“Salam doktor, boleh saya tahu bagaimana mengurangkan rasa berdebar-debar?.Terima kasih”
Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan.
Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitive pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan.
Duduk atau di bilik yang tenang dan selesa. Cuba lupakan dulu rasa risau, stress dan takut ini. Cuba tarik nafas perlahan-lahan, tahan seberapa lama yang boleh dan kemudian hembus perlahan-lahan melalui mulut sehingga habis nafas. Ia membantu hormone kita lebih stabil dan mengurangkan degupan jantung laju.
Selain itu boleh guna teknik vasalva dengan cara memicit hidung hidung dan menutup mulut kita. Hembuskan nafas kita perlahan-lahan sehingga ada rasa tekanan pada telinga kita.
Berfikiran positif juga membantu kita rasa tenang dan tidak rasa berdebar-debar. Selalu fikirkan setiap musibah yang berlaku sebenarnya ada kebaikan yang ALLAH mahu berikan.
Selain itu teknik arometerapi seperti mendapatkan bau-bauan yang natural seperti lemon, lavender, serai dan pandan membantu kita rasa lebih tenang.
Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, minuman yang mempunyai kandungan caffeine yang tinggi seperti expresso, atau menghisap tembakau dan mengambil minuman beralkohol.
Ubat-ubat tertentu mungkin akan menyebabkan rasa berdebar-debar terutamanya ubat selsema dan batuk yang mengandungi pseudoephidrine. Penggunaan ubat kurus yang mengandungi silbuteramine juga menyebabkan rasa berdebar-debar.
Jika masih keliru dan tidak pasti berkaitan dengan berdebar-debar yang dialami, boleh hubungi doctor yang merawat bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan.
Semoga bermanfaat.