Umum

SENDAWA BERLEBIHAN MENANDAKAN PENYAKIT TERTENTU

Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara dari keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebihan boleh menyebabkan perut kembung. Antara punca sendawa yang banyak adalah : 1. Makan atau minum terlalu cepat. 2. Terlalu banyak berbual ketika makan. 3. Mengunyah gula-gula getah. 4. Minum minuman berkarbonat. 5. Merokok. 6. Makan makanan yang berangin Ada beberapa keadaan di mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu : 1. Aerofagia Aerofagia adalah masalah akibat menelan udara terlalu banyak. Jadi tubuh pun cuba mengeluarkannya kembali terutama ketika gugup atau stress. Ini menyebabkania akan kerap bersendawa. 2. Sendawa supragastrik Sendawa supragastrik adalah …

Read More »

APA ITU PANKREATITIS?

Pankreas adalah organ yang mengeluarkan pelbagai hormon dan enzim bagi tujuan pencernaan. Keradangan pankreas dinamakan pankreatitis, dan ia menyebabkan pankreas tidak lagi dapat mengeluarkan hormon dan enzim untuk pencernaan. Pankreatitis boleh dikategorikan sebagai akut atau kronik. PANKREATITIS AKUT berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kiri abdomen (bahagian atas). Rasa sakit ini boleh merebak ke bahagian belakang. Selain rasa sakit, pesakit mungkin akan mengalami: 1. Loya 2. Muntah 3. Demam Pesakit akan mengalami rasa sakit yang kuat sehingga terpaksa ke hospital. Ramai pesakit menyangka ia adalah serangan gastritis, tetapi setelah buat ujian darah dan pemeriksaan radiologi, barulah diketahui …

Read More »

BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?

      BAHAYAKAH PRODUK VICKS PADA WANITA HAMIL?     “Assalamualaikum, doktor. Boleh kah ibu hamil pakai inhaler vick?. Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM.     Tidak semua produk vicks sesuai digunakan semasa hamiil. Namun begitu, banyak juga produk vicks yang selamat digunakan.     Terdapat beberapa produk vicks yang ada di pasaran digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat.     Saya mencadangkan puan membaca kandungan produk yang tertulis pada label pada produk tersebut. Cuma elakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada …

Read More »

UBAT SAKIT TEKAK TAK ADA?

UBAT SAKIT TEKAK TAK ADA? Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik. Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan. 1. MADU Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak. 2. KUMUR AIR GARAM KE TEKAK Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula 3. MINUM TEH Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang …

Read More »

SAKIT LUTUT DI KALANGAN WARGATUA

Sakit radang lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ biasa berlaku di kalangan wargatua. Ia sebenarnya sakit radang sendi lutut akibat daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur. Ia menjadi bertambah teruk apabila cecair dalam sendi menjadi berkurangan. Ini menyebabkan pesakit mengalami rasa sakit dan kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya. Oleh itu mereka yang mula mengalami sakit lutut osteoarthritis untuk mula: 1. Kurangkan berat badan. 2. Sentiasa melakukan senaman regangan untuk meningkatkan pergerakan sendi. 3. Suplemen seperti minyak ikan, vitamin E dan minyak zaitun bagi mengurangkan keradangan sendi dan meningkatkan cecair dalam sendi. 4. Jika sakit lutut terlalu …

Read More »

EMPAT TANDA TIDAK SESUAI MINUM SUSU LEMBU

Ramai yang percaya bahawa kita mendapat kesihatan yang baik apabila kita minum susu lembu kerana ia membekalkan protein dari kalsium yang tinggi. Namun begitu tidak semua orang sesuai minum susu lembu. Dikatakan lima peratus orang di dunia ini mempunyai masalah tidak dapat menghadamkan gula dari susu lembu (lactose intolarence). Simptom bagi masalah penghadaman laktos ini kebiasaannya berlaku dalam tempoh beberapa jam setelah mengambil makanan atau minuman yang mempunyai gula laktos (dari lembu). Ini termasuk: Perut berangin (kembung) Perut memulas Cirit-birit Loya dan muntah Kekerapan simptom di bergantung kepada jumlah pengambilan susu dan tahap sensitiviti seseorang terhadap gula laktosa dari susu. …

Read More »

ALAHAN PADA BIJIRIN OAT

Ramai orang yang mencuba mengambil bijiran oats setiap pagi sebagai sarapan. Ia juga dikatakan bagus untuk menurunkan kolesterol dalam darah. Namun tidak semua orang boleh mengambil bijiran oats sebagai makanan. Ada sebahagian kita mengalami alahan terhadap bijirin oats. Ini kerana mereka mempunyai alahan pada protein avenin yang ada pada oats. Jika kita mengambil bijirin oats dan mengalami sakit perut, cirit-birit dan juga keradangan kulit, kita mungkin mengalami alahan ini. Selain itu, gluten juga boleh menjadi penyebab alahan terhadap oat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bijiran oats tidak mempunyai gluten dalam komposisi mereka, tetapi memperoleh sebilangan bahan ini kerana proses pengeluarannya. …

Read More »

AIR KELAPA TIDAK SESUAI DIAMBIL BERSAMA UBAT ANTI-HIPERTENSI

AIR KELAPA TIDAK SESUAI DIAMBIL BERSAMA UBAT ANTI-HIPERTENSI Pengamalan minum air kelapa sangat bagus di kalangan pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi. Terdapat kajian ringkas yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi. Ini kerana kandungan potassium dalam air kelapa membantu mengembangkan saluran darah lalu merendahkan tekanan darah. Tetapi amalan minum air kelapa bersama pengambilan ubat anti-herpentensi mungkin boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah dari biasa. Ini menyebabkan rasa pening, tidak seimbang, rasa lemah dan mungkin pitam. Namun jarang boleh mengancam nyawa. Jika berlaku, cuba buat pemeriksaan tekanan darah. Baringkan pesakit. Angkat kaki dan …

Read More »

ULAMAN YANG MEMBANTU KESIHATAN KITA

ULAMAN YANG MEMBANTU KESIHATAN KITA Kita sekarang sudah jauh dari pola pemakanan yang ditunjukkan oleh datuk dan nenek kita. Jika dikaji secara mendalam, pemakanan tradisional kita adalah yang terbaik kerana ia bukan saja lengkap, tetapi juga seimbang dan bersederhana. Apa yang mungkin kita tidak perasan adalah hidangan semakin tidak mempunyai hidangan sayur-sayuran. Perkataan ulam itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang asing pada diri kita dan anak-anak kita. Ulam adalah bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga …

Read More »

BAHAYA DEGUPAN JANTUNG TIDAK SEKATA

Pernah perasan degupan jantung kita ada kalanya berdegup laju dan ada kalanya berdegup perlahan secara tidak sekata? Ia berbeza dengan keadaan apabila bila bersenam, degupan jantung laju kemudian menjadi perlahan ketika kita berehat. Degupan jantung yang tidak sekata menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa pada dada, rasa sukar bernafas dan menjadi resah. Sebenarnya mereka mungkin mengalami fibrilasi atrium (Afib) atau (AF), iaitu sejenis penyakit berpunca daripada degupan jantung tidak teratur (aritmia). Tidak ramai penduduk Malaysia yang mengalami masalah ini. Walaupun selalunya dialami oleh pesakit berumur 60 tahun, namun pola kesihatan sekarang menunjukkan ramai pesakit yang berusia 40an mengalaminya. Ia sangat …

Read More »

ADAKAH BISUL ITU BERBAHAYA?

Bisul berlaku apabila terdapat jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Bisul sebenarnya adalah nanah yang terkumpul pada permukaan bawah kulit. Ia disebabkan oleh kehadiran bakteria Staphylococcus aureus yang berkumpul pada liang rerambut pada kulit dan kulit mati yang menjadi media yang sesuai untuk kuman itu membiak. Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. terutama mereka yang mempunyai sistem imuniti badan yang lemah, kekurangan zat makanan dan pesakit diabetes. Bisul dirawat dengan penggunaan antibiotik yang bersesuaian. Doktor juga mungkin akan melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah. Bisul dapat dicegah dengan menjaga kebersihan diri dengan …

Read More »

MENCEGAH RISIKO MENDAPAT PENYAKIT AUTOIMUN KETIKA TUA

Apabila kita semakin berumur, beberapa perubahan hidup perlu dilakukan. Ia bukan saja mengurangkan risiko mendapat penyakit tetapi satu usaha memanjangkan umur kita agar kita hidup lebih bermanfaat. Antaranya adalah kita memilih makanan bernutrisi dan melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Tidur yang cukup, kawal stress dan ambil suplemen yang diperlukan. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Journal perubatan yang terkenal British Medical Journal (BMJ), pengambilan suplemen vitamin D dan Minyak Ikan Omega 3 membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit autoimun apabila semakin berusia. Kajian ini melibatkan 25,871 pesakit di mana—12,786 lelaki berusia lebih 50tahun, dan 13,085 wanita berusia 55 tahun ke atas. …

Read More »

BERHATI-HATI BILA MAKAN SUSHI

BERHATI-HATI BILA MAKAN SUSHI   Ramai orang yang menggemari makan shusi. Ia adalah makanan jepun yang dibuat dari pulut bersama makanan laut, daging atau sayuran mentah. Ia mempunyai rasa sedikit asam kerana dicampur dengan cuka beras.   Terdapat satu kes yang diterbitkan dalam Jurnal Kes Perubatan British, seorang lelaki Portugal berusia 32 tahun mengalami telur parasit di lapisan ususnya. Ini menyebabkan beliau mengalami sakit perut, muntah, dan demam selama seminggu. Doktor mengesyaki bahawa dia mungkin mengalami anisakiasis setelah mengakui meminati makan sushi.   Anisakiasis ialah satu penyakit parasit yang disebabkan oleh cacing yang boleh menyerang dinding perut atau usus manusia. …

Read More »

APAKAH PENYAKIT TB?

APAKAH PENYAKIT TB? Penyakit TB adalah jangkitan bakteria bakteria ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia disebarkan apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif itu batuk dan kuman disebar kan ke udara. Jika ia melibatkan paru-paru, ia dikenali sebagai Batuk Kering. Dalam istilah perubatan dinamakan Pulmonary tuberculosis. Bakteria ini TB boleh menjjangkiti semua organ dalam tubuh termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Antara gejala Pulmonari TB adalah: Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih Batuk berdarah Demam dan berpeluh pada waktu petang Hilang selera makan Turun berat badan Mudah letih Datang segera ke hospital untuk: 1. Ujian kahak 2. X-ray dada …

Read More »

SUSU ALTERNATIF BAGI PESAKIT GINJAL

  Susu yang terbaik sebagai pilihan alternatif bagi pesakit ginjal adalah susu berasaskan tumbuh-tumbuhan. Contohnya susu soya dan susu almond. Ini kerana kebanyakan susu tumbuhan mengandungi bahan phosphorus, kalsium dan potassium yang lebih rendah berbanding dengan susu yang bersumber haiwan. Oleh itu pesakit ginjal atau chronic kidney disease (CKD) harus menghadkan pengambilan susu dari haiwan. Tulang kita dibina dari kalsium dan phosphorus. Ketika ginjal berfungsi secara normal, tahap kedua-dua kalsium dan phosphorus dapat diseimbangkan dalam darah dan tulang. Apabila ginjal bermasalah, tahap phosphorus akan tinggi dalam darah. Ini kerana ia tidak dilepaskan ke dalam air kencing. Selain itu pesakit ginjal …

Read More »

KENCING SEMASA TIDUR

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Malam semalam dalam pukul 2. 30 pagi, suami saya berusia 44 tahun tersedar dan ingin buang air kecil. Tetapi di tempat tidur didapati tilam telah basah. Kainnya juga basah. Ini adalah kali pertama berlaku. Suami saya mengalami terkencing tanpa disedari semasa tidur. Mengapakah perkara ini terjadi? Terima kasih. Walaikumusalam. Kencing semasa tidur jarang berlaku pada orang dewasa. Jika ia pertama kali berlaku semasa dewasa ia dinamakan “secondary enuresis“. Jika ia berlaku beberapa kali mungkin sudah tiba masanya untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. Punca masalah ini mungkin : 1. Penyumbatan mana-mana bahagian dalam sistem pembuangan air kencing seperti …

Read More »

BOLEHKAH SERANGAN STROKE DIELAKKAN?

  Stroke tidak berlaku dengan sekelip mata. Proses mendapat serangan stroke bermula antara 10-15 tahun sebelum terjadinya stroke.   Sebagai contoh jika seorang itu mengalami stroke pada usia 55 tahun, proses untuk mendapat serangan stroke bermula ketika berumur 40-45 tahun, apabila pesakit tidak mengawal penyakit metabolik kronik mereka dengan baik.   Contoh penyakit metabolik yang kronik adalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol. Penyakit ini harus dikawal dengan baik. Jika tidak dalam masa 10-15 tahun, pesakit tersebut boleh mendapat serangan stroke.   Selain itu tabiat merokok dan minum arak haruslah dihentikan. Pastikan cukup rehat dan tidur, dan kawal stress dengan baik. …

Read More »

PUNCA UTAMA TANGAN KEBAS

1. Tangan berasa kebas adalah masalah di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Ia boleh bermula dari jari tangan ke lengan dan bahu. 2. Punca utama tangan kebas bagi mereka yang banyak menggunakan tangan ketika melakukan kerja yang berterusan adalah masalah ‘carpal tunnel syndrome’. Ini disebabkan saraf pada tangan mengalami sedikit tekanan. Masalah ini berlaku untuk sementara. Ia akan bertambah baik nanti jika diberikan rawatan yang betul. 3. Seseorang mungkin kekurangan vitamin B12 dalam badan dan menyebabkan masalah ini. 4. Kekurangan vitamin E juga menyebabkan masalah yang sama. 5. Kencing manis menyebabkan kebas pada bahagian kaki dan …

Read More »

AIR KENCING BERWARNA MERAH

Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh kehadiran sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan oleh: ✅ Hemoglobin (yang membawa oksigen dalam sel darah merah) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah ✅ Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot ✅ ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah) ✅ Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan) ✅ Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine. Jika mengalami air kencing berwarna merah, buatlah pemeriksaan air kencing. Semoga …

Read More »

EPILEPSI (SAWAN)

EPILEPSI (SAWAN)   Epilepsi adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa. Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan. Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi. Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental. Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri. PUNCA Epilepsi berpunca dari pelbagai faktor. Sebarang gangguan pada aktiviti normal neuron samada penyakit mahupun kecederaan otak boleh menyebabkan sawan. Sebahagian besar sawan tidak diketahui …

Read More »

BAHAYA ASID BORIK DALAM MI KUNING

1. Asid borik digunakan dalam industri makanan sebagai pengawet bagi tujuan bahan makanan itu menjadi tahan lama. Selain itu ia memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan tersebut.   2. Ia biasa digunakan dalam industri makanan terutamanya dalam pembuatan mi kuning, dan juga bebola ikan atau bebola makanan laut.   3. Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia asid borik ditemui sampel makanan seperti mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, dengan kepekatan kandungan yang berbeza. Mi kuning mempunyai kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.   4. Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet …

Read More »

BERLARI-LARI ANAK SETIAP HARI MAMPU JAUHI RISIKO PENYAKIT KRONIK

1. Setiap individu digalakkan untuk melakukan pergerakan fizikal atau bersenam untuk kekal sihat.   2. Sekurang-kurangnya melakukan senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas. (brisk walking).   3. Dalam satu kajian mendapati bahawa mereka yang melakukan brisk walking antara 5 hingga 10 minit setiap dapat menghindari dari pelbagai penyakit.   4. Dengan brisk walking saja dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular.   5. Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson.   6. Dalam panduan kesihatan American Health Association, setiap orang …

Read More »

KENCING BERDARAH MUNGKIN TANDA KANSER

1. Kencing berdarah atau ‘haematuria’ adalah tanda yang serius. 2. Adakala ia nampak jelas dan ada kala ia hanya dikesan melalui pemeriksaan di bawah mikroskop. 3. Jika darah kelihatan jelas dalam air kencing, ia mungkin tanda awal kanser pada sistem pembuangan air kecil, terutama bila sudah berumur 60 tahun ke atas. 4. Selain itu, kehadiran darah dalam air kencing selalunya diakibatkan oleh jangkitan kuman (disebut sbg kencing kotor) di kalangan wanita atau batu karang dan kanser (pundi kencing dan ginjal) di kalangan lelaki. 5. Lelaki berusia 60an, mengadu air kencingnya berwarna merah, sukar kencing akibat tersumbat dan air kencing bercampur …

Read More »

PERLUKAH PANTANG DALAM MERAWAT?

  Penyakit yang disebabkan pemakanan, ubatnya adalah pemakanan itu sendiri. Contoh diabetes, jika kita percaya puncanya gula maka gula perlulah dihentikan dari pemakanan. Bukan dikurangkan saja. Ini kerana setiap kali gula diambil akan menyebabkan lebih mudarat. Tahap gula sentiasa tinggi dalam darah. Jika kita tidak mengambilnya, tahap gula lebih rendah. Ketika bulan puasa, sebelum berbuka cuba periksa tahap gula dalam darah. Setelah tidak mengambil sebarang makanan (termasuk makanan berkarbohidrat) selama 14 jam, tahap gula menjadi normal walaupun tidak mengambil sebarang ubat. Bila ambil sekeping biskut atau satu cawan teh O (bergula sedikit) bacaan gula terus mencanak. Sebab itu tidak benar …

Read More »

DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN?

DOKTOR, ADAKAH PENGGUNAAN OVEN MIKROWAVE BERBAHAYA BAGI KESIHATAN? 1. Penggunaan oven microwave sangat mudah dan ringkas untuk memanaskan makanan dalam waktu yang singkat. 2. Oven microwave merupakan peralatan masak elektronik yang menghasilkan gelombang elektromagnetik kecil (mikro) untuk memanaskan makanan. Tidak seperti alat masak biasa, oven microwave tidak menggunakan api untuk memasak. Gelombang pada oven dihasilkan oleh pipa elektron dari dalam mesin, kemudian dipancarkan oleh interior oven yang dibuat dari besi. 3. Radiasi gelombang tersebut akan diserap oleh makanan dalam bentuk haba, sehingga menyebabkan partikel di dalam makanan bergerak dan menghasilkan lebih banyak energi panas. 4. Namun gelombang dari oven microwave …

Read More »

DOKTOR, APA ITU ECZEMA?

DOKTOR, APA ITU ECZEMA? 1. ECZEMA juga dikenali sebagai atopic dermatitis, kerana ia melibatkan sistem daya tahan yang terlalu memberikan tindakbalas terhadap punca alahan. 2. Tindakbalas ini menyebabkan keradangan yang terlalu kuat di lapisan bawah kulit. Jadi ruam yang kelihatan sebenarnya adalah sebahagian kecil keradangan yang lebih teruk. 3. Rasa gatal yang berlaku sebenarnya sedang menjadi sebahagian dari sistem daya tahan memberikan isyarat pada kulit. 4. Rasa gatal akan menyebabkan kita menggaru dan ini melukakan kulit. Bakteria dan virus akan lebih mudah masuk ke dalam kulit. 5. Ini menyebabkan kita rasa lebih gatal dan menggaru. 6. Antara tanda eczema yang …

Read More »

BOLEHKAH MEWARNA RAMBUT KETIKA HAMIL?

    Secara amnya, selamat bagi wanita hamil untuk mewarnakan rambut. Tetapi elok dilakukan selepas 12 minggu pertama kehamilan. Ini kerana selepas 12 minggu, kehamilan lebih stabil dan tidak mudah mengalami keguguran.   Dibimbangi jika dilakukan boleh berlaku keguguran atau kerosakan genetik.   Dalam pewarna rambut, ada bahan kimia toksik terutamanya dalam dos yang tinggi.   Walaupun bagaimanapun kebanyakan salon menggunakan bahan pewarna yang berdos rendah.   Jadi berhati-hatilah jika kehamilan belum mencapai 12 minggu. Jangan guna pewarna secara berlebihan.   #HealthDrZubaidi

Read More »

DOKTOR, APA ITU ACRYLAMIDE?

1. Baru-baru ini heboh mengenai beberapa biskut di Malaysia yang mengandungi acrylamide yang bersifat pro-kanser yang boleh menyebabkan kanser. 2. Biskut ini pula telah lama di pasaran dan dimakan sebagai kudapan sejak dulu lagi. 3. Tapi apakah sebenarnya acrylamide? Secara amnya acrylamide adalah sebatian yang terbentuk semasa pemanasan makanan yang berasaskan karbohidrat dan protein pada suhu melebihi 100 darjah Celsius, iaitu, semasa menggoreng, memanaskan dan membakar. 4. Pembentukan sebatian ini bergantung kepada tiga faktor. ✅ Faktor makanan: berlaku pada makanan yang kaya karbohidrat, dan makanan berprotein. Kedua-dua makanan ini apabila terdedah pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia dipanggil de Maillard, yang …

Read More »

SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS

SARCOPENIA PUNCA RASA LEMAH DAN KETIDAKUPAYAAN PADA WARGAMAS Sejak bermula kita lahir sehingga kita berusia 30an, otot-otot kita akan membesar dan bertambah kuat. Namun tidak lama selepas itu, jisim otot kita akan berkurangan dan kita mula bertambah lemah. APA ITU SARCOPENIA Sarcopenia adalah keadaan di mana kehilangan jisim otot (skeletal muscle) dan fungsinya secara progressive. Ia selalunya berlaku pada wargamas, namun ia mungkin bermula pada usia yang lebih muda. Ia akan menyebabkan masalah ketidakupayaan, kualiti hidup yang rendah dan kematian. Kehilangan otot ini mungkin Bersama dengan peningkatan penyimpanan lemak dalam tubuh. Ini menyebabkan tubuh tidak mengalami penurunan berat badan tetapi …

Read More »

DOKTOR, APA MAKANAN YANG MENYEBABKAN GAS DALAM PERUT?

1. Secara umumnya, makanan yang berangin adalah makanan yang mengandungi gula tertentu (fruktosa, laktosa, raffinose dan sorbitol) dan / atau serat larut.   2. Bahan-bahan ini tidak dicerna dalam perut tetapi hanya dicernakan dalam usus oleh bakteria. Ini yang menghasilkan angin dalam usus.   4. Namun tidak semua orang mengalami gas. Dan oleh kerana makanan-makanan ini juga bernutrisi, jika kita ada masalah angin apabila memakannya, saya nasihatkan agar ambil dalam kuantiti yang sederhana. Jika tidak, kita mungkin mengalami masalah nutrisi.   4. Sayuran berikut adalah mungkin memberi gas dalam usus kerana mengandungi gula raffinose dan / atau fruktosa. 👉 Artichokes …

Read More »

BILA MASALAH PENGHADAMAN MEMERLUKAN PEMERIKSAAN LANJUT?

  Lakukan pemeriksaan doktor jika anda mengalami simptom dan gejala seperti di bawah:   Muntah yang semakin kerap   Mengalami kesulitan menelan   Berat badan menurun dengan cepat tanpa sebab   Cirit-birit pada malam hari   Najis berdarah   Datang bersama rasa sukar bernafas dan jantung berdebar-debar   Datang bersama kulit yang pucat   Ada benjolan pada abdomen atau abdomen membengkak (kembung)   Rasa sakit perut yang tidak lega setelah kentut atau buang air besar     #HealthDrZubaidi     Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan …

Read More »

BAHAYA GULA PUTIH

BAHAYA GULA PUTIH     Gula putih atau gula pasir adalah sumber tenaga bagi tubuh manusia. Nama lainnya sukrosa. Iaitu gabungan gula ringkas fruktosa dan glukosa.     Gula putih adalah bahan yang diperolehi dari pemprosesan tebu.     Pengambilan gula lebih berbahaya kerana cepat meresap masuk ke dalam tubuh. Jika diambil secara berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan terutama pada pesakit diabetes.     Gula mampu memberikan perasaan seronok dan mengurangkan stress. Oleh kerana kesedapan di lidah, ramai orang ketagihan. Ini dinamakan sugar craving yang menyebabkan kita menambahkan lebih banyak gula dalam minuman kita.     Pengambilan gula secara berlebihan …

