KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL

Ia bahaya dan pemeriksaan air kencing saringan di kalangan wanita hamil adalah suatu yang penting.

Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang air hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuang air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor

Apa itu kencing kotor pada wanita hamil?

Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman.

Sistem saluran kencing terdiri dari ginjal, saluran ureter (menghubungkan ginjal ke pundi kencing), pundi kencing dan saluran urethra (saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing).

Kencing kotor pada wanita hamil melibatkan saluran urethra dan pundi kencing. Jarang berlaku pada ginjal, namun kuman dari pundi kencing boleh naik ke bahagian ginjal menyebabkan masalah yang lebih berbahaya.

Mengapa kencing kotor pada wanita hamil sering berlaku?

Kencing kotor pada wanita hamil berlaku kerana saluran urethra mereka lebih pendek berbanding dengan lelaki. Jadi kuman pada bahagian kemaluan, terutama anus dan faraj senang masuk ke pundi kencing.

Wanita hamil juga mengalami perubahan hormon yang menyebabkan kekuatan otot pada saluran ureter dan pundi kencing bertambah lemah.

Peningkatan tahap keasidan dan terdapat gula dalam air kencing  menyebabkan air kencing pada wanita hamil boleh berlaku dengan mudah.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia menjadi lebih parah dan kuman boleh mereka pula ke ginjal. Ia boleh menyebabkan kerosakan ginjal dan kematian.

Jangkitan yang teruk akan menyebabkan air kencing wanita hamil kelihatan berdarah. Jika jangkitan tidak parah, ia mungkin hanya dapat dilihat dengan pemeriksaan air kencing menggunakan mikroskop saja.

Apa tanda kencing kotor pada wanita hamil?

Mereka mungkin mengalami masalah berikut. Sebahagian dari mereka mungkin tidak mengalami sebarang masalah.

  • Rasa terbakar sewaktu kencing
  • Darah di dalam air kencing
  • Air kencing keruh
  • Kerap ke bilik air untuk kencing walaupun hanya sedikit urin yang keluar
  • Tidak dapat menahan kencing

Jika kencing kotor pada wanita hamil telah parah dan menjangkiti ginjal, mereka mungkin mengalami :

  • Demam dan menggigil
  • Loya dan muntah
  • Sakit pada bahagian belakang badan, di bawah rusuk
  • Tidak bermaya
  • Tiada air kencing langsung

INGIN TAHU BAHAYA KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL? BACA https://drzubaidi.com/blog/bahaya-kencing-kotor-bagi-ibu-hamil/

Apa yang perlu dibuat apabila berlaku kencing kotor pada wanita hamil?

Memandangkan komplikasi jangkitan kuman pada saluran air kencing adalah berbahaya, doktor akan melakukan ujian saringan. Ini kerana sebahagian wanita hamil tidak mengalami sebarang tanda-tanda jangkitan kuman, sehinggalah masalah jangkitan kuman ini merebak dengan lebih teruk.

Bagi wanita hamil yang mempunyai tahap imuniti yang rendah seperti pesakit diabetes atau yang mempunyai masalah penyakit autoimmune, kebarangkalian untuk menghadapi kompliasi (jangkitan pada ginjal) adalah lebih besar.

Bagi yang mengalami masalah kencing kotor pada wanita hamil, selalunya mereka dinasihatkan agar minum air secukupnya. Tujuannya untuk membuang kuman yang berada pada pundi kencing.

Masalahnya ramai wanita hamil tidak selesa dengan cara ini kerana apabila usia kehamilan semakin meningkat, mereka lebih mudah untuk membuang air kencing. Dengan minum lebih banyak air, semakin kerap mereka ke tandas. Namun inilah antara cara terbaik untuk merawat kencing kotor pada wanita hamil. Pemeriksaan semula air kencing boleh dilakukan selepas seminggu.

PERLUKAH ANTIBIOTIK UNTUK MERAWAT AIR KENCING KOTOR. BACA https://drzubaidi.com/blog/perlukah-rawatan-antibiotik-jika-pemeriksaan-air-kencing-menunjukkan-air-kencing-kotor/

Bagi kes kencing kotor pada wanita hamil yang lebih serius, sama ada dibuktikan dengan pemeriksaan air kencing atau mengalami sebarang tanda (rujuk tanda-tanda di atas), doctor akan memberikan antibiotic yang selamat diambil bagi wanita hamil.

Selain itu saya mencadangkan bagi masalah kencing kotor pada wanita hamil adalah:

1. Minum air secukupnya. Pastikan air kencing berwarna jernih sedikit kekuningan.

KETAHUI SEMBILAN WARNA AIR KENCING DI https://drzubaidi.com/blog/tahukah-anda-9-warna-air-kencing-ini-menerangkan-tahap-kesihatan-tubuh-badan-kita/

2. Jika rasa pundi kencing telah penuh, terus ke tandas. Ini membantu membuang kuman yang berada dalam pundi kencing. Jangan bertangguh.

3.  Selepas membuang air kecil, lap kemaluan dari depan ke belakang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kuman pada anus merebak ke bahagian hadapan (faraj) jika kita mengelap dari belakang ke hadapan.

4. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap.

5. Elakkan daripada mengambil minuman bergula.

6. Amalkan minum cuka teen. Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu besar cuka teen ke dalam segelas air kosong. Minum selepas makan. Tiga kali sehari. Atau campurkan 3-5 sudu besar cuka teen dalam satu jug 1L. Minum sepanjang hari. Campurkan sedikit madu atau stevia jika perlu.

Kesimpulannya, masalah kencing kotor pada wanita hamil kerap berlaku. Oleh itu pemeriksaan saringan adalah penting bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

Amalkan cuka teen (cara amalan seperti di atas) untuk mencegah dan sebagai usaha merawat masalah kencing kotor pada wanita hamil.

Semoga bermanfaat.

Cuka Teen dihasilkan daripada buah teen yang berkualiti tinggi di lembah Izmir, Turki dan diproses menggunakan kaedah tradisional di dalam tong kayu oak untuk mengekalkan kualiti peragian. Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mempunyai bau dan rasa yang lebih lembut berbanding cuka lain. Harga RM45.00 tidak termasuk pos.

Hubungi saya Dr Zubaidi Hj Ahmad 019-702-2391

error: Content is protected !!