APA ITU STEVIA?

1. Stevia (Stevia rebaudiana Bertoni) adalah sejenis herba daripada keluarga Asteraceae. Ia berasal daripada Paraguay, di mana ia tumbuh secara liar di tanah berpasir.

2. Daun Stevia rebaudiana mengandungi pemanis tanpa gula dan tanpa kalori, di mana penggunaannya boleh memberi kesan yang baik terhadap kesihatan manusia.

3. Ekstrak daun Stevia rebaudiana telah digunakan di Amerika Syarikat sebagai rawatan alternatif dan tradisional dalam rawatan diabetes.

4. Komponen pemanis yang utama dalam daun Stevia rebaudianais stevioside dikatakan mempunyai kesan antioksidan, anti-mikrob dan anti-kulat.

5. Stevioside dan rebaudioside A merupakan komponen pemanis yang utama, di mana kesan pemanis masing-masing adalah 200 dan 400 kali ganda berbanding gula tebu.

6. Kedua-dua komponen stabil walaupun pada suhu setinggi 200 ° C, menjadikan mereka sesuai digunakan dalam makanan yang dimasak.

7. Kajian analisis turut menunjukkan bahawa Stevia juga mengandungi asid folik, vitamin C dan asid amino yang sangat diperlukan.

8. Justeru, penanaman Stevia dan pengeluarannya merupakan alternatif kepada gula terutamanya untuk pesakit kencing manis dan mereka yang berdiet kerana stevia tidak mengandungi karbohidrat (gula), lemak atau protein.

9. Ekstrak pemanis Stevia dikatakan memberi kesan yang baik terhadap kesihatan; termasuk mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan paras gula dalam darah, tidak merosakkan gigi, dapat melawan jangkitan rotavirus, membantu metabolisma gula dan membantu peningkatan fungsi buah pinggang.

10. Ekstrak akueus daun kering Stevia rebaudiana juga mendorong vasodilatasi sistemik dan buah pinggang, menyebabkan penurunan tekanan darah, dieresis dan natriuresis dalam tikus.

11. Selain daripada itu, ekstrak ethanol daun Stevia rebaudiana mengandungi kandungan jumlah komponen phenolic yang boleh digunakan sebagai sumber antioksidan semula jadi yang baik kepada kesihatan.

Rujukan:

Roberto L.M., Antonio V.G., Liliana Z.B. and Kong A.H. Stevia rebaudiana Bertoni, source of a high-potency natural sweetener: A comprehensive review on the biochemical, nutritional and functional aspects. Food Chemistry. June 2012; 132(3): p. 1121-1132.

Semoga bermanfaat.

Boleh dapatkan OLEVASTEVIA melalui link :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/oleva-stevia-12ml

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!