MENCEGAH RISIKO MENDAPAT PENYAKIT AUTOIMUN KETIKA TUA

Apabila kita semakin berumur, beberapa perubahan hidup perlu dilakukan. Ia bukan saja mengurangkan risiko mendapat penyakit tetapi satu usaha memanjangkan umur kita agar kita hidup lebih bermanfaat.

Antaranya adalah kita memilih makanan bernutrisi dan melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian. Tidur yang cukup, kawal stress dan ambil suplemen yang diperlukan.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Journal perubatan yang terkenal British Medical Journal (BMJ), pengambilan suplemen vitamin D dan Minyak Ikan Omega 3 membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit autoimun apabila semakin berusia.

Kajian ini melibatkan 25,871 pesakit di mana—12,786 lelaki berusia lebih 50tahun, dan 13,085 wanita berusia 55 tahun ke atas. Dan dibahagikan kepada dua kumpulan, yang mengambil suplemen dan yang mengambil placebo. Kajian ini mengambil masa 5.3 tahun.

Pengkaji mendapati pesakit yang mengambil suplemen vitamin D supplement sama ada dengan minyak ikan omega atau tidak, menunjukkan penurunan risiko sebanyak 22 peratus.

Dos yang digunakan dalam kajian ini adalah 2,000 IU, dan dos yang dibenarkan tidak seharusnya melebihi 4,000 IU. Sementara dos minyak ikan omega 3 yang diberikan adalah 1,000 milligrams.

Dengan mengambil nutrien ini, pesakit dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit autoimun termasuk rheumatoid arthritis, polymyalgia rheumatica, penyakit autoimmune thyroid, dan psoriasis.

Cara terbaik mendapatkan dua suplemen ini adalah dari sumber yang natural, iaitu dari makan yang kita makan.

Namun ada kalanya nutrien dari makanan tidak mencukupi, dan perlukan dalam bentuk suplemen. Berbincang dengan doktor dan ahli farmasi sebelum mengambil suplemen vitamin D dan Minyak Ikan Omega 3.

Semoga bermanfaat

#HealthDrZubaidi

Rujukan:

Hahn J, Cook N R, Alexander E K, Friedman S, Walter J, Bubes V et al. Vitamin D and marine omega 3 fatty acid supplementation and incident autoimmune disease: VITAL randomized controlled trial BMJ 2022; 376.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

[IKLAN]

Dapatkan Fish Oil Needs Venue yang bersaiz lebih kecil dari dalam pasaran, sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak 1 biji, dewasa 3 biji. Boleh klik link di bawah : 

[FAMILY PACK] – 3 UNIT NV FISH OIL !! SAVE RM15 !! – Needs Venue

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!