Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » RAWATAN HIDUNG BERDARAH

RAWATAN HIDUNG BERDARAH

RAWATAN HIDUNG BERDARAH

Assalamualaikum. Saya pernah berdarah hidong. Kdg sebulan dua tiga kali juga. Kenapa pakar ENT hanya bg ubt semburan Naso Gel dan Avamys. Sudah tujuh bulan saya pakai ubat tu. Ada sekali sakit kepala dan pening rasa meloyong pejam mata pun berpusing dlm tempoh 30 minit jer. Adakah itu vertigo. Sekarang dah jadi macam tu lg. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Pendarahan dalam rongga hidung dikenali sebagai EPITAXIS. Ia berlaku di kawasan pertemuan pelbagai saluran darah yang kecil.

Pendarahan yang berlaku secara tiba-tiba selalunya disebabkan kawasan itu kering. Jika kita mengorek dengan jari untuk mengeluarkan hingus yang kering, kita mungkin melukakan kawasan itu dan menyebabkan pendarahan. Dengan tidak mengorek lubang hidung pun, kawasan yang kering mudah berdarah.

Oleh itu doktor akan berikan pelembap (Naso Gel) dan ubat spray hidung steroid (Avamys) untuk mengurangkan kekeringan dan keradangan dalam hidung.

Avamys adalah steroid, jadi tidak dicadangkan untuk guna terlalu lama. Maksima kegunaannya 2 minggu dan berjumpa semula doktor untuk pemeriksaan.

Menggunakan terlalu lama akan menyebabkan kesan sampingan. Antara kesan sampingan itu adalah tekak rasa kering, hidung akan menjadi kering, sakit kepala dan pening.

Jadi pengambilan Avamys untuk tujuh bulan adalah sesuatu kesilapan. Saya percaya ia mungkin disebabkan salah faham atau miscommunication.

Semoga menjawab soalan yang diajukan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: