1. Secara umumnya coklat yang dijual di pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu coklat gelap, coklat susu dan coklat putih.
2. Coklat gelap adalah pilihan terbaik kerana baik untuk kesihatan tetapi ambillah dalam kuantiti yang sederhana. Kuantiti yang dicadangkan 65 gram sehari.
3. Coklat hitam mengandungi antioksida dari kumpulan flavonoid yang bagus untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah selain merendahkan risiko masalah pembekuan darah.
4. Kajian menunjukkan memakan coklat gelap mengikuti kuantiti yang dibenarkan setiap hari selama dua minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan ketara.
5. Coklat gelap mampu menjadikan kulit berseri dan mengekalkan awet muda kerana ia mengandungi mineral serta vitamin A, C dan E, meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak dan merangsang ingatan.
6. Ia juga mampu merangsang mood dan meningkatkan hormon untuk perasaan gembira.
7. Cara untuk mengenal pasti coklat gelap adalah dengan melihat senarai bahan di belakang pembungkusan. Pastikan kandungan coklat sekurang-kurangnya 70% dari senarai bahan dalam produk coklat gelap itu.
8. Sementara dalam coklat putih pula, ia tidak mengandungi pepejal koko tanpa lemak, unsur pemakanan yang utama bagi pembuatan coklat.
9. Semasa proses pembuatan coklat putih, pepejal berwarna gelap dalam biji koko dipisahkan daripada kandungan lemaknya, tetapi pepejal koko ini tidak digabungkan semula. Akibatnya, lemak ini iaitu mentega koko, menjadi bahan utama tunggal dalam coklat putih.
10. Disebabkan ia tidak mengandungi pepejal koko, coklat putih mengandungi hanya sedikit jumlah perangsang teobromina dan kafein. Malah coklat putih tidak mempunyai sifat antioksidan seperti tiamina, riboflavin dan feniletilamina.
11. Kebiasaannya coklat putih mungkin mengandungi perisa tambahan dan vanila.
12. Dalam coklat susu pula, tidak banyak koko yang digunakan (peratusannya lebih rendah dari 50%). Ia lebih manis apabila dicampurkan lebih banyak gula.
13. Kesimpulannya pilihlah coklat gelap yang mempunyai kandungan koko yang lebih tinggi (70% ke atas) kerana ia bermanfaat untuk kesihatan.
Semoga bermanfaat.
Jika berminat membeli KETO KOKO OLEVAGREEN (DARK CHOCOLATE ATAU COKLAT GELAP)
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz