
PERLUKAH AMBIL UBAT BERDASAR PEMERIKSAAN MENGGUNAKAN MESIN SEGERA?
Assalamualaikum doktor. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan kolestrole di sebuah farmasi. Bacaan agak tinggi. Bolehkah saya menerima rawatan ubat-ubatan berdasarkan keputusan ini? Terima kasih atas respon doktor.
Walaikumusalam. Bacaan tahap kolestrol menggunakan mesin pengukur kolestrol sebegini adalah tidak tepat. Ia hanya untuk saringan. Rawatan ubat anti-kolestrol tidak boleh diberikan berdasarkan keputusan pemeriksaan ini.
Ia hanya menunjukkan bacaan jumlah (total) cholestrole secara rawak, menggunakan darah di hujung jari.
Oleh kerana ia bersifat saringan, saya mencadangkan tuan melakukan pemeriksaan yang lebih lengkap.
Ujian darah yang diambil dari saluran darah vena selepas berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam memberikan keputusan yang lebih tepat dan lengkap.
Ujian darah ini dinamakan Lipid Profile yang merangkumi Total Cholestrole, LDL, HDL, Trigliceride dan ratio TC/HDL.
Ratio TC/HDL akan memberikan nilai kebarangkalian seseorang pesakit mendapat serangan sakit jantung dalam masa terdekat.
Dengan pemeriksaan ini juga doktor akan merancang rawatan, dari segi pemakanan, dan ubat-ubatan.
Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.
#HealthDrZubaidi