
TAK MINUM SUSU? WARGA EMAS MASIH BOLEH CUKUPKAN KALSIUM
Ramai warga emas risau bila tak boleh minum susu—sama ada sebab kembung, gastrik, atau memang tak serasi.
Berita baiknya, kalsium masih boleh dicukupkan walaupun tanpa susu.
KENAPA KALSIUM PENTING?
Kalsium membantu mengekalkan tulang yang kuat, mengurangkan risiko osteoporosis dan patah tulang, serta menyokong fungsi otot dan saraf—semua ini sangat penting bila usia meningkat.
SARANAN UMUM:
Warga emas disyorkan 2 gelas susu sehari.
Jika tidak minum susu, 1 gelas susu boleh diganti dengan sumber kalsium lain yang setara (± 300 mg kalsium).
ALTERNATIF PENGGANTI 1 GELAS SUSU (±300 mg kalsium):
1. Ikan bilis (dimakan bersama tulang)
2. Dua keping Tauhu / tempe
3. Segenggam Sayur hijau gelap (contoh: sawi, kailan)
4. Produk berasaskan soya diperkaya kalsium
5. Dua biji telur
JANGAN LUPA VITAMIN D!
Kalsium perlu Vitamin D untuk diserap dengan baik.
Dapatkan melalui:
1. Pendedahan cahaya matahari pagi
2. Makanan kaya Vitamin D
NOTA PENTING:
Perkongsian ini adalah panduan umum untuk warga emas yang sihat.
Keperluan setiap individu boleh berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan dan nasihat doktor.
RUJUKAN: Malaysian Dietary Guidelines for Older Persons 2023
Jaga tulang, jaga kualiti hidup. Sihat itu usaha bersama
#osteoporosis #vitaminD #kalsium
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
