BERPUASA MENJADIKAN KITA SIHAT

✅ Pada masa lampau, amalan berpuasa sangat berkait rapat aspek ibadah kepada Tuhan. Ia telah diamalkan ribuan tahun lalu.

✅ Bagi umat Islam, amalan berpuasa adalah satu ibadah yang menahan diri dari makan dan minum serta meninggalkan perkara yang terlarang ketika berpuasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

✅ Selain Ramadan, amalan berpuasa sunat juga digalakkan pada hari-hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis.

✅ Tujuan utama berpuasa adalah untuk menunaikan kewajipan dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.Selain itu, puasa juga memberikan kesihatan pada tubuh badan.

✅ Menurut jurnal penyelidikan terkemuka Science, puasa boleh mengekalkan kesihatan dengan:

👉 risiko jangkitan kuman dapat dikurangkan

👉 mampu meningkatkan tahap hormon pertumbuhan (growth hormone) dalam darah sehingga lima kali ganda untuk pembentukan tisu otot

👉 mampu mendorong penurunan ketara paras insulin dalam darah yang sekali gus membantu pembakaran lemak.

✅ Puasa juga membolehkan badan membersihkan pelbagai sisa toksin dan mengitar semula komponen sel yang rosak. Proses ini dikenali sebagai ‘autofagi’ atau ‘memakan diri sendiri’ di mana sel akan menghancurkan komponennya yang tidak berfungsi melalui proses kitar semula.

✅Menariknya, proses ini hanya boleh dimulakan dari ‘kebuluran’ sel itu sendiri, dan puasa adalah salah satu faktor utama yang membantu memulakan proses autofagi. Ia dianggap sebagai proses detoksifikasi semula jadi.

✅ Baru-baru ini, seorang ahli biologi sel dari Jepun, Yoshinori Ohsumi memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada Oktober tahun 2016 berjaya membuktikan penemuan ini.

✅ Seorang Muslim akan mendapat kedua-dua manfaat kesihatan rohani dan fizikal jika ia mengamalkan puasa dengan niat yang betul.

✅ Manfaat kesihatan adalah ganjaran diberikan kepada manusia hanya dengan kehendak Allah SWT. Oleh yang demikian, kita perlu menyemai keikhlasan kepada Allah dalam setiap ibadah.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!