Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD)

PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD)

PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT (HFMD)


✅ Ia sering berlaku disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus.

✅ Kebiasaannya GEJALA HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

✅ Kanak-kanak yang tidak mempunyai sistem daya tahan tubuh yang kuat boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

✅ Kes HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis.

✅ Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak.

✅ Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi majoriti kanak-kanak berumur bawah 6 tahun adalah lebih berisiko.

✅ Tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul.

✅ Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering. Majoriti kes mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5-7 hari.

✅ Penyakit HFMD adalah tidak berbahaya dan sembuh sendiri, kecuali kanak-kanak yang mempunyai sistem daya tahan yang rendah.

✅ Pastikan anak-anak kita mempunyai sistem daya tahan tubuh yang kuat, kerap basuh tangan dan mandi, dan pastikan minum air yang mencukupi.

✅ Jika ada gejala demam, tidak aktif dan ruam pada tapak tangan, tapak kaki dan mulut, bawalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
 
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: