TEKAK MASIH SAKIT WALAUPUN SUDAH AMBIL ANTIBIOTIK

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya.

Kalau sudah mula makan antibiotik, boleh ke saya makan Immune Booster ?

Saya kena batuk yang agak teruk dengan kahak hijau sudah beberapa hari. Saya sudah pergi ke klinik dan diberikan ubat batuk dan antibiotik sebab kahak hijau.

Saya pun sudah mulakan, lepas tu teringat saya masih ada Immune Booster. Bila ingat nak makan terfikir yang saya sudah mulakan antibiotik.

Boleh ke saya ambil Immune Booster bersama antibiotik, Dr?


Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekarang memang musim demam, batuk dan selsema.

Cadangan saya:

1. Minum air kosong secukupnya

2. Ambil dua biji IMMUNE BOOSTER. Satu kapsul IMMUNE BOOSTER mengandungi vitamin C, vitamin D dan Zink. Ia meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan merawat jangkitan kuman (virus dan bakteria).

3. Teruskan antibiotik sehingga habis. Mungkin perlu antibiotik yang lain jika sudah ada resistance terhadap antibiotik. Bincang dengan doktor yang merawat.

4. Ambil antihistamine seperti loratidine 10mg sebiji sehari untuk mengurangkan kahak.

5. Ambil 5 titik minyak Habatussauda, dan satu sudu Madu Kyrgyzstan. Kemam di tekak satu minit sebelum telan untuk melegakan sakit tekak dan batuk.

Banyak lagi petua yang boleh dicuba. Jika sakit tekak, demam dan selsema tidak sembuh dalam masa seminggu, rujuk semula doktor yang merawat.

Semoga bermanfaat.

 


Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!