Ketuat pada kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Saya tidak pernah menderita akibat ketuat, namun saya telah berpuluh kali melihat masalah ketuat di kaki. ”Doktor, saya bukan pengotor. Setiap hari saya membersihkan kaki saya” kata seorang lecturer UTM. Saya tidak dapat memberikan komen sama ada seseorang itu pengotor atau tidak kecuali jika terlalu nyata, kakinya berbau apabila membuka kasut kerana mahu menunjukkan masalah ketuatnya pada saya. Namun saya percaya dengan membasuh kaki 5 kali sehari ketika mengerjakan solat, membantu kita menjaga kebersihan kaki. Basuhlah celah-celah jari kaki dengan teliti kerana itu adalah kesempurnaan wudhu dan faedah duniawinya amat …
Read More »Umum
Pesakit Berhak Pilih Doktor
“Susah sangatkah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.” Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pengambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci. Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan membuat penerangan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang sama lagi. Bolehkah doktor bersifat ‘pendiam’ di dalam …
Read More »Rawatan Untuk Kulit Kaki Kering dan Pecah
Kembali lagi dengan isu kecantikan. Bagi lelaki, kulit kaki yang kering dan pecah tidak menjadi hal penting. Mereka tidak akan datang mendapatkan rawatan sehinggalah kaki mereka yang merekah dan pecah itu dijangkiti kuman dan menyebabkan kesakitan. Bagi wanita pula, kulit kaki yang kering dan pecah memberikan kesan kosmetik yang tidak menyenangkan. Mereka berasa malu berjalan dengan kaki yang sedemikian apatah lagi jika duduk bersempuh bersama-sama dengan rakan. Pasti ada rakan yang akan menegur. ”Doktor, kulit yang kering dan merekah bahaya ker?” Tiada bahaya bagi kaki yang kering kecuali ia menyebabkan masalah kosmetik. Ia lebih melambangkan seorang wanita itu tidak menjaga …
Read More »Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”
Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita. Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka. ”Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat …
Read More »Acanthosis Nigricans: Bukan Setakat Daki di Kulit
Masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak telah menjadi isu yang sering diperkatakan dalam komuniti perubatan. Ini kerana kegemukan mereka bukan setakat masalah kosmetik dan penampilan fizikal kanak-kanak itu atau saiz baju yang mereka yang terpaksa ditempah. Ia boleh menjadi lebih parah daripada itu kerana mampu menyebabkan penyakit kronik dalam jangka masa yang panjang. ”Doktor, cuba doktor nasihatkan anak saya ini. Baru darjah tiga beratnya sudah 45kg!” Keluh seorang ibu yang saiz badannya juga agak gempal meminta saya menasihatkan anaknya. Katanya, ayam dan telur ayam menjadi kegemaran si anak. Tidak aktif dan suka duduk di rumah. Tiada apa yang boleh saya nasihatkan …
Read More »Berapa Lamakah Diperlukan untuk Puas Tidur?
