
TIDAK PERLU SUNTIKAN INSULIN LAGI
Pagi ini saya bersyukur kerana ada pesakit saya yang sudah dihentikan pengambilan suntikan insulin kerana tahap gulanya semakin baik. Doktor yg merawat hanya teruskan ubat pil dalam dos yang sederhana.
Sebelum ini tahap gula yang melonjak. FBS 15, HbA1c 9.5%. Semenjak tiga bulan lepas sudah mula melakukan Diet Intermittent Fasting dan terus bersambung puasa Ramadhan. Bacaan FBS sudah 8, dsn HbA1c sudah 6.5%.
Beberapa minggu lepas beliau seringkali mengalami keadaan hipoglisemia, sehingga doktor merawat mengambil keputusan untuk menghentikan suntikan insulin.
Antara faktor keadaannya yang menyebabkan gula bertambah baik adalah pengamalan penjarakan makanan (dengan berpuasa syarie dan berdiet Intermittent Fasting) dan kawalan kalori (calory restriction).
Dalam ceramah perkongsian saya, selalu menekankan bahawa tidak cukup dengan hanya berpuasa, tetapi perlu juga menjaga pemakanan ketika bersahur dan berbuka.
Bersederhana dalam pemakanan. Itulah kuncinya. Pengambilan karbo ringkas seperti nasi seharusnya tidak melebihi 30 peratus jumlah kalori yang diambil.
Banyakkan karbo kompleks seperti sayur dan ulam. Pastikan ada buah dalam hidangan seperti betik, nanas, jambu batu, epal, pisang dan tembikai. Cari buah yang banyak serat dan kurang manis. Sayur dan buah memberikan kita vitamin, mineral dan phytonutrien.
Air kosong 2.5 L bagi memberikan hidrasi tubuh agar tidak letih dan mampu mengelakkan kita mudah lapar.
Ambil minyak zaitun sebagai sumber minyak sihat. Gantikan gula putih dengan ekstrak stevia.
Itu antara nasihat yang pernah saya berikan kepada beliau. Saya percaya jika beliau meneruskan budaya pemakanan begini, insya Allah ubat pil pun dapat diminimakan malah berkemungkinan tidak perlu lagi ubat mengawal gula.
Insya Allah. Boleh dapatkan olevastevia dari staf saya atau saya sendiri.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
HP 0197022391
19 April 2021.
#HealthDrZubaidi
IKLAN
Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Oleva Stevia sebagai alternatif pengganti gula putih yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.