APA MANFAAT BERAS HITAM?
1. Beras hitam adalah sejenis beras dari spesies Oryza sativa L. Ia tidak menjalani proses pembersihan atau pemutihan dan mengekalkan sifat semulajadinya.
2. Bila dimasak, nasi hitam memiliki tekstur melekit dan rasa sedap.
3. Ia mempunyai tahap antioksida yang tinggi kerana terdapat sebatian anthocyanin yang mencegah penyakit jantung dan melindungi tubuh dari keradangan.
2. Ia mempunyai kandungan karbohidrat yang lebih rendah berbanding dengan beras yang lain dan mempunyai tahap protein yang lebih tinggi.
3. Ia kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin E, B1, B2, B3, dan B6, serta mineral zinc, magnesium, dan fosfor.
4. Ia baik untuk detoks hati terutama untuk mencegah hati berlemak (fatty liver).
5. Ia melancarkan pencernaan kerana mengandungi serat yang tinggi. Ia mengelakkan sembelit dan bertindak sebagai prebiotik.
6. Ia membantu mencegah penyakit diabetes kerana kandungan karbohidrat yang rendah dan nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah, iaitu 42. Berbanding dengan nasi putih yang memiliki nilai GI 85. Jadi ia dapat meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin.
7. Ia adalah bebas gluten seperti beras yang lain. Gluten adalah sejenis protein yang berada dalam semua produk yang mengandung gandum dan/atau barli. Ia boleh menyebabkan kekembungan dan Coeliac Disease.
8. Ia membantu mengawal berat badan kerana kaya serat, dan mempunyai tahap karbohidrat yang rendah. Jadi ia menyebabkan rasa lebih kenyang.
9. Apa pun jenis beras yang kita pilih, jangan lupa diambil bersama lauk-pauk yang menyihatkan dan seimbang.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz