BERAT BADAN TURUN SELEPAS BERPUASA

BERAT BADAN TURUN SELEPAS BERPUASA

“Assalamualaikum doktor. Beràt badàn sebelum puasa 64kg. Mlm tadi timbang 61kg. Adakah ia normal? Terima kasih.”

 

Walaikumusalam.

 

Kehilangan berat badan adalah normal sepanjang berpuasa kerana kita tidak makan dengan kerap. Ini mengurangkan jumlah kalori yang diambil.

 

Namun ia hanya kehilangan air sahaja, puan. Bukan kehilangan lemak yang tersimpan. Kadar kehilangan berat bergantung kepada jenis makanan yang kita ambil.

 

Jadi ia adalah normal untuk kehilangan antara 3-5 kg sepanjang berpuasa akibat dehidrasi. Bimbang berat akan naik mendadak pada minggu pertama syawal spabila kita mula minum seperti biasa.

 

Amalkan banyak sayur, buah, minyak sihat dan daging putih. Insyaallah bukan saja kehilangan berat badan, mungkin juga kehilangan penyakit-penyakit kronik kerana dengan berpuasa kita menjadi lebih sihat.

 

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!