Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA

PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA

PANDUAN BERSENAM KETIKA BERPUASA BULAN RAMADAN UNTUK PESAKIT KRONIK DAN WARGA TUA

Bagi pesakit kronik dan warga tua (berusia 65 tahun ke atas) saya mencadangkan agar melakukan senaman ringan. Ia juga sesuai untuk mereka yang jarang bersenam (tiada stamina). Lakukan perlahan-lahan dan tingkat aktiviti bila sudah ada stamina.

Senaman ringan adalah senaman yang tidak menggunakan kekuatan otot dan memerlukan tenaga yang banyak.

Contoh berjalan (brisk walking) 2.5 batu/jam, berkebun, menaiki basikal kurang 10 batu/jam, atau bermain badminton santai.

American Heart Association mencadangkan agar kita melakukan sekurang-kurangnya sebanyak 150 minit dalam seminggu. Jika kita buat dalam 5 hari, bermakna 30 minit setiap hari. Jika kita lakukan setiap hari, cukup lakukan 21.5 minit.

Kalau kita bekerja di pejabat, lepas turun dari kereta kita boleh buat brisk walking selama 10 minit ke bangunan ofis. Lepas waktu kerja, kita boleh berjalan ke kereta dgn ala brisk walking selama 10 minit ke kereta.

Kalau kita warga pencen, kita boleh berjalan ala brisk walking ke masjid. Pergi 10 minit dan balik 10 minit. Itu untuk satu waktu. Kalau lima waktu, kita sudah berjalan sejam 40 minit.

(Saya cadangkan elakkan guna motorsikal atau kereta ke masjid. Datang lebih awal agar tidak ketinggalan takbiratul ula iaitu takbiratul ihram pertama bersama imam)

Apakah tanda bahaya bila kita bersenam ketika berpuasa?

  1. Bila rasa terlalu letih. Mungkin tahap gula menurun.
  2. Bila rasa sukar bernafas. Mungkin ada masalah dengan paru-paru.
  3. Bila rasa sakit dada. Mungkin ada serangan jantung yang minima (minor heart attack)
  4. Bila rasa sakit kepala atau pening. (Ada perbezaan antara sakit kepala dan pening). Mungkin tekanan darah meningkat atau menurun dengan tiba-tiba.
  5. Degupan jantung terlalu laju.

Bagaimanapun kita pantau degupan jantung kita ketika bersenam bergantung kepada umur. Kita harus target antara 50-85 peratus dari degupan jantung yang maksima.

Sebagai contoh, saya berumur 50 tahun, maksima degupan jantung yang dibenarkan adalah 170 degupan setiap minit. Tapi saya target antara 85-145. Tapi saya cadangkan bagi mereka yang tak biasa bersenam, target antara 50-65%. Kemudian perlahan-lahan tingkatkan sehingga 85% bila stamina kita bertambah baik.

Boleh rujuk pada graf di bawah, rujukan dari American Heart Association.

Bilakah masa sesuai untuk bersenam ringan atau senaman cara santai?

Boleh lakukan pada bila-bila masa. Bila ada tanda-tanda yang saya sebutkan tadi, kita boleh berhenti. Kalau senaman berat dan agresif, kena lebih berhati-hati. Saya melarang melakukan senaman berat bagi pesakit kronik ketika berpuasa.

Masa yang sesuai untuk bersenam ringan adalah satu atau dua jam lepas berbuka dengan syarat kita tidak makan makanan yang lebih berat. Jika kita makan berat, mungkin kita perlukan masa 3-4 jam sebelum melakukan senaman berat.

Contohnya, kita berjalan kaki pergi dan balik ke masjid untuk berterawih.

Kita boleh lakukan senaman ketika berpuasa. Jangan risau. Pastikan kita tidak melakukan senaman berat atau agresif. Boleh lakukan aktiviti berkebun, mengemas rumah atau berjalan ke masjid atau kedai. Bila kita biasa buat, kita tahu setakat mana kemampuan kita.

Bagi pesakit diabetes, jika mengambil ubat yang dimakan atau suntikan insulin, bila melakukan senaman, tahap gula boleh turun secara mendadak. Jadi berhati-hati.

Begitu juga dengan pesakit tekanan darah tinggi. Senaman dengan ubat boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah dengan serta merta.

Elakkan lakukan senaman di tengah panas terik kerana menyebabkan kita menjadi terlalu haus.

Rehat bila rasa penat. Jangan keterlaluan melakukan aktiviti senaman.

Akhirnya, jangan sebab bersenam kita tinggalkan ibadah wajib dan sunat. Atau sehingga terpaksa membatalkan puasa.

Semoga bermanfaat.

-Dr Hj Zubaidi Hj Ahmad

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: