Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » KENCING BERDARAH MUNGKIN TANDA KANSER

KENCING BERDARAH MUNGKIN TANDA KANSER

 

 

KENCING BERDARAH MUNGKIN TANDA KANSER


1. Kencing berdarah atau ‘haematuria’ adalah tanda yang serius.


2. Adakala ia nampak jelas dan ada kala ia hanya dikesan melalui pemeriksaan di bawah mikroskop.


3. Jika darah kelihatan jelas dalam air kencing, ia mungkin tanda awal kanser pada sistem pembuangan air kecil, terutama bila sudah berumur 60 tahun ke atas.


4. Selain itu, kehadiran darah dalam air kencing selalunya diakibatkan oleh jangkitan kuman (disebut sbg kencing kotor) di kalangan wanita atau batu karang dan kanser (pundi kencing dan ginjal) di kalangan lelaki.


5. Lelaki berusia 60an, mengadu air kencingnya berwarna merah, sukar kencing akibat tersumbat dan air kencing bercampur dengan darah beku, adalah contoh dimana seorang pesakit kanser (pundi kencing dan ginjal) datang ke klinik.


6. Doktor akan melakukan ujian air kencing dan ujian darah untuk menentukan fungsi buah pinggang. Kemudian melakukan Imbasan Ultrasound atau CTScan untuk mengesan batu karang atau kanser ginjal.


7. Bagi pesakit yang mengalami pendarahan dalam air kencing yang jelas, pemeriksaan cystoscope (sistoskopi) untuk melihat saluran air kencing dan pundi kencing dengan kamera yang halus.


8. Pengesahan diagnosa kanser akan dilakukan. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan.


Semoga bermanfaat.


#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: