Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » BAYI SAYA MENELAN DUIT SYILING

BAYI SAYA MENELAN DUIT SYILING

BAYI SAYA MENELAN DUIT SYILING

“Assalamualaikum dr, maaf menganggu. Maaf juga terpaksa bertanya dr, sebab sy tidak tahu nak refer pd siapa. Baru sekejap ni anak saya darjah 1 kata dia tertelan duit syiling 10sen. Sy tanya pd dia ada rasa apa2 tak, dia kata takda apa & keadaan dia spt biasa shj.

Adakah berbahaya pd dia, dr? Perlukah saya bw dia utk pemeriksaan? Adakah syiling itu perlu dikeluarkan atau akan keluar sendiri bila dia buang air besar nanti? Mohon pandangan & nasihat dr dr. Terima kasih byk2 dr.”

Walaikumusalam.

Kanak-kanak yang sudah merangkak dan mula berjalan adalah peringkat umur yang perlu diberikan perhatian. Ini kerana mereka gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut. Jadi kejadian menelan butang, bateri kecil dan syiling adalah sesuatu yang biasa berlaku jika kita tidak memberikan perhatian pada anak-anak ini.

Namun jika kita nampak dan pasti kejadian ini berlaku, mudah untuk kita mengambil tindakan untuk membawanya ke hospital.

Bagaimana jika kita tidak pasti sama ada bayi kita menelan benda-benda tersebut? Oleh itu kita boleh perhatikan tanda-tandanya.

Bagi kanak-kanak yang lebih besar dan mampu betkomunikasi, lebih mudah menguruskannya berbanding dengan kanak-kanak kecil yang belum boleh berkomunikasi.

Ada dua perkara yang mungkin berlaku. Sama ada ia boleh masuk ke dalam saluran pernafasan atau masuk ke dalam saluran penghadaman (esofagus, perut, usus kecil dan usus besar).

Jika benda-benda tadi masuk ke dalam saluran pernafasan, ia adalah suatu yang emergency. Ini kerana kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah pernafasan.

Tanda awal adalah kanak-kanak itu mengalami batuk yang kuat, pernafasan berbunyi, banyak air liur yang keluar dan kanak-kanak itu menjadi tidak aktif.

Benda tersebut masuk ke dalam saluran penghadaman, ia mungkin tersekat pada saluran esofagus, saluran usus kecil dan usus besar kerana saluran penghadaman ini sangat kecil. Jika kanak-kanak yang lebih besar, ia mungkin benda-benda itu mungkin melepasi saluran penghadaman dan keluar melalui najis.

Oleh itu pemeriksaan xray pada dada dan abdomen membantu doktor memastikan di mana benda itu berada, sama ada dalam saluran pernafasan atau saluran penghadaman.

Bagi kanak-kanak yang telah menelan benda-benda tersebut untuk beberapa hari tanpa disedari, mungkin sudah ada tanda-tanda yang lebih teruk.

Jika ia tersekat pada saluran esofagus selalunya ada tanda seperti muntah selepas makan, mengadu rasa tidak selesa pada dada atau ada tanda demam yang tidak diketahui puncanya.

Jika tersekat pada usus kecil dan usus besar, ia juga boleh menyebabkan masalah seperti
mengeluarkan najis bercampur darah, mengadu sakit bahagian abdomen, abdomen menjadi kembung, muntah dan kanak-kanak tersebut tidak aktif.

Jadi cara terbaik adalah dengan melakukan pemeriksaan xray. Tentukan kedudukan benda itu berbahaya atau tidak. Jika kansk-kanak itu dalam keadaan selesa tanpa ada tanda-tanda tersekat, lakukan semula pemeriksaan semula xray bagi memastikan benda itu sudah keluar dari saluran penghadaman, kecuali jika kita nampak benda itu sudah berada pada najis meteka.

Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: