Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara dari keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebihan boleh menyebabkan perut kembung.
Antara punca sendawa yang banyak adalah :
1. Makan atau minum terlalu cepat.
2. Terlalu banyak berbual ketika makan.
3. Mengunyah gula-gula getah.
4. Minum minuman berkarbonat.
5. Merokok.
6. Makan makanan yang berangin
Ada beberapa keadaan di mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu :
1. Aerofagia
Aerofagia adalah masalah akibat menelan udara terlalu banyak. Jadi tubuh pun cuba mengeluarkannya kembali terutama ketika gugup atau stress. Ini menyebabkania akan kerap bersendawa.
2. Sendawa supragastrik
Sendawa supragastrik adalah berlaku apabila esofagus terlalu cepat mengeluarkan udara sebelum menelan udara dan masuk ke perut. Ia selalu berlaku pada anorexia nervosa dan obsessive compulsive disorder (OCD).
3. GERD
Gastroesophageal reflux disease atau GERD berlaku apabila asid perut naik dari perut ke mulut. Ini menyebabkan keradangan pada esofagus dan membuatkan individu tersebut menelan lebih banyak udara, seterusnya menyebabkan sendawa terus-menerus.
4. Gastroparesis
Gastroparesis berlaku apabila perut lambat dikosongkan semasa proses pencernaan. Ini bermakna lebih banyak masa yang diambil untuk mencernakan makanan. Ini berlaku terutama di kalangan pesakit diabetes. Lebih lama proses pencernaan, lebih banyak udara dihasilkan, lebih banyak sendawa.
5. Jangkitan Helicobacter pylori
Jangkitan bakteria H. pylori dalam perut boleh menyebabkan gastritis dan gastric ulcer. Ini meningkatkan penghasilan gas dan lebih banyak sendawa.
Beberapa cara untuk mengurangkan sendawa.
1. Mengubah cara pemakanan
– mengurangkan makanan berkanji.
– makan perlahan.
– meninggalkan minuman berkarbonat
2. Mengambil beberapa ubat sintetik dan dapatkan nasihat dari pegawai farmasi. Antaranya domperidon, dan metoclopramide.
3. Bagi pesakit GERD dan gastritis, doktor mungkin memberikan :
– antasida,
– proton pump inhibitor
4. Amalkan prebiotik dan probiotik dalam pemakanan bagi melancarkan pencernaan. Amalkan minyak zaitun setiap hari.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
www.drzubaidi.com
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
[IKLAN]
Untuk mendapatkan minyak zaitun Olivie Plus 30x yang berkualiti dan tinggi antioksida keluaran dari Olive House, sila klik link di bawah:
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :