Puasa

BERPUASA MENJADIKAN KITA SIHAT

Pada masa lampau, amalan berpuasa sangat berkait rapat aspek ibadah kepada Tuhan. Ia telah diamalkan ribuan tahun lalu. Bagi umat Islam, amalan berpuasa adalah satu ibadah yang menahan diri dari makan dan minum serta meninggalkan perkara yang terlarang ketika berpuasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Selain Ramadan, amalan berpuasa sunat juga digalakkan pada hari-hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis. Tujuan utama berpuasa adalah untuk menunaikan kewajipan dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah.Selain itu, puasa juga memberikan kesihatan pada tubuh badan. Menurut jurnal penyelidikan terkemuka Science, puasa boleh mengekalkan kesihatan dengan: risiko jangkitan kuman dapat dikurangkan mampu meningkatkan tahap …

Read More »

BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA

BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA Assalamualaikum Dr. Apa cdgn pemakanan di bulan puasa bg pesakit mudah jadi hypoglisemia. Terima kasih. Walaikumusalam. Hipoglisemia selalunya berlaku pada pesakit diabetes yang mengambil berlebihan dos atau tidak makan apa-apa makanan selepas mengambil ubat diabetes. Pesakit diabetes selalunya mengalami kenaikan gula selepas makan. Ubat diabetes diberikan untuk menurunkan gula. Ketika berpuasa, kita hanya makan ketika bersahur dan berbuka. Penjarakan pemakanan ini saja sudah cukup merendahkan tahap gula dalam tubuh. Dengan pengambilan ubat diabetes ketika berpuasa akan merendahkan gula ke tahap lebih rendah sehingga menyebabkan hipoglisemia. Hipoglisemia adalah keadaan yg amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian. Saya mencadangkan …

Read More »

BERAT BADAN TURUN SELEPAS BERPUASA

BERAT BADAN TURUN SELEPAS BERPUASA Assalamualaikum doktor. Beràt badàn sebelum puasa 64kg. Mlm tadi timbang 61kg. Adakah ia normal? Terima kasih.   Walaikumusalam.   Kehilangan berat badan adalah normal sepanjang berpuasa kerana kita tidak makan dengan kerap. Ini mengurangkan jumlah kalori yang diambil.   Namun ia hanya kehilangan air sahaja, puan. Bukan kehilangan lemak yang tersimpan. Kadar kehilangan berat bergantung kepada jenis makanan yang kita ambil.   Jadi ia adalah normal untuk kehilangan antara 3-5 kg sepanjang berpuasa akibat dehidrasi. Bimbang berat akan naik mendadak pada minggu pertama syawal spabila kita mula minum seperti biasa.   Amalkan banyak sayur, buah, …

Read More »

Manfaat Mengambil Tembikai Ketika Berbuka (iftar)

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR) Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini. Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan. Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya. Mengikut kajian sains pula , buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan …

Read More »

Berpuasa Memanjangkan Umur

BERPUASA DAN PANJANG UMUR         Kajian awal secara saintifik tentang puasa hanya dilakukan pada tahun 1945.  Itu pun menggunakan tikus dalam makmal sebagai sampel ujikaji. Ini menunjukkan bahawa sains barat agak lambat dalam membukti kebaikan amalan berpuasa, sedangkan amalan ini telah lama dilakukan dan memberikan manfaat berkurun-kurun lamanya.   Ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan kerana selama ini sains barat memisahkan antara agama dan kehidupan. Mereka menyanggah kebaikan amalan beragama, padahal mereka tidak melakukan kajian tentang amalan beragama ini yang banyak memberikan manfaat pada generasi sebelum mereka.   Kembali kepada kajian yang dilakukan pada tahun 1945 …

Read More »

Puasa sebagai bonus untuk kesihatan

  Kebanyakan pakar bukan beragama Islam mencadangkan orang lain agar berpuasa kerana mendapati puasa menyumbang pelbagai manfaat kepada kesihatan. Sebab itulah terdapat pelbagai jenis puasa untuk kesihatan seperti makan malam awal dan tidak mengambil sarapan atau berpuasa tetapi dibenarkan mengambil jus tertentu.  Puasa yang mereka cadangkan ialah antara 14-16 jam sehari dan paling lewat hingga mencecah 36 jam. Kajian dan pemerhatian mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Antara lain puasa Ramadan yang dilakukan setiap hari didapati membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula darah bagi penghidap diabetes. Dengan berpuasa selama sebulan penghidap diabetes misalnya dikatakan berupaya merendahkan paras gula kepada …

Read More »

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA   “Salam doktor. Apa kesan kesihatan seseorang yang tidur selepas bersahur?”   WALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang. Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, …

Read More »
error: Content is protected !!