Advertorial
Home » Puasa » BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA

BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA

BERPUASA DAN HIPOGLISEMIA

Assalamualaikum Dr. Apa cdgn pemakanan di bulan puasa bg pesakit mudah jadi hypoglisemia. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Hipoglisemia selalunya berlaku pada pesakit diabetes yang mengambil berlebihan dos atau tidak makan apa-apa makanan selepas mengambil ubat diabetes.

Pesakit diabetes selalunya mengalami kenaikan gula selepas makan. Ubat diabetes diberikan untuk menurunkan gula.

Ketika berpuasa, kita hanya makan ketika bersahur dan berbuka. Penjarakan pemakanan ini saja sudah cukup merendahkan tahap gula dalam tubuh.

Dengan pengambilan ubat diabetes ketika berpuasa akan merendahkan gula ke tahap lebih rendah sehingga menyebabkan hipoglisemia.

Hipoglisemia adalah keadaan yg amat berbahaya kerana boleh menyebabkan kematian.

Saya mencadangkan bagi yang mengalami hipoglisemia pada waktu tengahari atau petang, ambil hanya separuh dos ubatĀ  ketika bersahur. Boleh ambil ubat dos penuh pada berbuka jika mengambil ubat diabetes dua kali sehari.

Semoga menjawab soalan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: