Paracetamol juga dikenali dengan nama acetaminophen.
APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL?
Ubat paracetamol ialah untuk menghilangkan rasa sakit, dan menurunkan suhu badan ke paras suhu normal semasa demam.
BAGAIMANA CARA MEMAKAN UBAT PARACETAMOL?
Ada terdapat dua jenis ubat paracetamol:
a) Pil
b) Campuran sirap
Pil dan campuran sirap yang mengandungi Paracetamol ini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit.
Bagi orang dewasa jangan makan ubat paracetamol lebih daripada lapan biji dalam sehari. Jika rasa sakit tidak berkurangan, hubungi doctor yang merawat.
Jauhi meminum minuman keras atau yang mengandungi alcohol semasa memakan ubat ini.
APAKAH KESAN-KESAN SAMPINGAN BAGI PARACETAMOL?
Jika ubat paracetamol dimakan dalam jangka masa yang pendek, ubat ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Minum air secukupnya.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL?
Jangan memakan ubat paracetamol melebihi dari dos yang dicadangkan.
Tidak perlu risau jika tidak mengalami sebarang kesan alahan terhadap paracetamol.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENYIMPAN PARACETAMOL?
Jauhi dari terkena panas secara terus oleh cahaya matahari, simpan di tempat yang kering/sejuk.
Semoga bermanfaat.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan. https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad