Secara amnya, keradangan tidak semestinya sesuatu yang buruk. Malah, keradangan boleh menjadi perkara yang sangat baik kerana ia adalah tindak balas semula jadi tubuh terhadap kecederaan atau apabila organisma asing seperti bakteria atau virus menjangkiti kita. Contohnya, jika mengalami terseliuh buku lali semasa berlari, ada kemungkinan besar ia akan mengalami keradangan. Sendi buku lali menjadi sakit, bengkak, panas dan tidak boleh digerakkan. Tujuan tubuh mengalami proses keradangan adalah untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan. Pada masa itu, sel darah putih badan dan seluruh sistem imun bekerja mempertahankan diri dari jangkitan bakteria atau virus yang menyerang atau cuba memulihkan tisu tubuh yang …
Read More »Umum
UJIAN DARAH UNTUK MENENTUKAN KEPEKATAN DARAH
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bagaimana kita nak tahu yang kita mengalami darah yang pekat? Terima kasih.” Walaikumusalam. Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan di klinik atau di makmal. 1. Ujian jumlah darah sepenuhnya (Full Blood Count) Bertujuan untuk melihat bilangan sel darah merah dan juga platlet. Jika bilangan sel darah merah ataupun platlet ini tinggi, bermaksud ia menunjukkan seseorang itu sedang mengalami masalah darah pekat. 2. PT-INR Prothrombin time(PT) dan International Normalized Ratio(INR) adalah salah satu ujian yang selalu dibuat untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami darah pekat ataupun tidak. Sekian. Semoga bermanfaat. Jika …
Read More »PERNAHKAH KITA TERFIKIR, MUNGKIN KITA MENGALAMI PENYAKIT AUTOIMMUNE?
Sepatutnya sistem daya tahan (sistem immunisasi) mengarahkan antibodi untuk menyerang kuman seperti bakteria, fungus dan virus yang datang dari luar. Dalam kes penyakit autoimmune ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama tetapi menyerang organ dalam diri sendiri kerana sistem imunisasi tubuh tidak dapat membezakan tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing. Jadi jika kita mengalami tanda berikut, mungkin kita mengalami penyakit autoimmune. Selalunya bermula dengan rasa rasa letih, lemah badan dan sakit otot, diikuti dengan demam yang berterusan antara seminggu hingga 2 minggu. Tanda-tanda lain adalah : 1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot 2. Susut …
Read More »Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean)
Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean) Penduduk di zon ini mempunyai bilangan centenarian (mereka yang hidup lebih 100 tahun dengan sihat) yang luar biasa tinggi, tetapi mereka juga mempunyai kadar penyakit kronik yang agak rendah dalam komuniti. Terdapat 5 kawasan di dunia ini yang termasuk dalam Blue Zone. 1. Okinawa di Jepun 2. Sardinia di Itali 3. Ikaria di Greece 4. Semenanjung Nicoya di Costa Rica 5. Loma Linda di California. Untuk info, Greece dan Itali adalah negara di sekitar Laut Mediterranean. Pemakanan mereka dinamakan Diet Mediterranean. Walaupun makanan dalam diet penduduk di kawasan ini mungkin berbeza …
Read More »APA MANFAAT BERAS HITAM?
APA MANFAAT BERAS HITAM? 1. Beras hitam adalah sejenis beras dari spesies Oryza sativa L. Ia tidak menjalani proses pembersihan atau pemutihan dan mengekalkan sifat semulajadinya. 2. Bila dimasak, nasi hitam memiliki tekstur melekit dan rasa sedap. 3. Ia mempunyai tahap antioksida yang tinggi kerana terdapat sebatian anthocyanin yang mencegah penyakit jantung dan melindungi tubuh dari keradangan. 4. Ia mempunyai kandungan karbohidrat yang lebih rendah berbanding dengan beras yang lain dan mempunyai tahap protein yang lebih tinggi. 5. Ia kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin E, B1, B2, B3, dan B6, serta mineral zinc, …
Read More »UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ)
UJIAN SKOR KALSIUM JANTUNG (USKJ) Mungkin kita risau tentang menghadapi risiko serangan jantung yang tinggi dalam masa terdekat kerana tahap kolesterol jahat kita sentiasa tinggi melebihi 10 tahun. Ada satu ujian yang membantu menilai risiko in, dengan membuat pemeriksaan USKJ. Ujian ini pun dibuat segera jika terdapat tanda-tanda serangan jantung. Dalam ujian ini imbasan CT digunakan untuk mengukur jumlah plak terkalsifikasi (plak yang menjadi batu) dalam saluran arteri koronari. Plak kolesterol yang terkumpul di dalam arteri koronari ini sering bergabung dengan kalsium ke dalam plak. Ini membawa kepada pengerasan arteri dan akhirnya boleh menyebabkan penyumbatan yang akan memotong bekalan oksigen …
Read More »JERAWAT DI BELAKANG TUBUH
1. Jerawat boleh berlaku pada kulit pada mana-mana bahagian tubuh tetapi ramai yang tidak menyedari mereka mengalami jerawat di belakang tubuh. 2. Jerawat berpunca apabila liang kelenjar pada kulit menjadi tersumbat dengan minyak, sel kulit mati dan habuk. 3. Seterusnya sumbatan ini dijangkiti bakteria Propionibacterium acnes (P. acnes) 4. Jarang mandi selepas beraktiviti dan cuaca panas berpeluh, menjadi sebab utama seseorang itu mudah mengalami masalah ini. 5. Di klinik doktor akan memberikan beberapa jenis ubat, antaranya: a. Antibiotik oral atau sapub. Kream benzoil peroksidac. Kream retinold. Kream isotretinoin 6. Selain itu pengambilan vitamin C, vitamin …
Read More »MINERAL AJAIB UNTUK KESIHATAN OPTIMUM
1. Magnesium ialah mineral yang memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. 2. Walaupun ia boleh diperolehi melalui diet seimbang, ramai individu tidak mengambil makanan yang kaya dengan magnesium yang mencukupi. Mengapa pengambilan magnesium sangat penting? 3. Magnesium terlibat dalam lebih 600 tindak balas biokimia dalam tubuh. Ia adalah co-factor dalam sistem enzim yang bertanggungjawab untuk penghasilan tenaga, sintesis DNA dan sintesis protein. 4. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi otot dan saraf, mengawal tekanan darah, dan menyokong sistem daya tahan yang kuat. 5. Selain kalsium, magnesium adalah mineral penting untuk mengekalkan tulang yang …
Read More »APAKAH SENDI BERBUNYI TANDA BAHAYA?
1. Kita selalu mendengar sendi mengeluarkan bunyi “krek” ketika meluruskan sendi pada tubuh. 2. Bunyi ini dalam bahasa perubatan dinamakan “crepitus”. 3. Selalu terjadi bila kita melakukan : a. Meluruskan sendi-sendi jari. b. Meregangkan tubuh terutama bahagian pinggang. c. Meluruskan sendi lutut bila kita berubah posisi duduk kepada posisi berdiri. d. Menggerakkan bahu e. Memutarkan pergelangan tangan atau kaki. f. Menggerakkan kepala. 4. Pergerakan ini mengeluarkan bunyi dengan lebih ketara apabila kita semakin meningkat umur. 5. Jangan risau, ia adalah normal dan tidak berbahaya. 6. Ia menjadi tidak normal dan merupakan tanda awal suatu penyakit …
Read More »APA ITU STEVIA?
1. Stevia (Stevia rebaudiana Bertoni) adalah sejenis herba daripada keluarga Asteraceae. Ia berasal daripada Paraguay, di mana ia tumbuh secara liar di tanah berpasir. 2. Daun Stevia rebaudiana mengandungi pemanis tanpa gula dan tanpa kalori, di mana penggunaannya boleh memberi kesan yang baik terhadap kesihatan manusia. 3. Ekstrak daun Stevia rebaudiana telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai rawatan alternatif dan tradisional dalam rawatan diabetes. 4. Komponen pemanis yang utama dalam daun Stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan antioksidan, anti-mikrob dan anti-kulat. 5. Stevioside dan rebaudioside A merupakan komponen pemanis yang utama, di mana kesan pemanis masing-masing …
Read More »APA ITU DARK CHOCOLATE (COKLAT GELAP)?
1. Secara umumnya coklat yang dijual di pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu coklat gelap, coklat susu dan coklat putih. 2. Coklat gelap adalah pilihan terbaik kerana baik untuk kesihatan tetapi ambillah dalam kuantiti yang sederhana. Kuantiti yang dicadangkan 65 gram sehari. 3. Coklat hitam mengandungi antioksida dari kumpulan flavonoid yang bagus untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah selain merendahkan risiko masalah pembekuan darah. 4. Kajian menunjukkan memakan coklat gelap mengikuti kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara. 5. Coklat gelap mampu menjadikan kulit berseri dan mengekalkan awet muda …
Read More »APAKAH RAWATAN UNTUK DEMAM DENGGI?
1. Masih tiada rawatan atau ubat khas untuk demam denggi. 2. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. 3. Pesakit akan diberikan ubat demam paracetamol untuk mengurangkan demam dan dinasihatkan berehat. 4. Pesakit juga digalakkan minum air mineral sekurang-kurangnya 2L sehari. 5. Pesakit boleh amalkan jus daun betik atau sup ketam sebagai rawatan sampingan. Jus jambu batu juga bagus kerana mengandungi vitamin C yang tinggi. 6. Ambil vitamin C, vitamin D dan Zink (IMMUNE BOOSTER) untuk meningkatkan sistem ketahanan diri agar keadaan tidak bertambah teruk. 7. Selain itu boleh ambil vitamin E dan vitamin …
Read More »BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN?
Kebanyakan kita minum kopi untuk kekal cergas sepanjang hari dan mengelakkan rasa mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi kafein (caffein) iaitu sejenis bahan perangsang. Kafein juga terdapat pada teh serta buah koko. Apa kesan jika kita berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba terutama bagi orang yang biasa minum kopi yang berkafein tinggi setiap pagi? Kafein boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok, arak dan dadah tetapi ketagihan ini tidaklah terlalu teruk. Antara tanda-tanda ketagihan itu apabila kita tidak minum kopi setiap pagi, kita akan mengalami : Pening kepala Keletihan Kegelisahan Sukar untuk fokus Mood tidak menentu Mudah rasa marah …
Read More »RASA SAKIT DAN TERDAPAT BENJOLAN DI BELAKANG LUTUT. ITU MUNGKIN TANDA BAKER CYST
1. Baker cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa di belakang lutut terutama bila melipat atau meluruskan kaki. 2. Ia bermula apabila tulang rawan pada sendi lutut mengalami keradangan selalunya akibat kecederaan. Ini menyebabkan sendi lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair dan menyebabkan pembentukan Baker Cyst. 3. Ia berada di belakang lutut menyebabkan rasa tidak selesa dan rasa sakit dan terasa ada benjolan lembut. 4. Selalunya berlaku pada wanita berusia 40 tahun ke atas, tetapi orang lelaki pun boleh mengalaminya juga 5. Selain dari pemeriksaan fizikal, saya mencadangkan pemeriksaan lanjut bagi memastikan masalah ini.Antaranya adalah …
Read More »MANFAAT ROTI SOURDOUGH
MANFAAT ROTI SOURDOUGH 1. Roti sourdough adalah alternatif yang lebih sihat berbanding roti putih. 2. Ia dibuat dari tepung yang telah difermentasi dengan lactobacilli dan ragi. Ini membuatkan roti akan mengembang dan menyebabkan rasa yang khas. 3. Kandungan probiotik dalam roti sourdough ini menyebabkan lebih sihat terutama untuk kesihatan perut dan usus. 4. Bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini menggunakan tepung, ragi dan sedikit gula. Tiada pengawet dan pewarna digunakan. Jadi ia lebih baik. 5. Meskipun roti sourdough sering dibuat dari tepung yang sama dengan jenis roti lainnya, tetapi proses fermentasi telah meningkatkan nutrisinya. Antara manfaat roti ini : …
Read More »APA ITU UJIAN DARAH CA 19-9 ?
1. Ujian ini adalah ujian yang mengukur kepekatan protein CA 19-9 (kanser antigen 19-9) dalam darah. Ia dikeluarkan oleh sel-sel kanser atau sel-sel normal yang menentang sel-sel kanser ini. 2. Ia sebahagian dari penunjuk kanser jika kepekatannya tinggi. Selalunya kanser pankreas. 3. Bagi orang yang normal, kepekatannya rendah. Namun ia mungkin tinggi pada pesakit yang mempunyai masalah yang bukan berkaitan dengan kanser seperti batu dalam hempedu atau keradangan pankreas (pancreatitis) atau parutan dalam hati (cirrhosis of liver). 4. Oleh itu ia bukannya satu-satunya cara untuk mendiagnosa kanser pankreas. Pemeriksaan pengimejan seperti ultrasound, CT-Scan atau MRI boleh dilakukan untuk mengesahkannya. 5. …
Read More »APA ITU ECG?
1. ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram. 2. Ia merupakan satu prosedur yang tidak menyakitkan untuk mengukur aktiviti elektrik dalam organ jantung. 3. Mereka yang mengalami sakit dada atau degupan jantung yang laju akan diperiksa menggunakan alat ini. 4. Dengan ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh diberikan. 5. Prosedurnya agak mudah. 👉🏻 Setelah membuka baju dan mendedahkan dada serta berbaring, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda. 👉🏻 Keputusan akan dicetak pada kertas khas ECG. 👉🏻 Doktor akan mentafsir graf keputusan ECG ini. 6. Selain …
Read More »LAPAN SEBAB BIASA MENGAPA KITA RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN
1. ANDA SEORANG PEREMPUAN Selalunya ramai yang selalu tak tahan sejuk ni adalah di kalangan perempuan. Secara umumnya orang lelaki akan berasa selesa pada suhu 22 darjah Celsius. Manakala orang perempuan pula pada suhu 24.8 darjah Celsius untuk berada dalam keadaan yang sama. 2. ANDA TERLALU KURUS Kalau kurang berat badan, (BMI lebih kurang 18.5 atau kurang) mempunyai lapisan lemak yang kurang untuk membaluti tubuh. Mereka mudah berasa sejuk. 3. ANDA TAK CUKUP TIDUR Dalam satu kajian Sleep Journal menunjukkan jika seseorang tidak tidur satu malam saja, tubuh anda akan lebih mudah kehilangan haba. 4. ANDA KEKURANGAN ZAT BESI Mereka …
Read More »ADA APA DENGAN SENDAWA?
Sendawa adalah tindak balas semula jadi tubuh untuk mengeluarkan gas dari perut bagi mengurangkan rasa tidak selesa dan mengelakkan kekembungan. Kajian menunjukkan individu normal boleh mengalami sendawa sehingga 30 kali dalam sehari. Punca berlaku sendawa boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah kesihatan dan bukan masalah kesihatan. Masalah kesihatan ini dikaitkan dengan gejala pedih hulu hati atau ‘gastro-esophageal reflux disease’ (GERD). GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus. Sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama, dinding esofagus akan terdedah kepada keadaan yang dinamakan ‘barrett’s oesophagus’. Barrett’s eosophagus ialah perubahan …
Read More »KEBAIKAN MENGAMBIL BAWANG PUTIH
Bawang putih juga dikenali dengan nama latin Allium sativum. Dalam 100 gram bawang putih mengandungi: 4 kalori 1 gram karbohidrat 0.2 gram protein 0.1 gram serat 0.9 miligram vitamin C 5.4 miligram kalsium 0.4 mikrogram selenium Sebahagian antioksida seperti flavonoid. Bawang putih mengandungi phytonutrien yang kaya dengan sebatian sulfur aktif seperti alliin, allyl propyl disulfide, dialil disulfida, dan dialil trisulfida. Bawang putih mentah dikunyah dalam mulut atau dipotong, zat-zat sulfur tersebut akan membentuk allicin. MANFAAT BAWANG PUTIH 1. MENURUNKAN TAHAP KOLESTEROL Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Postgraduate Medicine melaporkan bahawa pengambilan 10 gram bawang putih mentah setiap hari membantu …
Read More »BERAS YANG DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENYEBABKAN KITA SIHAT?
Sebelum kita memilih beras, elok kita faham tentang Glisemik Indeks (GI). Untuk menurunkan berat badan dan sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI. GI Tinggi : 70-100 GI Sederhana : 56 – 69 GI Rendah : 0 – 55 GI menunjukkan berapa cepat glukosa masuk ke dalam darah setelah dihadamkan. Semakin tinggi GI semakin cepat gula masuk ke dalam darah. Ia juga akan meningkatkan tahap insulin dan sukar untuk kita menurunkan berat badan. Ini adalah senarai GI untuk setiap jenis beras secara mudah diingati. Beras Pulut : GI 94 Beras Jasmine : GI 100 (Tinggi) Beras Hancur : GI …
Read More »TIPS MENGURANGKAN SEDU
SEDU berlaku secara semula jadi apabila badan cuba mengeluarkan udara yang terkumpul dalam perut. Jika udara ini dibiarkan berkumpul, ia memberikan rasa kekembungan dalam perut. Ia mungkin berlaku apabila kita mengambil makanan yang pedas atau masam. Makanan yang mempunyai kanji yang tinggi seperti ubi, kentang, keledek dan keladi juga boleh menyebabkan pengumpulan udara dalam perut. Begitu juga dengan kacang dan kekacang. Makan dengan cepat juga boleh mengundang sedu. Selamat ia berlaku untuk jangkamasa yang singkat, namun adakalanya ia berlaku pada jangkamasa yang lama. Sedu yang tidak berhenti boleh menyebabkan rasa penat dan tidak selesa. Saya kongsikan petua untuk mengatasi sedu. …
Read More »APAKAH PENYAKIT KAWASAKI?
Penyakit ini menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung. Lebih kurang 75% pesakit penyakit Kawasaki terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, kebanyakannya lelaki, dan ia penyebab paling biasa untuk penyakit jantung di kalangan kanak-kanak. Kesan daripada keradangan ini, ia juga akan membunuh sel otot di bahagian salur darah menyebabkan dinding salur darah tersebut menjadi lemah. Perkara ini akan menyebabkan dinding salur darah yang terlibat membesar seolah-olah seperti belon. Keadaan ini dipanggil sebagai aneurysm. Darah yang terkumpul dalam aneurysm pula akan membeku disebabkan struktur salur darah tersebut yang …
Read More »MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
Meningkatkan metabolisme tubuh dapat membantu kita menurunkan berat badan atau menjadi kurus dengan lebih mudah. Metabolisme adalah kadar tenaga yang digunakan untuk mengekalkan keadaan hidup sel-sel tubuh. Meningkatkan metabolisme bermakna kita meningkatkan tahap penghasilan tenaga berbanding dalam keadaan biasa. Ia menyebabkan tahap gula dapat dikawal dengan lebih baik di kalangan pesakit diabetes. Terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kadar metabolisme. 1. Makan makanan yang segar dan bernutrisi Ini akan meningkatkan penghasilan tenaga sama ada kita aktif atau berehat. Makan sayur dan buah. 2. Terdedah dengan cahaya matahari Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi akan menyebabkan …
Read More »APA ITU LIPOMA?
Ia adalah ketulan berbentuk bulat bersaiz kecil atau besar yang berada antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa. Orang dewasa, seawal usia 25 tahun berisiko mendapat lipoma manakala lebih kerap berlaku pada individu berumur 35 tahun ke atas. Ia terbentuk daripada sel lemak dan boleh tumbuh dan membesar bersaiz satu hingga tiga sentimeter kemudian ia membesar secara perlahan setiap bulan atau tahun. Ia tidak terasa sakit apabila ditekan. Ia biasa terbentuk pada tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan seperti tiroid, kelenjar adrenal, pankreas dan kelenjar paratiroid. Walaupun pun …
Read More »PEMBEDAHAN JANTUNG BYPASS ATAU STENTING?
Soalan : Doktor saya telah buat angiogram dan ada satu saluran darah tersumbat 80%. Soalan saya, doktor meminta saya memilih untuk buat stenting atau bypass. Apa pendapat doktor? Terima kasih. Jawapan: ✅ Agak sukar pesakit untuk membuat pilihan sendiri. Selalunya doktor sendiri yang akan menimbangkan prosedur itu berdasarkan manfaat dan kesan sampingan yang mungkin berlaku sebelum prosedur itu dilakukan. ✅ ANGIOPLASTY PLUS STENTING Dalam prosedur ini satu belon halus dibalut dalam wayar yang dimasukkan ke dalam saluran darah yang tersumbat. Bila belon ini dikembangkan, ia membuka ruangan dalam saluran darah dan kemudian satu alat halus dinamakan stent ditinggalkan untuk memastikan …
Read More »PERBEZAAN CARDIAC ARREST (HENTI JANTUNG) DAN HEART ATTACK (SERANGAN JANTUNG)
✅ Serangan Jantung dan Henti Jantung bukanlah keadaan yang sama. ✅ Serangan Jantung adalah apabila aliran darah ke jantung disekat, sementara Henti Jantung adalah apabila jantung tidak berfungsi dan tiba-tiba berhenti berdegup. ✅ Serangan Jantung adalah masalah “peredaran darah” dan Henti Jantung tiba-tiba adalah masalah “elektrik” yang selalunya menyebabkan jantung berdegup. ✅ Serangan Jantung berlaku apabila saluran darah tersumbat sehingga menghalang darah yang kaya oksigen daripada sampai ke bahagian jantung. Sel-sel jantung yang terlibat akan mati. ✅ Simptom serangan sakit jantung berlaku serta-merta dan kuat. Tetapi ia bermula dengan perlahan dan berterusan selama berjam-jam, hari atau minggu sebelum Serangan Jantung. …
Read More »PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD)
✅ Ia sering berlaku disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus. ✅ Kebiasaannya GEJALA HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. ✅ Kanak-kanak yang tidak mempunyai sistem daya tahan tubuh yang kuat boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. ✅ Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis. ✅ Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui melalui sentuhan terus dengan air liur dan …
Read More »SAKIT DAN KEJANG PADA KAKI AKIBAT SALURAN DARAH TERSUMBAT
Ramai yang pernah mengalami rasa sakit dan kejang di kaki ketika berjalan dan perlu duduk seketika sebelum boleh meneruskan perjalanan. Mereka mungkin mengalami masalah Pheripheral Artery Disease (PAD) atau dalam bahasa mudahnya pembuluh darah yang tersumbat di bahagian kaki. Mereka yang diserang PAD biasanya mengalami simptom seperti kaki kejang, sakit dan anggota kaki berasa sejuk. Jika tidak dirawat segera, lama-kelamaan keadaan bertambah buruk dan kaki pesakit terpaksa dipotong. Faktor yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat di kaki adalah tahap kolestrol yang tinggi dan penyumbatan dalam saluran darah (atherosclerosis). Ia dirangsangkan apabila pesakit merokok, diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti dan peningkatan umur. …
Read More »PERLUKAH KITA BERDIET? YA MESTI
Berdiet tidak bermakna kita berusaha untuk menjadi kurus. Sepatutnya ia menjadi amalan sepanjang masa kerana definisi diet itu sendiri adalah amalan atau budaya pemakanan. Pemakanan yang betul akan memberikan tenaga dan kesihatan pada tubuh. Pemakanan yang salah akan merosakkan kesihatan. Ada beberapa soalan berkaitan diet atau pemakanan. 1. Adakah makan malam menyebabkan gemuk? Ketika tidur, tubuh kita berada dalam keadaan rehat. Kita akan menggunakan hanya sedikit tenaga pernafasan, kitaran darah dan degupan jantung serta aktiviti otak. Kadar penggunaan tenaga ini dinamakan Basal Metabolic rate (BMR). Sekiranya seseorang itu makan dengan kuantiti yang banyak, terutamanya dari sumber karbohidrat, lebihan tenaga ini …
Read More »MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Protein adalah makronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Dalam kajian yang dilakukan, ia membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama dan ini membantu mengurangkan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan jurnal Frontiers in Endocrinology, diet yang tinggi protein menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama, memberikan lebih banyak tenaga, meningkatkan pembinaan otot dan mengekalkan berat badan yang lebih lama. Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, menunjukkan jumlah kalori yang sama tetapi dari sumber yang berbeza dapat memberikan tindakbalas menghasilkan tenaga yang berbeza. Maksudnya kita kurangkan pengambilan kalori dari karbohidrat tetapi mengekalkan tahap kalori dengan meningkatkan …
Read More »APA ITU DIABETIC KETOACIDOSIS (DKA)?
Diabetic Ketoacidosis (DKA) adalah komplikasi serius dikenalpasti apabila bahan ketone dan tahap gula yang terlalu tinggi di kalangan pesakit Diabetes Mellitus. Ia menyebabkan tubuh mengalami keadaan darah berasid. Pada pesakit diabetis, gula tidak digunakan kerana kerintangan insulin. Tubuh mencari sumber lain selain glukosa bagi menghasilkan tenaga. Jadi tubuh menghasilkan ketone dari pencernaan lemak bagi menjadikannya sumber tenaga alternatif. Penghasilan ketone terlalu banyak dan kurang minum air menyebabkan ketone berkumpul terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan badan berasid. Keadaan ini dikenali sebagai ketoasidosis. Oleh itu bagi pesakit diabetis, tahap gula yang terlalu tinggi mungkin menunjukkan bahan ketone sedang dihasilkan. Antara simptom DKA …
Read More »KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL
Selepas sebulan kita menjauhkan diri dari makan dan minum, kita selalunya makan makanan yang lebih besar pada minggu pertama Hari Raya. Tidak ada salahnya menikmati juadah Hari Raya selagi ia dilakukan secara sederha\na. Masalah kita apabila kita makan tanpa berhenti. Bila kita tidak lagi lapar, tinggalkan meja makan apabila selesai makan. Duduk di ruang tamu dan cuba makan kudapan dalam bentuk buah-buahan dan kekacang. Minum air kosong. Cuba tukar mentaliti dari “mahu kenyang” kepada “tidak lapar”. Bagi pesakit kencing manis, perlu mengambil langkah tambahan untuk memantau tahap glukosa darah mereka. Mereka mungkin mengalami gejala hiperglisemia atau dehidrasi. …
Read More »HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC
Hati berlemak NON-ALCOHOLIC berlaku akibat pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam organ hati akibat dari pemakanan yang tidak sihat. Ia adalah masalah yang biasa terjadi dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan komplikasi. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa kepada kerosakan hati dan kanser hati. Selalunya hati berlemak datang bersama dengan masalah berikut: 1. Tahap kolesterol tinggi dalam darah terutamanya triglyceride. 2. Obesiti samada BMI melebihi 30 kg/m2 atau ukur lilit pinggang berlebihan (Perempuan lebih 80cm atau lelaki lebih 90cm) 3. Penyakit metabolik seperti Diabetes Mellitus dan Hipertensi Bagaimana …
Read More »BATU GINJAL BOLEH KELUAR SENDIRI?
Batu ginjal selalunya terbentuk di dalam ginjal apabila mineral yang dihasilkan tidak dikeluarkan bersama air kencing. Mineral ini mendap dan akhirnya membentuk batu. Ia selalunya terjadi disebabkan seorang individu itu tidak minum air secukupnya. Jadi langkah utama mencegahnya adalah minum air secukupnya. Ramai yang bertanya, bolehkah batu ginjal keluar dengan sendiri? Selalunya saya akan minta laporan pemeriksaan yang telah dilakukan. Ini kerana batu ginjal akan keluar atas beberapa faktor. i. SAIZ Saiz batu adalah faktor penting bagi menentukan sama ada ia boleh keluar sendiri atau tidak. Secara cara amnya: Batu yang bersaiz kurang 4 mm, akan keluar dalam masa 30 …
Read More »APA PUNCA ASYIK KENTUT?
Kentut adalah perkara yang normal apabila terlalu banyak gas dalam usus besar. Otot anus akan melonggar dan mengeluarkan gas tersebut. Selalunya ia berbau busuk. Gas yang dihasilkan dan berkumpul dalam usus adalah sebahagian dari proses pencernaan dan tindak balas aktiviti bakteria dalam saluran usus besar kita. Kentut berlaku sesekali, tetapi kerap kentut mungkin menandakan ada masalah yang lebih serius. 1. Perubahan pemakanan Apabila kita melancong ke sebuah negara yang agak asing dan makanan yang disediakan sangat berbeza dengan makanan yang selalu kita makan, menyebabkan perubahan proses pencernaan. Mungkin lebih banyak gas dihasilkan dan kita mungkin kentut dengan lebih banyak. 2. …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