Alhamdulillah, maha puji bagi Allah. Saya tidak mengalami masalah tidur sekarang. Sewaktu memulakan kerjaya sebagai doktor, tidur yang nyenyak adalah suatu kemewahan. Keletihan akibat tidur yang tidak mencukupi membuatkan saya stress fizikal dan mental. Kini, letak saja kepala di bantal, otak saya terus masuk ke fasa rehat. Bila bangun tidur berasa puas. Mungkin beban kerja yang semakin berkurangan walupun tanggungjawab semakin bertambah. Saya tidak lagi on call di malam hari. “Dan Dialah yang menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)”Al-Furqan:47 Bagi mereka yang terpaksa berjaga malam kerana maslahat …
Read More »Appendicitis dan Adhesion Colic
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Saya bersimpati kepada pesakit yang mengalami masalah appendicitis. Baru saja dibedah untuk membuang appendixnya yang busuk beberapa bulan lepas, sekarang abdomennya sakit semula. ”Ada kemungkinan kah ada tisu appendix yang tertinggal?” Ramai yang khuatirkan appendix stump yang telah ditanam di dalam caecal lumen. Semasa saya bekerja di Jabatan Pembedahan, saya telah melakukannya berpuluh-puluh kali. Tiada masalah komplikasi pembedahan appendicectomy. Sekurang-kurangnya saya sendiri belum pernah melakukan kesilapan ketika melakukannya. ”Jadi bagimana doktor? Mengapa masih terasa sakit lagi walaupun dah 3 bulan saya menjalani pembedahan” Jangan risau tentang tisu appendix yang telah dibuang. Jika pembedahan dilakukan oleh …
Read More »Anak Dalam Kandungan Dilarikan Bunian
“Doc, you kena tolong sepupu I. Kesian dia. Doktor di Pusat Kesihatan kata dia tak mengandung!” Rakan saya membawa sepupunya yang dikatakan sedang hamil. Abdomennya tidaklah membesar tetapi wanita itu kelihatan seperti sukar berjalan. Agak mengangkang dan menjulurkan abdomennya. ”Mana suaminya?” soal saya. ”Dia ni ada masalah sikit dengan suami dia. Suami dia nak ceraikan dia”, kata rakan separuh berbisik. Saya melengkapkan prosedur biasa. History-taking, pemeriksaan ultrasound dan lainnya. Mengikut kiraan saya, umur kehamilan ialah 23 minggu. Namun saya tidak mengesan imej bayi yang sepatutnya bergerak-gerak dalam rahemnya. Ujian UPT juga negative. “Bro, dia memang tak mengandung lah !” “Habis …
Read More »Sedu dan Kaitan dengan Sakit Jantung
Saya menerima pertanyaan berkenaan sedu (hiccup) dan kaitannya dengan sakit jantung. Ini adalah soalan yang menarik. “Salam doc. mgkin boleh dikupas mengenai perkaitan antara sedu (hiccup) dgn sakit jantung. suami sy pernah dimasukkan ke wad kerana sedu yg berterusan bbrp hari and doc kata ada masalah dgn jantung. itu kes 4 tahun lps… dan skrg ia berulang kembali. setakat ni doc kata mgkin angin. dah 2 hari ubat diambil, suami masih sedu… doc ada berpesan, kalau sedu tak berkurang, perlu buat further check-up. harap dpt doc perjelaskan… terima kasih ;-)” Sepanjang ingatan saya bekerja di Jabatan Kardiothorasik (Pembedahan …
Read More »Saya Diabetic, Tolong Saya!
Saya dilanda keresahan sepanjang minggu lalu. Banyak isu kesihatan yang selama ini saya tangguhkan. Sibuk dengan pelbagai aktiviti. Nasib baik saya telah menarik diri daripada aktiviti politik dan NGO yang sentiasa memerlukan komitmen yang berpanjangan. Umur 40 ibarat lampu kuning Apabila memasuki umur 40 tahun saya berazam untuk menjadi manusia lebih baik dan lebih sihat. Saya perlu berhati-hati dan lebih berazam kuat kearah itu. Secara logiknya saya masih lagi ada 15 tahun sebelum bersara, insya Allah. Namun kerjaya doktor selalunya berkhidmat sehingga akhir hayat. Saya harus menukar jadual kerja. Tidak mampu lagi bekerja selama 14 jam sehari, berada dalam ruang …
Read More »Kemoterapi Dan Kesuburan
Saya menghadiri satu seminar mengenai kanser payudara tidak lama dulu. Ia diadakan berikutan rendahnya kesedaran wanita Malaysia khasnya wanita Melayu luar bandar mengenai bahaya kanser ini. “Secara keseluruhan, semua wanita yang menghidap penyakit kanser payudara (breast cancer) dan masih lagi subur haruslah bertanyakan doktor yang merawat mengenai kesan ubat kemotherapi pada kesuburan mereka. Kemotherapi menjejaskan kesuburan setiap wanita” Itulah kata pembukaan yang diberikan oleh penceramah yang namanya saya sudah lupa. Dalam menggalakkan pesakit kanser payudara untuk mendapatkan rawatan, sebagai doktor, tidak harus berbohong kepada pesakit tentang risiko ketidaksuburan yang bakal mereka hadapi. Memang terdapat risiko ketidaksuburan jika menjalani rawatan …
Read More »MASALAH SEKSUAL WANITA
Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami. Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini… ”Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya …
Read More »Selesema Yang Membawa Maut
Tarikh 16 Februari adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun, tentulah banyak yang dibualkan termasuklah perancangan masa depan. ”Zubaidi, agaknya bila kau dah berkahwin nanti, berapa orang anak yang kau mahu?” ”Dua orang cukup kot… Aku kan nak jadi doktor, mesti sibuk. Mana ada masa nak jaga anak ramai”, saya masih mengingati dialog itu. ”Ooo..apasal sikit sangat. Aku nak tiga …
Read More »Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING
Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula. Lima belas tahun lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus. Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari …
Read More »Kekurangan Berat Badan (Underweight)
Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 …
Read More »Peluh Berlebihan dan Bau Badan
”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya …
Read More »Perlukah Lebam Gigitan Jin Diberikan Rawatan?
Semasa mengajar kursus First Aids dan CPR kepada para pekerja di sebuah kilang baru-baru ini, saya bertanyakan kepada peserta, “Perlukah lebam yang disebabkan kecederaan dihantar ke hospital?” Sebelum sempat pertanyaan saya dijawab, seorang daripada peserta bertanya, “Doktor, perlukah lebam yang disebabkan gigitan jin diberikan bantuan Pertolongan Kecemasan?” Lebam akibat gigitan jin Saya terdiam dan memandang tepat ke muka peserta yang bertanya. Saya cuba membaca fikirannya. Dia bertanya kerana ‘ikhlas atas kebodohannya’ atau ‘mahu buat lawak jenaka’? Saya pernah juga terbaca tentang gigitan jin ini di majalah, namun saya menolaknya kerana tiada asas hadis atau penerangan ulama’ yang muktabar yang pernah saya …
Read More »Sapaan Maut dengan Strok Ringan
Saya masih ingat seorang sahabat tiba-tiba rajin berkopiah dan solat jemaah di masjid. Tabiat menghisap rokok juga telah dihentikan. Dia mula menjaga makan dan minum. Semuanya tawar belaka, tiada gula dan tiada garam. Saya amat kehairanan namun tidak berani bertanya. Rakan-rakan sekampung membisikkan kepada saya “Dia baru kena angin ahmar kecil. Doktor di hospital suruh dia berjaga-jaga !” Oh patutlah dia menukar gaya hidupnya 180 darjah. Dia ‘disapa’ malaikat maut. Perjuangan mengekalkan kesihatan sering dilupakan Namun bila saya pulang ke kampung semasa hari raya yang lepas, beliau telah berbalik semula ke perangai yang lama. Semasa singgah ke sebuah kedai mamak …
Read More »Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil
Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri. Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa …
Read More »Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak
Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua …
Read More »Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala
Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan. Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka mengalami sakit ’kepala biasa’, atau migraine atau stress akibat kerja yang banyak. Namun sebagai pesakit, mereka lebih tahu apa yang mereka rasa dan cuma mereka tidak dapat menjelaskan keadaan mereka. Saya sebenarnya tidak boleh memberikan pandangan atau consultation on-line seperti mana yang diharapkan. Sebagai doktor, saya harus melakukan pemeriksaan fizikal …
Read More »Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak
Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call. Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya ”mengeteh” (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh atau kopi di samping berbual-bual dengan sahabat), ETD merupakan jabatan yang amat sibuk. Di situlah pelbagai insiden kecemasan dan kelam-kabut seperti cerita drama ER di televisyen. Tetapi di ETD adalah ’real life story’. Tidak seperti bekerja di wad pembedahan yang kebanyakan masa tenang, hanya sesekali pesakit collapse (tidak sedarkan diri) …
Read More »Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal
Baru-baru ini seorang sahabat lama bercerita panjang dengan saya di sebuah kedai kopi 5 bintang mengenai kemajuan masing-masing. Beliau bertambah maju prestasinya kerana menyertai perniagan berasaskan makanan dan minuman. Walaupun perniagaan dia bertambah besar dan maju, beliau memberitahu bahawa beliau mengalami masalah yang amat ditakuti oleh orang lelaki, iaitu mati pucuk. Ini semua mungkin akibat stress, penyakit kencing manis dan tahap kolestrolnya yang semakin tinggi, yang mula dihadapinya awal tahun ini. Oleh kerana perkataan mati pucuk itu sensitif dan orang lelaki malu untuk membincangnya secara terbuka, maka beliau ia juga tidak pasti sama ada beliau mengalami keadaan itu atau tidak. …
Read More »Sakit Kepala Akibat Hentikan Ubat Sawan
Seorang pesakit datang berjumpa saya kerana masalah sakit kepalanya yang kuat. Pemeriksaan tekanan darah adalah normal lalu saya mencadangkan pemeriksaan ujian darah memandangkan umurnya dalam 40an. Seminggu selepas itu pesakit datang semula berjumpa saya untuk mengetahui keputusan darah yang diambil itu. Malangnya sakit kepala beliau hanya lega setelah menelan ubat penahan sakit untuk beberapa jam dan kemudian sakit kepalanya menyerang semula. Saya kebingungan dan menatap kosong kertas yang mengandungi keputusan darahnya. Saya tidak tahu di mana punca sakit kepala beliau kerana keputusan darah beliau adalah normal dan pesakit ini mempunyai badan tegap seperti athelet. Saya cuba mengorek lagi cerita sakit …
Read More »Adakah Penyakit Jantung Berlubang Perlu Dibedah?
Baru-baru ini saya bertandang ke rumah rakan sempena sambutan Hari Raya Puasa. Di samping mengucapkan selamat hari raya, saya juga mengucapkan ”tahniah dan selamat menjadi ibubapa” kerana mereka baru saja dikurniakan seorang cahayamata lelaki. Dalam masa berbual-bual, beliau menceritakan tentang anaknya yang baru saja dikeluarkan dari NICU kerana dilahirkan dalam usia kandungan yang tidak matang. Namun apa yang merunsingkan mereka ialah apabila diberitahu oleh doktor pakar bahawa anak mereka mengalami penyakit jantung berlubang. Berita yang sebegini tentu saja merunsingkan hati ibubapa, lebih-lebih lagi mengingatkan nasib anak saudara mereka yang meninggal dunia ketika berumur 6 tahun akibat penyakit yang sama. Saya …
Read More »Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur
Bila mula kedatangan pendarahan haids? Saya tidak mempunyai anak gadis. Jadi pengalaman membesarkan anak gadis atau remaja perempuan memang tidak pernah ada dalam sejarah hidup saya sehingga kini. Kadang-kala saya kasihan melihat remaja perempuan yang tidak diberikan perhatian oleh ibubapa mereka. Bila seorang kanak-kanak perempuan mulai meningkat remaja, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa. Sama ada dari aspek fizikal atau emosi. Namun saya mengucapkan tahniah pada ibubapa yang bersungguh-sungguh ingin mengambil bahagian dalam tumbesaran fizikal dan mental anak mereka. Banyak soalan-soalan yang ditanya melalui email. Antaranya bertanyakan bilakah anak gadis mereka akan mula kedatangan pendarahan haids. Kebiasaannya pendarahan …
Read More »Mencari Ubat adalah Tawakal
Saya menolak debat Saya adalah di antara orang yang tidak suka berdebat. Ia bukan kerana saya tiada fakta untuk dilontarkan dalam perdebatan, tetapi pada pendapat saya tiada siapa yang mendapat keuntungan dari perdebatan itu. Selepas perdebatan itu nanti, saya masih dengan pendirian saya dan dia masih dengan pendiriannya. Akhir sekali muka berubah menjadi masam mencuka dan putus ukhwah. Setiap perdebatan memang mengujakan emosi. Bila emosi menggelegak panas dek mempertahankan ego, semua adab perdebatan dan kesahihan/kebenaran fakta disimpan di belakang punggung. Gelojak amarah akan mengemudikan perdebatan itu. Masing-masing mahu menang. Kemenangan dan ego dipertahankan tetapi fakta/kebenaran dibuang. Perdebatan bukan lagi kerana …
Read More »Hyponatraemia: Penyakit Misteri?
”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya …
Read More »Memahami Kekejangan Otot Kaki
Kekejangan otot kaki adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ia adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Namun harus diketahui bahawa kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki sahaja, malah mungkin isunya lebih besar. Ini bermakna kekejangan hanya satu simptom, bukannya satu penyakit. Jika berulang dengan kerap, berjumpalah dengan doktor. Kali ini saya cuba membincangkan kekejangan otot dalam tiga keadaan, iaitu kekejangan otot kaki di waktu malam, di kalangan atlet dan di kalangan ibu hamil. Punca dan sebabnya hampir sama. Kekejangan otot kaki di waktu malam Ia dikenali …
Read More »Kecederaan: Tuam dengan Air Panas atau Pek Ais?
Selalu saja ada kekeliruan di kalangan para pelatih First Aid ketika saya mengajar mereka menangani kecederaan. Mungkin pengetahuan mereka yang lama tidak digilap, hanya mengingati pengetahuan ketika menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah atau St John Ambulance dua puluh tahun yang lalu. Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka hanya sesekali berjumpa dengan kemalangan dan kecederaan. Saya pula setiap hari dihantar pesakit yang cedera kemalangan ketika beriadah/sukan atau kemalangan jalan raya. ”Doktor, bila harus kita gunakan pek ais dan bila pula kita boleh tuam dengan air panas? ” Itulah soalan yang sering ditanya dan saya telah bersiap dengan jawaban. Membezakan kecederaan Acute …
Read More »Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum?
Cerita tentang air Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab. Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap. Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu. Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?” Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !” ”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?” Tanya mereka beramai-ramai. Si tabib seolah-olah memberikan …
Read More »Kaitan Migraine dan MSG
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kamikembali” (al Baqarah: 156) Bagi pesakit migraine, sakit kepala adalah ujian Allah yang kadang kala mengecewakan. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit apabila migraine menyerang. Malah apa yang lebih mengecewakan lagi ialah punca sebenar migraine tidak diketahui. Tiada ujian tertentu yang boleh mengesan punca-punca migraine. Seorang professor Internal Medicine yang mengajar saya ketika ditanya mengenai punca migraine, beliau menjawab berkata “ everything under the sun” Ini bermakna punca-punca migraine terlalu banyak. Migraine bukan suatu simptom sakit kepala …
Read More »Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine
Sakit kepala adalah ujian dari Allah Sakit kepala yang berpanjangan amat menduga kita. Bagi mereka yang mengalaminya, sudah tentu menelan ubat penahan sakit amat menjemukan. Malah ada yang telah menghafal nama segala ubat penahan sakit yang boleh dibeli dari farmasi. Namun bersabarlah atas ujian Allah itu. Sabda Rasulullah saw “Sesiapa yang dihendaki oleh Allah kebaikan, nescaya akan diujinya orang itu” Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya …
Read More »MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?
”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …
Read More »Sawan dan Ketumbuhan Otak: Tiada kaitan dengan saka
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Banjir besar di Kota Tinggi “Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir besar dlm sejarah tanahair. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi …
Read More »Halitosis : Pernafasan berbau busuk
Semua orang mulut berbau Ramai yang tidak menyangka pernafasan berbau busuk sebenarnya dimiliki oleh setiap orang. Ianya lebih ketara terutama pada setiap pagi. Tiada orang yang terkecuali. Tahap bau busuk yang tidak terlalu serius tidak dapat dikesan oleh sistem deria bau kita. Tetapi apabila apabila ianya terlalu kuat, maka hidung kita mula mengesan bau busuk dari pernafasan kita. Bau busuk pada mulut ketika menghembuskan nafas ini dinamakan Halitosis. Bau pernafasan yang busuk akan menyebabkan reaksi yang kurang menyenangkan pada orang lain. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila otak mengesan bau busuk, ianya memaksa fizikal kita …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
