“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Kenapa setiap kali datang haid, saya mengalami migrain. Berdenyut sebelah kiri. Boleh ke saya ambil vitamin c?”. Waalaikumussalam. Migrain ketika sedang haid adalah masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita. Ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon, terutama penurunan kadar estrogen sebelum dan selama menstruasi. Penurunan hormon ini dapat mempengaruhi kadar serotonin di otak, yang juga menyebabkan migrain. Migrain sebelah kiri, seperti yang biasa alami, boleh disebabkan oleh berbagai faktor termasuk stres, pola tidur yang buruk, atau rangsangan seperti cahaya terang atau suara bising. Mengenai pengambilan vitamin C, tidak ada bukti kuat yang menunjukkan bahawa vitamin C dapat …
Read More »Tag Archives: haid
BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR?
“Salam doktor, boleh saya tahu bagaimana mengurangkan rasa berdebar-debar?.Terima kasih” Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitive pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan. Duduk atau di bilik yang tenang dan …
Read More »BOLEHKAH MAKAN FOLIC ACID KETIKA HAID?
“Doktor, adakah folic acid boleh diambil ketika haid? Pil folic acid sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi folic acid juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil. Folic acid adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil Bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahem. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempeunyai zuriat. Folic acid boleh didapati dari pelbagai sumber makanan …
Read More »Mengambil Asid Folik ketika Haid
“Assalammualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah saya ambil asid folic semasa haid? Terima kasih”. WALAIKUMUSALAM Tiada halangan untuk mengambil vitamin B kompleks atau asid folik semasa haid. Malah ia bermanfaat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan sebanyak 470 juta wanita seluruh dunia yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia) akibat kehilangan darah selepas pendarahan haid yang banyak. Pengambilan zat besi (iron) dan asid folik atau folate adalah penting sebagai vitamin yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk dan mengekalkan tahap sel darah merah dalam tubuh. Oleh itu mengambil vitamin asid folik 5mg bersama zat …
Read More »MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN
MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN “Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih.” SELAMAT SEJAHTERA Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita. Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran …
Read More »Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang
NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih. Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari. Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah. Jika ia berlaku dalam tempuh pantang …
Read More »makan durian dengan selamat
MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya. PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja. MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi. Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih. Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka …
Read More »VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT
Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera. Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis. Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. …
Read More »HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR
“Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan dan saya betul2 menyesalinya). Pihak lelaki mengesa …
Read More »KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI
Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik). Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu. Ada dua mekanisme yang berlaku. Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes. Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma. Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat menghasilkan kualiti sperma yang baik? Sudah tentulah …
Read More »pergerakan sperma mempengaruhi persenyawaan
PERGERAKAN SPERMA MEMPENGARUHI PERSENYAWAAN YANG MENGHASILKAN JANIN Sperma adalah benih lelaki yang bergerak (berenang) menuju benih perempuan (ovum). Oleh itu cara sperma berenang akan mempengaruhi sama ada persenyawaan akan berlaku atau tidak. Jadi bukan saja bilangan sperma yang sedikit menjadi masalah, tetapi juga pergerakan sperma juga amat penting. Sperma boleh berenang ke hadapan, atau berenang secara lambat, atau berenang berpusing-pusing (tidak dalam garis lurus) atau tidak bergerak langsung. Hanya sperma yang bergerak ke hadapan dengan kadar yang laju saja akan dapat bertemu dengan ovum. Oleh itu pergerakan sperma dapat dikelaskan kepada beberapa kategori. Kelas A: sperma yang berenang …
Read More »bacaan sel darah putih tinggi
BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya. WALAIKUMUSALAM. 1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital. 2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah …
Read More »Ditinggal Suami Tetapi Hamil
DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih. SALAM. Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan. Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil. Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh. Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil. Buatlah pemeriksaan doktor. Semoga bermanfaat.
Read More »Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil
MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL “Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.” WALAIKUMUSALAM 1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus. 2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan. 3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil. 4. Namun ia seharusnya dielakkan jika ia tidak perlu digunakan. 5. …
Read More »UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya. Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin. Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang …
Read More »Psoriasis dan VCO
PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis. Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …
Read More »rasa sakit pada jahitan episiotomy
RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih” WA’ALAIKUMMUSSALAM Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan. Jangan risau jahitan akan terlerai. …
Read More »Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?
APAKAH ITU TRANSFAT? Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon. Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid). Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans …
Read More »Pendarahan yang tidak normal
PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL. “ Assalamualaikum doktor. Saya berumur 36tahun dan mempunyai 5 org anak. Saya sudah ikat peranakan. Sejak dari awal tahun ini, haid saya semakin panjang. Biasa 8-9 hari saja tetapi sekarang 10-14 hari baru betul-betul kering. Saya ada berjumpa doctor pakar, dan beliau memberikan saya ubat hormon sonulut selama 3bulan. Dengan ubat itu kitaran haid saya setiap buln seperti tetapi masih 9-10 hari baru benar-benar kering. Sekarang saya sudah berhenti mengambil ubat hormon (atas arahan doktor) untuk tengok dalam satu dua bulan ni adakah haid saya kembali normal macam biasa. Bulan ini, 3-4hari …
Read More »sembelit tanda kanser usus?
SEMBELIT: ADAKAH IA TANDA KANSER USUS BESAR? RADIO BERNAMA- 16 NOV 2017 Ramai yang mengalami masalah sukar untuk buang air besar pada waktu pagi. Ada pula yang tidak rasa langsung untuk buang air besar beberapa hari. Adakah ini sembelit? Sembelit adalah masalah yang biasa kita alami. Ia juga antara punca kita berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah ini. Kadang kala kita tidak peduli pun kalau beberapa hari kita tidak buang air besar. Namun selalunya kita mula merasakan ia menjadi satu masalah apabila kita menjadi tidak selesa. Perut kita menjadi kembung, atau …
Read More »Halia Herba Nusantara yang Bermanfaat
HALIA HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT Siaran Salam FM, pada 11 Nov 2017 Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi apa sebenarnya halia ini? Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning. Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit (turmeric atau curcuma longa), pelage …
Read More »penyakit bawaan air banjir
PENYAKIT BAWAAN AIR BANJIR 9 Nov 2017 RADIO BERNAMA Ramai orang, terutama kanak-kanak tidak menyedari bahawa air banjir adalah air yang yg kotor. Mereka menjadikan spt pesta mandian. Selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas, bagaimana air banjir ini berbahaya kpd kesihatan? Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia. Apabila berlaku pencemaran air, terutama ketika banjir, ia memberikan kesan yang besar kepada kesihatan. Ramai yang tidak menyedari, terutama kanak-kanak, apabila berlakunya banjir, air yang naik ke jalan-jalan raya dan air yang masuk ke rumah mereka adalah air yang kotor dan tercemar. Air banjir mungkin akan menyebabkan …
Read More »PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN
Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017 Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus, selenium, dan zinc. Dalam 100g kurma mengandungi 282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g. Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan …
Read More »pengambilan pil ectasy sebagai fat burner
PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017 Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar? Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang …
Read More »Kesan Permainan Pass Out
KESAN PERMAINAN PASS OUT MENGAPA PASS OUT INI DIJADIKAN PERMAINAN? Pada saya permainan ini, kalau boleh dikatakan sebagai permainan tidak mendatangkan faedah dan mencabar maut. Dengan menekan dada seseorang individu lain, ia bertujuan untuk menyebabkan pengsan atau tidak sedarkan diri untuk sementara waktu. Namun apa yang terjdi apabila ia bukan hanya menyebabkan pengsan, tetapi kesan trauma pada dada, atau menyebabkan kegagalan untuk sedar semula (pengsan yang lebih lama). Dari segi psychologynya, ia mungkin dilakukan oleh para remaja bersifat “suka-suka” dan bertujuan untuk menarik perhatian. Ia dilakukan bagi tujuan “menunjuk-nunjuk” melakukan sesuatu yang remaja lain tidak dapat melakukannya. Oleh kerana ia …
Read More »asam gelugor mengurangkan berat badan
ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini. Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji. Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping. Buah ini …
Read More »UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain. Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah: 1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda. 2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik …
Read More »Anak Dilanggar Motor
ANAK DILANGGAR MOTOR (GAMBAR HIASAN) Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah …
Read More »Merawat Luka Menggunakan Kream
KREAM MERAWAT LUKA “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “ Wa alaikum mussalam. Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka …
Read More »benarkah bahaya memakan nenas ketika hamil?
BENARKAH BAHAYA MEMAKAN NENAS KETIKA HAMIL? “Salam doktor. Baru-baru ini saya keguguran pada usia kehamilan 12 minggu selepas saya memakan seulas nenas. Benarkah nenas boleh menyebabkan keguguran? Terima kasih” WA ALAIKUM MUSSALAM Nenas merupakan buah tropika yang kaya fiber, mineral dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral manganese yang merupakan mineral penting untuk kesehatan tulang, otot dan saraf tubuh. Namun begitu ,wanita yang hamil harus berhati-hati ketika memakan nenas terutama wanita masih berada di awal kehamilan. Keguguran boleh berlaku hanya kerana memakan seulas buah nenas. Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini, …
Read More »Sisa Janin Masih Tertinggal Dalam Rahem Selepas Keguguran
SISA JANIN MASIH TERTINGGAL DALAM RAHEM SELEPAS KEGUGURAN ” Salam, doktor. Saya baru keguguran bulan lepas pada usia kehamilan saya 10 minggu. Selepas 30 hari masih ada rasa sakit, keluar lendiran busuk dan pendarahan. Saya pun berasa mahu demam. Dua hari lepas saya ke hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah keguguran yang tidak lengkap. Masih ada sisa janin yang gugur dalam rahem saya. Doktor mencadangkan pembedahan D&C. Rasa takut. Bolehkah saya gunakan saya lain. Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Puan disahkan mengalami masalah “keguguran yang tidak lengkap” atau “Incomplete Abortion“. Ia terjadinya apabila berlakunya …
Read More »SUSU BADAN KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL
“Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.” WA ALAIKUMMUSSALAM Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini. Tubuh wanita …
Read More »Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil
BOLEHKAH AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL. “Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol. …
Read More »Bacaan Gula Terlalu Rendah
BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH “Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati …
Read More »Tanda-tanda endometriosis
SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing. …
Read More »PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT PCOS
“Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan. Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. …
Read More »