ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?

Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil.

Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius.

Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang.

Walaupun kebanyakan wanita yang hamil  yang mengalami selsema akibat jangkitan virus  tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia).

Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus. Harap ia hanya alahan pada habuk dan cuaca sejuk.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!