Pemberian susu formula kepada bayi akan menyebabkan sesekali bayi mengalami cirit birit dan sembelit. Ini antara punca biasa bayi mengalami berak berdarah yang tidak serius.Selalunya ia akan berhenti dengan sendiri. Pemberian air garam tidak membantu menghentikan pendarahan tetapi ia membantu bayi mendapatkan semula mineral (garam) yang hilang akibat cirit birit. Sembelit juga boleh menyebabkan berak berdarah. Najis yang keras menyebabkan luka pada sekitar dubur (anus) ketika ia dipaksa keluar. Minyak zaitun hanya …
Read More »BAYI SAYA MENELAN DUIT SYILING
“Assalamualaikum dr, maaf menganggu. Maaf juga terpaksa bertanya dr, sebab sy tidak tahu nak refer pd siapa. Baru sekejap ni anak saya darjah 1 kata dia tertelan duit syiling 10sen. Sy tanya pd dia ada rasa apa2 tak, dia kata takda apa & keadaan dia spt biasa shj. Adakah berbahaya pd dia, dr? Perlukah saya bw dia utk pemeriksaan? Adakah syiling itu perlu dikeluarkan atau akan keluar sendiri bila dia buang air besar nanti? Mohon pandangan & nasihat dr dr. Terima kasih byk2 dr.” Walaikumusalam. Kanak-kanak yang sudah merangkak dan mula berjalan adalah peringkat umur yang perlu diberikan perhatian. Ini …
Read More »PEMBENTUKAN OTAK BAYI DAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA
PEMBENTUKAN OTAK BAYI DAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA 1. Soalan: Sejak usia kandungan berapakah ibu hamil boleh mula merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan? Pembentukan organ-organ dalam tubuh manusia berlaku sebaik saja persenyawaan berlaku. Otak adalah antara organ yang paling awal. Dalam kajian embryology menunjukkan pada usia kehamilan 4 minggu, sel neural progenitor atau dipanggil neural plate mula terbentuk dan membahagi. Ia memanjang dan membentuk dua bahagian penting. Di bahagian kepala ia membentuk otak, sementara di bahagian belakang ia membentuk saraf tunjang. Perkembangan ini terus berlaku, dan pada usia kehamilan 6-7 minggu, saraf di bahagian kepala tadi telah membahagi …
Read More »BAHAYAKAH DEMAM ANAK SAYA?
Jika tidak kerana niat illahi ta’ala, tentu saya di antara doktor yang paling kecewa bila berhadapan dengan ibu bapa yang ‘gemar’ membawa anak mereka ke klinik. Setiap kali ke klinik, pasti mahukan ubat-ubat yang ada kalanya tidak perlu. Jika tidak diberi, akan berbantah pula dengan doktor. Ini bukanlah satu tindakan ibu bapa yang baik. Ibu bapa mungkin keliru tentang penyakit. Mereka mungkin melihat penyakit dari segi gejala saja, sedangkan doktor melihat gejala penyakit dengan mencari punca. Antara gejala yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah gejala demam. Demam hanyalah gejala (symptom) bagi penyakit. Oleh kerana ia bukan penyakit, tidak semua gejala …
Read More »UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK
“Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih elsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemberian ubat selsema bergantung kepada pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat …
Read More »MAKANAN PELENGKAP UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK
MAKANAN PELENGKAP UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.Bermula daripada umur 6 bulan, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan menggigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah …
Read More »PERLUKAH SUPLEMEN UNTUK ANAK-ANAK KITA?
“Assalamualaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya dapati banyak suplemen yang dijual di pasaran sama ada yang dijual di farmasi atau dijual secara dalam talian. Perlukah suplemen untuk anak-anak kita? Terima kasih” Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Kita sering terbaca di iklan TV dan media sosial tentang kebaikan suplemen tertentu untuk anak-anak. Info yang diberikan tidaklah salah, tetapi seharusnya anak-anak kita harus mendapat kesemua nutrient, sama ada vitamin, mineral dan antioksida dari makanan yang mereka makan. Seharusnya focus kita adalah menggalakkan kita memberikan makanan yang bernutrisi, bukannya memberikan anak-anak kita suplemen yang dijual. Dengan mengambil makanan bernutrisi, tubuh anak-anak kita mendapat …
Read More »BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA? Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker. Cara pertama: • Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter. • Tambahkan 13 sentimeter (anak lelaki) dan kurangkan 13 sentimeter (anak perempuan). • Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa. Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan). Walau bagaimanapun, kita kena …
Read More »GANGGUAN SINUS DI KALANGAN KANAK-KANAK
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung. Namun, radang sinus adalah keadaan di mana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia sering terjadi kepada semua termasuk kanak-kanak. Benar, kanak-kanak juga tidak terkecuali. Bagi golongan dewasa, gejala seperti selesema, hidung tersumbat dan berair, sakit kepala, rasa sakit di kawasan dahi dan muka (terutama ketika dalam keadaan menunduk) merujuk kepada gangguan sinus yang serius. Begitupun, semua simptom dan rasa sakit ini mudah disampaikan kepada doktor yang merawat. Berbeza dengan kanak-kanak, …
Read More »PERBEZAAN ANTARA DEMAM CAMPAK (MEASLES) DENGAN CACAR AIR (CHICKEN POX)
Cacar air dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza meskipun seakan-akan sama serta kerap berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. CARA JANGKITAN Kedua-duanya mudah dijangkiti melalui udara daripada pesakit melalui cecair iaitu batuk, dan bersin. Cacar air juga mudah berjangkit daripada cecair lepuh melalui sentuhan atau pernafasan manakala demam campak tidak berjangkit melalui kulit kerana bintik demam campak tidak berair. TANDA-TANDA Kedua-dua penyakit ini menunjukkan tanda-tanda awal dengan demam. Selepas 10 hingga 12 hari dijangkiti, pesakit mula kena demam suhu tinggi, sakit otot, batuk, selsema, sakit tekak. Mata pesakit juga berair dan sensitif kepada cahaya. …
Read More »PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan. Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal. Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut: a) Kawalan kepala – Umur 3 bulan b) Kaki memijak – …
Read More »JANGKITAN SELAPUT OTAK (MENINGITIS)
JANGKITAN SELAPUT OTAK (MENINGITIS) Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini adalah jangkitan yang disebabkan oleh kuman (bakteria, virus, tuberculous dan lain-lain) Bakteria yang paling kerap menyebabkan meningitis di kalangan kanak-kanak ialah dari spesis Haemophilus influenzae, Streptococcus pneumoniae dan Neisseria meningitides. Lebih daripada 90% kes melibatkan kanak-kanak kurang daripada 5 tahun dan 50% adalah di kalangan bayi kurang daripada 6 bulan. BAGAIMANA MENINGITIS BOLEH TERJADI? Kebanyakan kes meningitis adalah disebabkan kuman penyakit tersebut telah membuat pengumpulan di satu-satu tempat dalam badan. Daripada tempat itulah yang dia akan merebak kebahagian otak. Tempat …
Read More »BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CAESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA?
BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CAESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA? Banyak pendapat pakar perubatan sekarang yang bersetuju bahawa bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean mempunyai perbezaan berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal. Walaupun isu ni masih lagi dalam perbahasan, tetapi banyak kutipan data yang menunjukkan bayi yang dilahirkan secara normal tidak mudah mendapat asma dan jangkitan usus berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean. Antara kajian itu adalah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di Wellcome Sanger Insitute, University of Birmingham. Mereka mengatakan bahawa …
Read More »PERNAFASAN BERBAU BUSUK
“Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas die berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor” Walaikumusalam. Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur. Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di …
Read More »TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK
TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu. Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang. Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus. Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahi individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat. Sebagai …
Read More »6 manfaat minyak kelapa dara untuk bayi
6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak. Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak. Sebagai minyak urut. Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur, memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka. VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang. Sapu dan urut dengan …
Read More »bayi kuat menangis akibat makhluk halus
BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS? Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas. Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu? Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus. Mungkin benar ada gangguan seperti …
Read More »bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala
BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak. Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan …
Read More »PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR
Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus, terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan seperti pneumonia. Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak. Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman. Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa …
Read More »panduan memberikan susu formula pada bayi
PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan segera memberikan susu formula. Saya mencadangkan : 1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman. 2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu. 3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh …
Read More »buah naga untuk bayi
BUAH NAGA UNTUK BAYI “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun. Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan. Buah naga dapat boleh diberikan pada …
Read More »ANAK MENYUSU IBU TETAPI SEMBELIT
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Anak saya sepenuhnya breast feeding. Masa baru lahir buang air besar normal, tetapi beberapa minggu kemudian, beliau tidak buang air besar selama 16 hari ketika usia 37 hari. Namun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dia kentut seperti biasa. Tidur lena. Perut tidak keras, buang kencing pun ok. Saya terpaksa bawa beliau ke hospital kerana bimbang dan doktor berikan ubat cecair. Selepas itu baru dia buang air besar. Tetapi lepas itu dia kembali tidak buang air besar kini sudah masuk 6 hari. Apa perlu saya lakukan? Adakah normal baby fully breastfeeding begini? Adakah saya masih …
Read More »Tips Bagi Ubat Pada Anak
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT Banyak tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa …
Read More »mahu anak bijak
MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA. Tiada lagi hubungan anak-ibubapa yang akrab. Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak. Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit. Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak. Gunakan kebijaksanaan kita …
Read More »MENGAPA BIBIR ANAK TIBA-TIBA JADI BIRU?
Terdapat beberapa sebab mengapa bibir anak boleh berubah berwarna biru secara tiba-tiba. Terutamanya anak yang berumur setahun ke bawah. Ada dua keadaan di mana keadaan yang tidak berbahaya di akibatkan oleh suhu persekitaran yang sejuk, atau mungkin anak telah diberikan makanan yang berwarna biru. Keadaan yang agak berbahaya ialah apabila ada tanda-tanda yang seiring dengan perubahan warna pada bibir anak, iaitu: 1. Pernafasan yang cepat 2. Degupan jantung yang laju 3. Demam 4. Anak merengek sepanjang hari 5. Perubahan warna pada keseluruhan tubuh. Jika tidak pasti apa yang berlaku, elok bawa anak untuk pemeriksaan doktor. …
Read More »hfmd boleh membawa maut jika..
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA.. Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am. Alhamdulillah, Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu. Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma …
Read More »