Farmasi

DARAH TINGGI YANG TIDAK MENYEBABKAN MATI PUCUK

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya diberikan ubat Metoprolol 100mg untuk masalah hipertensi saya. Saya diberitahu bahawa ubat ini boleh menyebabkan mati pucuk. Apa alternatif yang saya ada? Terima kasih”. Waalaikumussalam Ya, terdapat beberapa jenis ubat darah tinggi yang biasanya tidak mempengaruhi fungsi seksual. Atau lebih mudah, tidak menyebabkan mati pucuk. Berikut adalah beberapa pilihan ubat anti-hipertensi yang mungkin sesuai :   1. Penghalang Saluran Kalsium (Calcium Channel Blockers): Ubat seperti amlodipine dan nifedipine biasanya tidak mempunyai kesan sampingan terhadap fungsi seksual.   2. Penghalang Reseptor Angiotensin II (ARBs): Ubat seperti losartan dan valsartan sering digunakan kerana mereka …

Read More »

BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?

      BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?     “Assalamualaikum, doktor. Boleh kah ibu hamil pakai inhaler vick?. Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM.     Tidak semua produk vicks sesuai digunakan semasa hamiil. Namun begitu, banyak juga produk vicks yang selamat digunakan.     Terdapat beberapa produk vicks yang ada di pasaran digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat.     Saya mencadangkan puan membaca kandungan produk yang tertulis pada label pada produk tersebut. Cuma elakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada …

Read More »

DOKTOR, APA PERBEZAAN ANTARA ANTASID DAN OMEPERAZOLE

Antasida adalah ubat yang biasa digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala gastritis seperti kembung perut dan pedih ulu hati. Ia meneutralkan asid yang berada ada dalam perut yang dikeluarkan ketika kita makan. Dengan ini ia menghalang keradangan perut (gastritis) akibat terlalu banyak asid. Antasid boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia boleh diambil ketika perut kosong. Sementara omeprazole adalah ubat yang menghalang pengeluaran asid dari dinding perut. Ia lebih berkesan untuk masalah GERD, Gastic Ulcer, atau masalah perut yang tidak dapat diatasi oleh antacid. Omeperazole selalunya memerlukan preskripsi doktor. Ia diambil sebelum makan. Oleh kerana cara kedua bertindak adalah berbeza, adakalanya doktor memberikan kedua-dua …

Read More »

HARI SUBUR WANITA BERMASALAH

Ramai wanita yang lambat hamil. Mengapa? Tidak semua wanita mempunyai hari subur wanita yang tetap pada setiap bulan. Terdapat juga wanita yang mengalami masalah untuk mendapat hari subur wanita. Ini menyebabkan mereka sukar hamil. APAKAH HARI SUBUR? BACA https://drzubaidi.com/blog/hari-subur-wanita/ Apakah punca tidak mengalami hari subur wanita? 1. Masalah berat badan yang sesuai. Dalam satu rencana yang diterbitkan oleh American Society for Reproductive Medicine menjelaskan bahawa wanita yang memiliki berat badan yang berlebihan atau rendah lebih berisiko untuk mengalami malah kitaran yang yang tidak menentu. Ini akan menyebabkan hari subur wanita sukar diperolehi. 2. Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) Polycystic Ovarian Syndrome …

Read More »

UBAT KESUBURAN WANITA

Benarkah ubat kesuburan ini tidak berbahaya? Ramai wanita kini lambat hamil walaupun sudah dua atau tiga tahun berkahwin. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berumur 30an. Sudah tentu ini menjadi bahan bualan di antara kawan-kawan dan sahabat andai. Ada juga pasangan yang berusia 30an, agak sukar untuk hamil semula setelah mendapat anak pertama, yang mungkin sudah berumur 3-5 tahun. Dalam kedua-dua keadaan ini, pasangan ini dikatakan mengalami masalah kesuburan. Jika mahu menambah bilangan anak, mereka digalakkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan dan mengambil ubat kesuburan wanita kerana apabila umur semakin meningkat, semakin sukar untuk hamil semula. Jika hamil pun mereka mungkin …

Read More »

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT CELEBREX?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT CELEBREX? 1. Nama generik bagi ubat ini adalah Celecoxib. Ia dijual dengan nama Celebrex oleh syarikat farmaseutikal (Pfizer). 2. Ia dijual dengan dos 100mg, 200mg dan 400mg. 3. Ia digunakan untuk melegakan keradangan dan melegakan rasa sakit. 4. Ia diambil satu biji, satu atau dua biji sehari, selepas makan bagi mengelakkan gastritis walaupun ia tidak menyebabkan gastritis pada kebanyakan pesakit. 5. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah: ✅Sakit kepala ✅Cirit-birit ✅Rasa loya ✅Tekanan darah tinggi. 6. Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku: ✅Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas) ✅Sakit …

Read More »

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT GABAPENTIN?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT GABAPENTIN? 1. Gabapentin adalah nama generik bagi Neurotin. 2. Dos yang biasa dijual 300mg dalam satu kapsul. 3. Ia digunakan untuk: Melegakan kesakitan saraf Merawat penyakit sawan 4. Cara pengambilan:1-2 biji 1-3 kali sehari selepas makan 5. Kesan sampingan yang biasa: Pening kepala Rasa mengantuk Bengkak kaki atau tangan Rasa loya dan muntah Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal Pergerakan mata yang tidak dapat dikawal Keletihan 6. Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku: Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas) Pemikiran membunuh diri Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami …

Read More »

DOKTOR, APA ITU STRESS TEST?

DOKTOR, APA ITU STRESS TEST? Ujian ini bukan merujuk kepada ujian minda, tetapi merujuk kepada ujian kepada jantung apabila melakukan aktiviti fizikal seperti berlari, dengan wayar disambungkan ke dada pesakit untuk merekod aktiviti elektrik jantung mereka sepanjang fasa yang berbeza-beza. Data elektrik dari jantung dirakam pada monitor bagi melihat perubahan corak elektrik yang dihasilkan oleh jantung. Perubahan arus yang tidak normal, menunjukkan kesumbatan pada arteri-arteri koronari. Ujian ini dilakukan pada pesakit yang mengalami : Sakit dada masa bekerja atau berehat Sesak dada Rasa debar Rasa pusing kepala yang dirasakan berpunca daripada jantung Ia tidak boleh dilakukan kepada pesakit yang: Baru …

Read More »

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA? 1. Nama genetik bagi ubat sintetik ini adalah Etoricoxib. Ia dijual dengan nama Arcoxia oleh syarikat farmaseutikal Merck Sharp & Dohme (MSD). Selain itu beberapa syarikat farmaseutikal lain menjualnya menggunakan nama berbeza. Antaranya: ✅ Axcel Etoricoxib (Kotra Pharma)✅ Hovid-Etoricoxib (Hovid)✅ Etrobax (Ranbaxy)✅ Coxitor (Novartis)✅ Etrix (Genpharma)✅ Eberil (Medispec) 2. Ia termasuk dalam kumpulan A, bermakna memerlukan preskripsi untuk mendapatkan dari farmasi. 3. Ia digunakan untuk memberikan kelegaan (tahan sakit) dalam kes berikut: ✅ Sakit sendi seperti serangan Gout, rheumatoid arthritis, Osteoarthritis.✅ Sakit-sakit otot✅ Sakit gigi (untuk sementara sebelum rawatan seterusnya) 4. Cara penggunaan …

Read More »

PERKARA YANG KITA MESTI TAHU TENTANG MEFENAMIC ACID 250 MG

PERKARA YANG KITA MESTI TAHU TENTANG MEFENAMIC ACID 250 MG Mefenamic Acid 250 mg dijual dengan beberapa jenama, antaranya Dyfenamic dan Ponstan. Ada juga Mefenamic Acid 500 mg. Jadi tanyakan dos sebelum mengambilnya untuk mengelakkan berlebihan dos. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan dan keradangan. Ia diambil 1-2 biji 3 kali sehari selepas makan. Diambil bila perlu sahaja. Antara kesan sampingan yang biasa: ✅ Rasa loya dan muntah✅ Sakit perut✅ Cirit-birit (5%)✅ Bengkak kaki atau tangan Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku: ✅ Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)✅ Serangan jantung✅ Pendarahan perut akibat luka perut✅ …

Read More »

UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN

UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN Statin adalah ubat yang biasa dipreskripsikan doktor untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia bertindak dgn menghalang enzim yang menghasilkan kolesterol. Antara ubat statin di pasaran : Lovastatin 20 – 80mgPravastatin 20 – 40mgSimvastatin 20 – 80mgAtorvastatin10 – 80mgFluvastatin 20 – 80mgRosuvastatin10 – 40mg Kesan sampingan ubat Ubat antikolestrol statin boleh menyebabkan sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan. Pesakit boleh mengalami peningkatan enzim hati. Jadi pesakit perlu menjalani ujian darah secara berkala bagi memastikan fungsi hati berada dalam keadaan yang baik. Pesakit juga boleh mengalami rasa sakit, keletihan atau lemah otot.Kes yang paling teruk adalah kerosakan …

Read More »

PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE

Paragraph PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT DARAH TINGGI HYDROCHLOROTHIAZIDE 1. Ubat sintetik ini digunakan untuk mengawal tekanan darah. Ia tidak bertujuan untuk merawat (sembuh), tetapi untuk mengelakkan dari komplikasi seperti stroke, serangan sakit jantung atau kerosakan ginjal. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi. 2. Ia berada dalam kumpulan diuretics iaitu ubat sintetik yang menyebabkan kencing. Dengan itu ia mengeluarkan lebih banyak air dan mineral dari tubuh. 3. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam tubuh, yang menyebabkan kaki menjadi bengkak (edema) dan rasa susah bernafas. Oleh itu ia bagus untuk pesakit kegagalan fungsi jantung, hati dan ginjal …

Read More »

SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK

SAYA TAK PERNAH SURUH BUANG UBAT SINTETIK Saya pernah beberapa kali pernah bergandingan dengan seorang penceramah agama dari IPTA (sekarang bergelar Datuk). Satu hari dia kata pada peserta dalam satu majlis, “saya tidak bergandingan dengan doktor yang menolak ubat hospital”. Secara kebetulan itu kali terakhir saya bersama beliau. Mula-mula saya terperanjat juga. Adakah saya yang dimaksudkan? Mungkin beliau salah faham mendengar fitnah-fitnah dari orang sekeliling beliau. Paling sedih, patutnya beliau bertanya sendiri dengan saya untuk penjelasan. Kalau betullah saya yang dimaksudkan. Tapi manusia kan.. Kadang kala bila berceramah, pong pung pang, macam bagus. Tapi realitinya tak seperti yang diucapkan dalam …

Read More »

SETIAP PESAKIT ADA HAK TAHU NAMA GENERIK UBAT

Setiap pesakit ada hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diberikan.  Nama generik ubat adalah nama sebatian kimia (atau bahan aktif) yang ada ubat tersebut. Sebagai contoh, ‘Paracetamol’ adalah nama generik ubat, nama jenama mungkin berbeza-beza berbanding bergantung kepada nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar. Parecetamol mungkin dijual sebagai “Umol”. Jadi bertanyalah kepada farmasi atau doktor yang memberikan ubat tersebut akan nama generik ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat.

Read More »

PERATURAN PENGAMBILAN UBAT

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan farmasi haruslah diambil dengan cara yang betul. Hal ini mungkin mudah jika ubat yang diberikan hanya satu atau dua jenis. Tetapi ia mungkin mengelirukan jika ubat yang diberikan melebihi tiga jenis. Jadi perlu betul-betul faham cara pengambilan ubat selebum meninggalkan klinik atau farmasi. Dengar arahan yang diberikan dan fahamkan arahan yang ditulis pada sampul plastik ubat. Ini memastikan ubat-ubat itu memberikan kesan yang terbaik dan mengelakkan dari menerima kesan sampingan akibat berlebihan dos. Selalunya ubat dimabil mengikut arahan di bawah: 1. DENGAN PERUT KOSONG(SEBELUM MAKAN) Bermakna makan dengan perut kosong bagi mengelakkan interaksi antara …

Read More »

HALALKAH MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?

          HALALKAH MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?       Salam doc. Saya mahu bertanya. Multivitamin di farmasi halalkah untuk di konsumsi bagi muslim? Terima kasih.     Walaikumusalam.     Oleh kerana kebanyakan vitamin adalah berbentuk kapsul, ia menjadi sesuatu yang meragukan kerana kapsul dibuat dari gelatin yang bersumberkan dari tulang haiwan.       Persoalannya adalah haiwan itu adalah haiwan yang halal dimakan? Kedua adalah haiwan itu disembelih dengan betul?       Saya mencadangkanlihat pada botol dan cari tanda HALAL yang diiktiraf.       Jika buatan luar negeri, ada beberapa badan berautoriti yang …

Read More »

Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL       Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus.   2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan.   3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil.   4. Namun ia …

Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …

Read More »

RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal. Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka. Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan …

Read More »

Rasa berdebar dan pening setelah ambil pil kurus

MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS   “Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana hendak hilangkan kesan2 yang saya rasa sekarang. Harap doktor boleh bantu. Saya tidak tahan jantung selalu berdebar. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan ubat kurus mengandungi bahan terlarang sibuteramine, yang menyebabkan seseorang yang mengambil ubat ini tidak berasa lapar.   Pengambilan ubat kurus ini harus mendapat …

Read More »

Vitamin E Membantu Pesakit Jantung

BAGAIMANA VITAMIN E MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PESAKIT JANTUNG? “Doktor, bagaimana vitamin E membantu pesakit jantung? Adakah ia dapat merawat pesakit seperti ini. Maksudnya adakah vitamin E dapat menggantikan ubat-ubat doktor?” Sebagai doctor (pengamal perubatan) yang banyak menghadiri seminar, konferen dan kelas-kelas berkaitan dengan pemakanan dan nutrisi, saya percaya bahawa kita mendapat manfaat dari nutrisi yang kita makan. Malah sesetengah dari kita harus mengambil suplemen nutrisi tertentu bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu pengamalan diet yang diet yang betul sangat membantu. Kita perlu tahu apa makanan yang harus ditambah dan makanan mana yang harus dielakkan. Jika kita tidak …

Read More »

asam gelugor mengurangkan berat badan

ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini. Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji. Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping. Buah ini …

Read More »

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain.     Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah:   1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.   2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik …

Read More »

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN     1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetes. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik.   2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu …

Read More »

Kesan sampingan ubat theophylline

THEOPHYLLINE UNTUK ASMA     “Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “   Wa alaikum mus salam.   Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik).   Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan …

Read More »

CoQ10 Meningkatkan Tenaga

  SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA    Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk. Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna …

Read More »

Misoprostol sebagai ubat pengguran janin

MISOPROSTOL SEBAGAI UBAT PENGGURAN JANIN     Cytotec adalah nama pasaran yang digunakan oleh ubat yang mengandungi bahan aktif misoprostol. Ia keluarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer. Tujuan  adalah untuk membantu pesakit mengatasi masalah gastrik yang kronik. Ia adalah ubat terakhir yang diberikan oleh doctor kepada pesakit yang telah menjalani pelbagai rawatan gastric tetapi gagal. Ia dijual dalam dos  200µgram setiap tablet.   Namun begitu ia juga digunakan oleh pihak hospital bagi membantu memulakan proses kelahiran, terutama wanita hamil tidak merasakan akan memulakan proses kelahiran walaupun telah mencapai tarikh yang dianggar untuk kelahiran.   Malangnya ia disalahgunakan untuk melakukan pengguguran janin.  …

Read More »

KESAN CAHAYA ULTRAVIOLET PADA KULIT

Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung. Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit. Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.

Read More »

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN KULIT

  Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari. Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan.       [IKLAN] Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C bagi meningkatkan immuniti tubuh badan KONSULTASI BERSAMA DR …

Read More »

MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT

Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan. Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai …

Read More »

KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 28 tahun dan belum berkahwin. Tetapi ramai yang kata umur saya sudah masuk 35 dan macam sudah ada anak. Saya macam tak percaya, tapi kawan-kawan saya cakap perkara yg sama. Apakah puncanya doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Penuaan pada kulit adalah proses semula jadi apabila umur kita semakin meningkat. Namun terdapat banyak faktor yang memainkan peranan, sama ada kulit wajah kita lebih tua dari umur sebenar.  Inilah yang cuba kita elakkan. Biarlah wajah kita menggambarkan umur kita, bukannya umur kita baru 28 tahun tapi kulit wajah sudah kelihatan berkedut, kusam, kering dan tidak …

Read More »

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi  kesihatan kulit wajah kita.   Kulit  berfungsi melindungi tubuh dari radiasi  UV.  Jika  kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.   Radiasi UV dari  cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.  Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep …

Read More »

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS Dandanan muka yang sempurna bermula dengan  kulit yang sihat. Oleh itu, penting memilih produk penjagaan kulit yang tepat dan sesuai  untuk mendapat kulit wajah yang sihat adalah penting. Bagi wanita yang agak sibuk, dan tidak sempat menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari secara berterusan, mereka perlu menggunakan produk yang sempurna dan sangat asas. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan, lebih sihat, lembut, kering dan tidak berjerawat, walaupun tidak menggunakan sebarang make-up. Saya mencangkan produk kecantikan yang mempunyai bahan  Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam …

Read More »

Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL

“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL”   WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya …

Read More »

Sangobion untuk Pesakit Anemia

SANGOBION UNTUK PESAKIT ANEMIA   Anemia atau kekurangan sel darah merah, adalah suatu keadaan di mana paras hemoglobin (Hb) adalah kurang daripada biasa. Ini biasanya berlaku apabila tubuh mempunyai kekurangan zat besi. Anemia bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, tetapi juga di kalangan kanak-kanak. Gejala anemia boleh menyebabkan rasa lemah, letih, letih dan lesu.  Tanda lain termasuk rasa pening, dan kekurangan daya ketahanan buat sementara waktu. Ramai yang mengambil suplemen seperti Sangobion. Ia mengandungi Ferrous Glukonat, Mangan sulfat, dan Copper sulfat yang diperlukan untuk membentuk sel darah merah dengan cepat. Ia juga mengandungi Vitamin C, Vitamin B12 dan Asid …

Read More »

Q10 UBAT UNTUK MIGRAINE

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yang dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius. Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.   APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE? Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit …

Read More »
error: Content is protected !!