
PERBEZAAN CARDIAC ARREST (HENTI JANTUNG) DAN HEART ATTACK (SERANGAN JANTUNG)
✅ Serangan Jantung dan Henti Jantung bukanlah keadaan yang sama.
✅ Serangan Jantung adalah apabila aliran darah ke jantung disekat, sementara Henti Jantung adalah apabila jantung tidak berfungsi dan tiba-tiba berhenti berdegup.
✅ Serangan Jantung adalah masalah “peredaran darah” dan Henti Jantung tiba-tiba adalah masalah “elektrik” yang selalunya menyebabkan jantung berdegup.
✅ Serangan Jantung berlaku apabila saluran darah tersumbat sehingga menghalang darah yang kaya oksigen daripada sampai ke bahagian jantung. Sel-sel jantung yang terlibat akan mati.
✅ Simptom serangan sakit jantung berlaku serta-merta dan kuat. Tetapi ia bermula dengan perlahan dan berterusan selama berjam-jam, hari atau minggu sebelum Serangan Jantung. Pesakit merasakan degupan tetapi rasa tidak selesa pada bahagian dada.
✅ Henti Jantung berlaku secara tiba-tiba dan sering tanpa amaran. Ia dicetuskan oleh kerosakan elektrik yang menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur (aritmia). Ini mengganggu tindakan mengepam darah ke otak, paru-paru dan organ lain.
✅ Beberapa saat kemudian, mangsa akan pengsan dan tidak mempunyai degupan jantung. Kematian berlaku jika pesakit tidak mendapat rawatan.
✅ Walaupun kedua-dua keadaan ini berbeza, tetapi Henti Jantung (cardiac arrest) boleh berlaku selepas Serangan Jantung, atau semasa proses pemulihan. Ini bermakna pesakit Serangan Jantung boleh mendapat masalah Henti Jantung secara tiba-tiba.
✅ Tindakan cepat dapat menyelamatkan nyawa.
Tanpa mengira sama ada seseorang itu sedang mengalami Serangan Jantung atau Henti Jantung, hubungi ambulans dengan segera.
✅ Jika pesakit pengsan dan tiada pernafasan dan dan tiada nadi, sebelum kedatangan ambulans mulakan CPR.
Semoga bermanfaat.