SUSU ALTERNATIF BAGI PESAKIT GINJAL

 

Susu yang terbaik sebagai pilihan alternatif bagi pesakit ginjal adalah susu berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Contohnya susu soya dan susu almond. Ini kerana kebanyakan susu tumbuhan mengandungi bahan phosphorus, kalsium dan potassium yang lebih rendah berbanding dengan susu yang bersumber haiwan.

Oleh itu pesakit ginjal atau chronic kidney disease (CKD) harus menghadkan pengambilan susu dari haiwan.

Tulang kita dibina dari kalsium dan phosphorus. Ketika ginjal berfungsi secara normal, tahap kedua-dua kalsium dan phosphorus dapat diseimbangkan dalam darah dan tulang.

Apabila ginjal bermasalah, tahap phosphorus akan tinggi dalam darah. Ini kerana ia tidak dilepaskan ke dalam air kencing.

Selain itu pesakit ginjal tidak dapat merangsangkan vitamin D kepada struktur vitamin D yang aktif. Ini juga menyebabkan penyerapan kalsium dari makanan ke dalam darah menjadi kurang.

Tahap kalsium dalam darah yang rendah akan menyebabkan kalsium keluar dari tulang (untuk meninggikan tahap kalsium dalam darah).

Peningkatan kalsium dan phosphorus dalam darah pula menyebabkan “calcification” atau pembentukan kristal kalsium dalam tubuh.

Oleh itu bagi pesakit ginjal berhati-hati mengambil produk yang mempunyai tahap phosphorus yang tinggi.

Keperluan phosphorus bagi orang dewasa adalah lebih kurang 1000mg sehari.

Contoh tahap phosphorus dalam produk susu dalam satu gelas air 250ml.

Produk              Phosphorus         Potassium

Cow Milk              230 mg               400 mg

Almond Milk         20 mg                180 mg

Selain itu susu haiwan mempunyai tahap potassium yang tinggi. Tahap potassium yang tinggi dalam darah dikenali sebagai “hyperkalemia” dan boleh menyebabkan gangguan saraf dan otot jantung.

Selain dari susu, produk tenusu seperti keju, makanan segera, air bergas, benih (seeds), daging merah dan ikan sardin yang ditinkan mengandungi banyak phosphorus.

Jadi pilihlah susu berasaskan tumbuh-tumbuhan jika mengalami masalah penyakit ginjal.

#HealthDrZubaidi

 

Check Also

TEKAK BERLENDIR? ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH POST-NASAL DRIP?

1. Anda mungkin mengalami masalah lendir yang pekat dan melekat di tekak, dan membuatkan anda …

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: