Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean)

Pernah dengar Zon Biru? Bukan Lautan Biru (Blue Ocean)

Penduduk di zon ini mempunyai bilangan centenarian (mereka yang hidup lebih 100 tahun dengan sihat) yang luar biasa tinggi, tetapi mereka juga mempunyai kadar penyakit kronik yang agak rendah dalam komuniti.

Terdapat 5 kawasan di dunia ini yang termasuk dalam Blue Zone.

1. Okinawa di Jepun

2. Sardinia di Itali

3. Ikaria di Greece

4. Semenanjung Nicoya di Costa Rica

5. Loma Linda di California.

Untuk info, Greece dan Itali adalah negara di sekitar Laut Mediterranean. Pemakanan mereka dinamakan Diet Mediterranean.

Walaupun makanan dalam diet penduduk di kawasan ini mungkin berbeza antara satu sama lain, tetapi terdapat persamaan dalam.pola permakanan mereka dan ini menunjukkan bahawa kesihatan yang baik dan umur yang panjang tidak terletak pada mana-mana makanan serantau, tetapi boleh dikaitkan dengan prinsip pemakanan yang diamalkan.

Antara ciri makanan yang diamalkan:

1. Fokus pada keseimbangan pemakanan dan bukannya secara keterlaluan mengamalkan protein sahaja.
Mereka tidak menghapuskan makronutrien seperti lemak atau karbohidrat, iaitu makronutrien yang diperlukan. Kesemua karbohidrat, lemak dan protein ada dalam satu hidangan.

Sebagai contoh, dalam masakan tradisional Okinawa, adalah perkara biasa apabila nasi dimasak dan dikukus dengan ubi keledek yang dipotong dadu. Dengan cara ini, ubi keledek menambah vitamin B, zat besi, magnesium, dan banyak lagi kepada nasi, serta serat, untuk membantu melambatkan penghadaman dan memberi isyarat rasa kenyang.

2. Pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Satu kajian ke atas warga Jepun yang berumur 100 tahun di Okinawa mendapati penduduk Okinawa secara purata akan makan tujuh jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak ini sehari mungkin kelihatan seperti sukar dilakukan, tetapi hidangan Okinawa menjadikannya mudah disediakan. Salah satu hidangan Okinawa yang paling popular dan terkenal dipanggil chanpurū, yang bermaksud “bercampur bersama.” Ia secara tradisinya adalah gabungan tembikai, tauhu, telur dan taugeh dan selalunya ditambah dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, kubis dan bawang.

Hidangan tumis lain seperti irichi, hidangan yang dibuat dengan menumis pelbagai jenis sayur-sayuran atau hidangan nasi seperti jushi, iaitu apabila nasi dimasak bersama-sama dengan campuran sayur-sayuran.

Jadi ia pelbagai jenis sayuran lebih mudah disediakan bersama nasi yang dihidangkan.

3. Tinggi dengan makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan antioksidan. Makanan seperti ini mengandungi antioksidan, molekul yang membantu badan kita melawan kerosakan akibat radikal bebas, yang telah dikaitkan dengan penyakit kronik dan kanser.

Sebagai contoh,ubi keledek, amat kaya dengan karotenoid, sejenis antioksidan. Makanan kaya antioksidan lain yang biasa dalam diet Okinawa termasuk goya atau tembikai, sayur-sayuran laut, seperti anggur laut, dan juga kekacang, seperti kacang soya, yang sering dihidangkan sebagai tauhu, edamame atau miso.

Dalam Diet Mediterranean pula kaya dengan makanan yang bersifat antioksidan, seperti tomato, timun, kekacang seperti chicken-pea, dan banyak lagi.

4. Rendah dalam daging merah dan rendah produk tenusu. Dalam diet Okinawan didapati bahawa kurang daripada 2% daripada diet mereka adalah tenusu atau daging. Sebaliknya, individu akan mendapat protein daripada makanan berasaskan soya atau protein daripada ikan atau makanan laut yang sederhana. Begitu juga dengan Diet Mediterranean. Produk tenusu yang mereka ambil adalah susu yang difermentasikan seperti keju dan mentega.

Saya percaya bahawa tiada satu pun cara diet yang sesuai untuk semua orang tetapi prinsip pemakanan yang kita amalkan haruslah berdasarkan prinsip di atas.

Makanan harus seimbang dalam satu hidangan, banyakkan sayur dan buah, kurangkan protein dari daging merah dan susu. Pilih protein dari ikan, ayam dan soya.

Semoga pemakanan seperti ini akan dapat memanjangkan umur kita bagi melakukan amalan yang baik, disertai dengan kesihatan yang baik dan tenaga yang maksima.

#HealthDrZubaidi

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!