Assalamualaikum.. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini.
Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi info dan pengalaman.
Info ini boleh dijadikan panduan untuk berdiskusi dengan doktor yang merawat. Terserahlah pada doktor yang merawat untuk mencadangkan rawatan terbaik untuk anda sebagai pesakitnya.
Saya tidak memberikan diagnosis atau mencadangkan nama ubat dalam masalah yang ditanyakan.
Segala perkongsian info tidak boleh menggantikan pemeriksaan dan rawatan yang diberikan oleh doktor di klinik.
Saya amat menggalakkan pertanyaan dan saya akan menulisnya semula sebagai info kepada pembaca yang lain. Namun suka saya ingatkan bahawa saya tidak berkewajiban untuk menjawab semua soalan yang dihantar. Jika saya diberikan kelapangan masa, insya Allah saya akan menjawabnya.
Mohon rujuk juga Penafian untuk keterbatasan (limitasi) yang lain.
Untuk sesi soal jawab secara langsung, boleh temui saya di FB Live Dr Zubaidi Hj Ahmad setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam.
Harap ia memberikan manfaat kepada semua pihak. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menulis. Ameen.
Wallahu a’lam.