Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK

PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK

PEMERIKSAAN RINGKAS UNTUK PENYAKIT KRONIK

Assalamualaikum, dr mohon nasihat dr. Baru ni saya buat blood test, paras kolesterol tinggi 6.8 dan gula atas pagar 6, juga hormon thyroid saya baccan nya 5.8, Mengikut ahli farmasi tu saya ada hypothyroid, bagaimana dan apa yg perlu saya makan utk thyroid dan kolesterol. Perlukah saya makan ubat? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Saya boleh buat kesimpulan bahawa puan menjalani ujian saringan di salah sebuah farmasi. Itu adalah tindakan yg bagus. Tetapi pemeriksaan saringan sebegini tidak dapat menentukan puan perlu makan ubat atau tidak. Ia memerlukan pemeriksaan yang lebih lengkap.

Dengan pemeriksaan yang lebih lengkap, selain daripada menentukan sama ada perlu mengambil ubat, atau boleh mengawalnya dengan mengubah gaya hidup terutamanya corak pemakanan, pemeriksaan yang lengkap juga dapat memantau keadaan kesihatan puan, sama ada terkawal atau mungkin sudah mengalami penyakit.

Oleh itu saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan darah yang lebih sempurna, sama ada di klinik atau di makmal swasta.

Paling elok buat pemeriksaan darah yang lengkap untuk Lipid Profile yg ada sekurang-kurangnya mengandungi 4 parameter iaitu total cholestrol, LDL, HDL dan TG.

Sementara untuk fungsi kelenjar tiroid pula, ada sekurang-kurangnya ada 3 parameter iaitu TSH, T3 dan T4. Untuk tahap gula dalam darah pula, sekurang-kurangnya ada 2 parameter iaitu Fasting Blood Sugar dan tahap HbA1c.

Dengan ini nasihat yang lebih baik boleh diberikan oleh doktor yang merawat.

Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: