Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

PERBEZAAN ANTARA PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

 

✅ PROBIOTICS merujuk kepada bakteria baik yang terdapat dalam makanan dan menjadi sebahagian dari dalam sistem pencernaan kita.

 

✅ Ia mewujudkan satu ekosistem dalam usus besar yang seimbang bagi mengawal populasi bakteria berbahaya supaya tidak menjadi terlalu banyak dan memberikan kemudaratan pada tubuh.

 

✅ PREBIOTICS  adalah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan dalam usus dan menjadi makanan kepada kuman baik.

 

✅ PROBIOTICS adalah makanan yang sudah menjalani proses penapaian (fermentation). Dalam proses ini lebih banyak kuman baik dibiakkan.

 

✅ PREBIOTICS adalah makanan yang belum diproses. Pencernaan dalam sistem penghadaman yang menjadikan ia makanan kepada bakteria baik.

 

✅Contoh makanan Probiotik adalah produk susu kultur, produk susu difermentasi, yogurt, kimchi (makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa), Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kubis yang difermentasi) dan tapai pulut.

 

✅Sementara contoh prebiotik pula adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat, bawang putih, bawang besar, asparagus, pisang, kekacang dan bijirin.

 

✅Jadi kita perlu mengambil PREBIOTICS dan PROBIOTICS yang secukupnya bagi memastikan jumlah bakteria baik cukup dalam usus kita dengan pemakanan diet yang baik.

 

Semoga bermanfaat.

 

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: