PERNAHKAH KITA TERFIKIR, MUNGKIN KITA MENGALAMI PENYAKIT AUTOIMMUNE?

PERNAHKAH KITA TERFIKIR, MUNGKIN KITA MENGALAMI PENYAKIT AUTOIMMUNE?

Sepatutnya sistem daya tahan (sistem immunisasi) mengarahkan antibodi untuk menyerang kuman seperti bakteria, fungus dan virus yang datang dari luar.

Dalam kes penyakit autoimmune ini, badan kita menghasilkan antibodi yang sama tetapi menyerang organ dalam diri sendiri kerana sistem imunisasi tubuh tidak dapat membezakan tisu badan sendiri dan menganggapnya sebagai sel atau tisu asing.

Jadi jika kita mengalami tanda berikut, mungkin kita mengalami penyakit autoimmune. Selalunya
bermula dengan rasa rasa letih, lemah badan dan sakit otot, diikuti dengan demam yang berterusan antara seminggu hingga 2 minggu.

Tanda-tanda lain adalah :

1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot

2. Susut berat badan

3. Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi

4. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan

5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk

6. Rambut gugur dengan banyak

7. Kekeringan pada bahagian mata, mulut dan kulit

8. Kebas pada bahagian tangan dan kaki

9. Kerap mengalami keguguran ketika hamil.

Dapatkan pemeriksaan untuk mengesahkan penyakit ini.

Selain dari ubat yang diberikan, saya mencadangkan mengamalkan diet anti-keradangan dan mengambil suplemen vitamin yang bersifat anti-keradangan. Antaranya minyak zaitun, vitamin E, vitamin C, co-enzyme Q10 dan Minyak Ikan.

Semoga bermanfaat.

 

Boleh dapatkan suplemen anti-inflammatory di https://www.needsvenue.com.my/

Leave a Reply

error: Content is protected !!