Read More »

SAKIT GINJAL DI USIA MUDA

      Semalam ada kes pesakit umur 24 tahun ada masalah ginjal. Dia tidak sedar yg dia ada masalah batu dalam ginjal sekian lama. Tiada rasa sakit. Cuma kebanyakan masa, air kencingnya keruh.   Bila ditanya rupanya hari-hari minum air gas dalam tin.   Mengikut kajian, mereka yang gemar minum air bergas cola lebih mudah untuk mendapat masalah karang di buah pinggang.   Ini kerana minuman sebegitu mengandungi asid fosforik yang boleh merangsangkan pembentukan batu.   Pembentukan batu karang dalam ginjal tanpa disedari akan melengahkan pesakit unyuk mendapat rawatan segera. Ini akan menyebabkan masalah fungsi ginjal yg tidak normal …

Read More »

PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK   ✅ PROBIOTICS merujuk kepada bakteria baik yang terdapat dalam makanan dan menjadi sebahagian dari dalam sistem pencernaan kita.   ✅ Ia mewujudkan satu ekosistem dalam usus besar yang seimbang bagi mengawal populasi bakteria berbahaya supaya tidak menjadi terlalu banyak dan memberikan kemudaratan pada tubuh.   ✅ PREBIOTICS  adalah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan dalam usus dan menjadi makanan kepada kuman baik.   ✅ PROBIOTICS adalah makanan yang sudah menjalani proses penapaian (fermentation). Dalam proses ini lebih banyak kuman baik dibiakkan.   ✅ PREBIOTICS adalah makanan yang belum diproses. Pencernaan dalam sistem penghadaman yang menjadikan ia makanan kepada bakteria baik.   ✅Contoh makanan Probiotik …

Read More »

DOKTOR, SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH KUARANTIN, ADAKAH SAYA BOLEH MENJANGKITI ORANG LAIN?

DOKTOR, SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH KUARANTIN, ADAKAH SAYA BOLEH MENJANGKITI ORANG LAIN? Cara terbaik buatlah pemeriksaan PCR di akhir tempuh kuarantin. Pesakit COVID-19 yang telah disahkan sembuh (negatif ujian PCR) sudah tidak menjangkiti orang lain. Ini kerana virus sudah tiada dalam badan anda. Tetapi risiko dijangkiti semula tetap ada walaupun antibodi semulajadi telah diperolehi melalui jangkitan COVID-19. Bekas pesakit COVID-19 yang negatif ini, bukan saja tidak akan menjangki tetaou mempunyai antibodi khusus terhadap COVID-19. Menurut panduan KKM, bekas pesakit COVID-19 dinasihatkan untuk mengambil vaksin selepas 3 bulan kerana dipercayai antibodi semulajadi yang terbentuk itu akan berkurangan mengikut masa. Semoga bermanfaat. …

Read More »

DOKTOR, APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI KANSER LIMFOMA?

Kanser Limfoma ialah sejenis kanser yang berkaitan dengan sel darah putih. Ia menyebabkan bilangan sel darah putih meningkat dengan banyak. Terdapat pelbagai jenis kanser limfoma, tetapi yang biasa berlaku adalah:Jenis Hodgkin (Hodgkin Lymphoma)Bukan jenis Hodgkin (Non-hodgkin lymphoma) Para saintis masih lagi belum pasti punca sebenar penyakit ini. Namun, mereka mendapati terdapat beberapa faktor telah dikenalpasti. individu berusia 60 tahun ke atas (bagi Limfoma Jenis Bukan Hodgkin) individu berusia 15 hingga 40 tahun (bagi Jenis Hodgkin) individu yang menghidap penyakit yang melemahkan sistem daya tahan contohnya pesakit HIV, atau seorang penerima rawatan selepas transplantasi organ. individu yang mempunyai penyakit autoimmune seperti …

Read More »
error: Content is protected !!