Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI

SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI

SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI

Assalamualaikum doc, Lately ni saya bangun pagi tumit sakit bila pijak. Kenapa ya? Terima kasih.

Walaikimusalam.

Rasa sakit tumit terutama di awal pagi dan beransur hilang apabila menjelang tengahari, disebabkan oleh keradangan tendon yang melekat pada tulang kaki calcaneous ke bahagian hujung kaki (tulang jari kaku).

Tendon ini dinamakan Plantar Fascia (atau plantar aponeurosis). Ia berfungsi untuk menyokong kaki ketika berdiri dan menyerap hentakan ketika berjalan dan berlari.

Kesakitan yang dirasakan disebabkan keradangan pada tendon ini. Oleh itu ia dinamakan Plantar Fascitis.

Antara puncanya adalah masalah berat badan dan masalah keradangan yg berlaku dlm tubuh.

Berbeza dengan dengan suatu lagi keadaan yg dinamakan “heel spur” akibat pembentukan lebihan tulang pad tulang kaki calcaneum. Selalunya ia boleh dikesan melalui xray, sementara pemeriksaan xray untuk Plantar Fascitis tidak menunjukkan sebarang penunjuk yang tidak normal.

“Heel spur” akan menyebabkan rasa sakit sepanjang hari, sementara “Plantar Fasciitis” menyebabkan rasa sakit pada waktu pagi ketika bangun tidur.

Oleh sebab ini masalah keradangan, doktor hanya memberikan ubat tahan sakit.

Saya mencadangkan puan memilih makanan yang bersifat anti-keradangan, seperti ambil sayur-sayuran, buah-buahan, banyakan ikan dan telur, ambil minyak zaitun dan kurangkan pengambilan gula tambahan.

Puan boleh ambil suplemen vitamin C, vitamin E atau vitamin D bg mengurangkan keradangan ini.

Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: