STEVIA ADALAH PEMANIS YANG SELAMAT DAN BERMANFAAT

STEVIA ADALAH PEMANIS YANG SELAMAT DAN BERMANFAAT

1. Di pasaran, terdapat banyak makanan dan minuman yang diletakkan pemanis yang kurang gula dan kalori yang lebih rendah untuk menjadikan makanan dan minuman itu berasa manis, tanpa meningkatkan tahap gula dan kalori dalam makanan.

2. Ini sangat penting untuk individu yang obes dan pesakit diabetes.

3. Pemanis sintetik (buatan dan tiruan) seperti sucralose, aspartam, saccharin dan acesulfame potassium adalah beberapa pemanis tiruan yang boleh didapati secara komersial yang digunakan secara meluas sebagai alternatif tanpa kalori kepada gula.

3. Walaupun pemanis ini diluluskan sebagai selamat, tetapi ia diklasifikasikan sebagai pemanis tidak berkhasiat dan terdapat kontroversi kerana terdapat bahan tambahan kimia dan ia bukan bahan semulajadi (natural).

4. Kajian terbaru mencadangkan mendapati pemanis tiruan ini menyumbang kepada penambahan berat badan dan seterusnya meningkatkan risiko sindrom metabolik, penyakit kardiovaskular (CVD) dan diabetes jenis 2.

rujukan: Tandel , KR Sugar substitutes: Health controversy over perceived benefits. J Pharmacol Pharmacother. 2011;2:236–243.

rujukan: Swithers SE. Artificial sweeteners produce the counterintuitive effect of inducing metabolic derangements. Trends Endocrinol Metab. 2013;24:431–441.

5. Walaupun ia dijual secara meluas untuk manfaat dalam pengurusan diabetes, kajian terdahulu tidak memberikan bukti yang kukuh jika penggunaan pemanis ini mengekalkan paras glukosa darah yang normal atau mempunyai sebarang kesan ke atas pengurusan berat badan.

rujukan: Reid AE, Chauhan BF, Rabbani R, Lys J, Copstein L, Mann A, Abou-Setta AM, Fiander M, MacKay DS, McGavock J, Wicklow B, Zarychanski R, Azad MB. Early exposure to nonnutritive sweeteners and long-term metabolic health: a systematic review. Pediatrics. 2016;137:e20153603.

rujukan: Romo-Romo A, Aguilar-Salinas CA, Brito-Cordova GX, Gomez Diaz RA, Vilchis Valentin D, Almeda-Valdes P. Effects of the non-nutritive sweeteners on glucose metabolism and appetite regulating hormones: systematic review of observational prospective studies and clinical trials. PLoS One. 2016;11:e0161264.

6. Oleh itu, pemanis herba seperti stevia (Stevia rebaudiana) mendapat banyak perhatian sebagai alternatif semula jadi kepada pemanis dan gula tiruan, terutamanya dalam pengurusan sensitiviti insulin dan diabetes jenis 2.

7. Stevia mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang, yang boleh digunakan untuk rawatan untuk sel dan tisu yang terdedah kepada tekanan oksidatif yang mampu mengubah struktur DNA dan akhirnya menyebabkan penyakit kronik.

rujukan: Ruiz JCR, Ordoñez YBM, Basto AM, y Campos MRS. Antioxidant capacity of leaf extracts from two Stevia rebaudiana Bertoni varieties adapted to cultivation in Mexico. Nutr Hosp. 2014;31:1163–1170.

8. Stevia, digunakan untuk mengurangkan kesan kerosakan tisu selepas terjadinya iskemia dan tekanan metabolik dalam pelbagai organ badan.

rujukan: Xu D, Du W, Zhao L, Davey AK, Wang J. The neuroprotective effects of isosteviol against focal cerebral ischemia injury induced by middle cerebral artery occlusion in rats. Planta Med. 2008;74:816–821.

rujukan: Xu D, Li Y, Wang J, Davey AK, Zhang S, Evans AM. The cardioprotective effect of isosteviol on rats with heart ischemia-reperfusion injury. Life Sci. 2007;80:269–274.

9. Steviol adalah sejenis glukosida iaitu bahan utama dalam stevia dan memberikan rasa manis. Steviol tidak boleh dipecahkan dan diserap ke dalam saluran penghadaman. Oleh itu, pengambilan pemanis stevia, walaupun ia berasa manis ia tidak menjejaskan tahap glukosa darah.

10. Tidak seperti pemanis sintetik rendah kalori, stevia agak selamat, tidak toksik dan tidak mutagenik (tidak menyebabkan kerosakan DNA).

rujukan: Momtazi-Borojeni AA, Esmaeili SA, Abdollahi E, Sahebkar A. A review on the pharmacology and toxicology of steviol glycosides extracted from stevia rebaudiana. Curr Pharm Des. 2017;23:1616–1622.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Boleh dapatkan ekstrak stevia yang asli (OLEVASTEVIA) di https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/oleva-stevia-12ml

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!