Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » APA ITU VERTIGO?

APA ITU VERTIGO?

APA ITU VERTIGO?

Jika kita pernah mengalami diri berada di awangan dan ruang sekeliling berpusing-pusing, itulah yang dikatakan sebagai vertigo.

Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada tanda (simptom) berlaku jika kita mengalami masalah keseimbangan tubuh.

Terdapat dua jenis vertigo, iaitu vertiga disebabkan oleh masalah dalam otak (central vertigo) dan vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak (periphery vertigo).

Vertigo yang disebabkan oleh masalah dalam otak, lebih berbahaya. Antaranya adalah penyakit multiple sclerosis, serangan strok dan tumor dalam otak.

Vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak berpunca dari masalah di bahagian organ yang menjaga keseimbangan tubuh yang berada dalam telinga iaitu vestibular. Ia juga mungkin disebabkan oleh masalah pada saraf yang menghantar maklumat ke otak.

Tiada ubat yang spesifik untuk mengatasi masalah vertigo. Kebanyakannya hanya mengurangkan keradangan yang berlaku dan mengurangkan rasa pening dan loya.

1. Ubat antihistamin seperti dimenhydrinate dan diphenydramine. Ia mengurangkan rasa berpusing dan rasa mual mahu muntah. Ia juga boleh menyebabkan mulut menjadi kering dan mengantuk.

2. Ubat steroid methylprednisolone. Pakar ENT tidak dapat menjelaskan punca sebenar masalah vertigo dengan tepat dan mengatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh keradangan pada organ vestibular. Oleh itu steroid diberikan untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan fungsi vestibular.

Bagi pesakit Meniere’s ( iaitu kombinasi masalah vertigo, bunyi berdesing dan pendengaran terjejas) doktor memberikan beberapa ubat sebagai pencegahan.

Pertama, ubat diuretik seperti kombinasi hydrochlorothiazide dan triamterene.

Kedua, ubat betahistine iaitu sejenis histamin analog.

Ubat-ubatan ini mengurangkan tekanan cecair yang wujud di bahagian dalam telinga dan perlu diambil secara berterusan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor.

Terdapat juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat sintetik yang boleh menyebabkan vertigo.

Antaranya adalah:


Antibiotik – kumpulan aminoglikosida, makrolida dan sulfamethoxazole.

Anti-sawan – levetiracetam dan phenytoin.

Ubat tahan sakit dan steroid – celecoxib, naproxen
dan prednisolone.

Anti-viral – oseltamivir.

Anti-hipertensi dan ubat jantung – nifedipine, frusemide dan glyceryl trinitrate.

Sekiranya pesakit mengalami vertigo setelah pengambilan ubat-ubatan ini, bertanya semula pada doktor yang merawat bagi mendapatkan ubat sintetik yang lebih sesuai.

Ada juga pesakit yang tidak berkurangan dengan ubat sintetik yang diberikan. Saya mencadangkan pengambilan vitamin D. Vitamin B12 juga didapati membantu pesakit vertigo yang mengalami kekurangan vitamin B12. Ia selalunya terdapat pada suplmen multivitamin dan mineral.

Selain itu vitamin C dan vitamin E adalah vitamin bersifat anti-keradangan yg baik.

rujukan:

  1. Thompson TL, Amedee R. Vertigo: a review of common peripheral and central vestibular disorders. Ochsner J. 2009;9(1):20-26.
  2. Sheikhzadeh M, Lotfi Y, Mousavi A, Heidari B, Monadi M, Bakhshi E. Influence of supplemental vitamin D on intensity of benign paroxysmal positional vertigo: A longitudinal clinical study. Caspian J Intern Med. 2016;7(2):93-98.
  3. Mahmud K, Ripley D, Doscherholmen A. Paroxysmal Positional Vertigo in Vitamin B12 Deficiency. Arch Otolaryngol. 1970;92(3):278–280

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: