APA ITU PANKREATITIS?

Pankreas adalah organ yang mengeluarkan pelbagai hormon dan enzim bagi tujuan pencernaan.

Keradangan pankreas dinamakan pankreatitis, dan ia menyebabkan pankreas tidak lagi dapat mengeluarkan hormon dan enzim untuk pencernaan.

Pankreatitis boleh dikategorikan sebagai akut atau kronik.

PANKREATITIS AKUT berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan rasa sakit pada bahagian kiri abdomen (bahagian atas). Rasa sakit ini boleh merebak ke bahagian belakang.

Selain rasa sakit, pesakit mungkin akan mengalami:

1. Loya

2. Muntah

3. Demam

Pesakit akan mengalami rasa sakit yang kuat sehingga terpaksa ke hospital. Ramai pesakit menyangka ia adalah serangan gastritis, tetapi setelah buat ujian darah dan pemeriksaan radiologi, barulah diketahui ia adalah masalah pankreatitis yang akut.

Jika ia tidak rawat dengan sempurna, ia boleh menjadi lebih teruk, antaranya:

1. Kegagalan ginjal dan paru-paru

2. Jangkitan bakteria dalam darah

3. Koma

Punca utama (90 peratus) masalah pankreatitis akut adalah :

1. Batu hempedu, terutama pada wanita

2. Pengambilan alkohol.

Selebihnya disebabkan oleh:

1. Tahap trigliserida yang sangat tinggi dalam darah

2. Mutasi genetik keturunan

3. Keabnormalan struktur pankreas

4. Pengambilan ubatan sintetik tertentu atau bahan ‘toksik’ lain;

5. Kehadiran tumor dan kanser

6. Penyakit autoimun yang merosakkan pankreas.

Untuk diagnosis yang tepat, selain aduan sakit perut yang kuat (di bahagian atas abdomen), pemeriksaan darah menunjukkan peningkatan 3 kali dari paras normal enzim amilase.

Pemeriksaan ultrasound atau CT scan abdomen juga membantu mendapatkan diagnosa yang betul.

Tiada ubat spesifik untuk merawat pankreatitis akut. Dalam kebanyakan kes, ia sembuh sendiri dalam masa 10-14 hari dengan rawatan bantuan seperti:

1. Infusi cecair intravena, terutamanya dalam beberapa jam pertama.

2. Ubat penahan sakit.

3. Bantuan oksigen untuk pernafasan dan antibiotik jika perlu.

PANKREATITIS KRONIK pula selalunya menunjukkan tanda sakit perut yang ringan dan masalah penghadaman yang tidak serius. Ia berlaku dalam jangka masa yang lama, contohnya bertahun-tahun mengalami kekembungan abdomen selepas makan tanpa menyangka ia adalah penyakit pankreatitis yang kronik.

Punca utama adalah pengambilan alkohol dan merokok.

Ia didiagnosa dengan bantuan ultrasound, CT scan dan MRI dan juga endoskopi selain pemeriksaan darah.

Untuk rawatan, beberapa kaedah intervensi yang dicadangkan:

1. Pengubahsuaian gaya hidup, dengan meninggalkan pengambilan alkohol dan rokok.

2. Kawalan kesakitan dengan mengambil ubat penahan sakit. Namun pengambilan ubat ini secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan ginjal, hati dan perut.

3. Mengambil suplemen enzim pankreas dan vitamin anti-keradangan seperti vitamin C, vitamin E dan vitamin D

4. Menguruskan diabetes dengan mengambil ubat dan menjaga pemakanan.

Oleh itu berbincanglah dengan doktor yang merawat bagi mendapatkan nasihat yang terbaik.

#HealthDrZubaidi

Dapatkan Vitamin C Nutriforte bagi membantu dalam masalah keradangan. Boleh klik link di bawah:

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/non-acidic-vitamin-c-1000mg-with-bioflavonoids-60-s-

Boleh ambil Vitamin E Natrieo Tocotrienol untuk membantu dalam masalah keradangan. Boleh klik link di bawah :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/natrieo-tri-e-tocotrienols-keluaran-sime-darby-berhad

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!